Sejarah Australia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q174825
Baris 13: Baris 13:


Rekod pertama yang tidak dipertikaikan tentang penemuan tanah besar Australia oleh orang Eropah adalah penemuan yang dibuat oleh ahli pelayaran Belanda, [[Willem Janszoon]], yang menemui pantai [[Semenanjung Tanjung York]] pada tahun 1606. Semasa abad ke-17, orang-orang Belanda mencartakan garis-garis pinggir laut barat dan utara bagi apa yang dipanggil oleh mereka sebagai [[Holland Baru (Australia)|Holland Baru]], tetapi mereka tidak mencuba mengasaskan sebarang penempatan. Pada tahun 1770, [[James Cook]] belayar di sepanjang pantai timur Australia dan memetakan garis pinggir pantai itu. Beliau menamakan tanah itu [[New South Wales]] dan menuntutnya untuk Britain. Penemuan-penemuan ekspedisi mendorong penubuhan [[tanah jajahan untuk hukuman]] di sana.
Rekod pertama yang tidak dipertikaikan tentang penemuan tanah besar Australia oleh orang Eropah adalah penemuan yang dibuat oleh ahli pelayaran Belanda, [[Willem Janszoon]], yang menemui pantai [[Semenanjung Tanjung York]] pada tahun 1606. Semasa abad ke-17, orang-orang Belanda mencartakan garis-garis pinggir laut barat dan utara bagi apa yang dipanggil oleh mereka sebagai [[Holland Baru (Australia)|Holland Baru]], tetapi mereka tidak mencuba mengasaskan sebarang penempatan. Pada tahun 1770, [[James Cook]] belayar di sepanjang pantai timur Australia dan memetakan garis pinggir pantai itu. Beliau menamakan tanah itu [[New South Wales]] dan menuntutnya untuk Britain. Penemuan-penemuan ekspedisi mendorong penubuhan [[tanah jajahan untuk hukuman]] di sana.
[[Fail: Port Arthur Seeseite_ms.jpg|350px|left|thumb|Pelabuhan Arthur, Tasmania merupakan tanah jajahan untuk hukuman yang terbesar di Australia.]]
[[Fail:PortArthurPenitentiary.jpg|350px|left|thumbnail|[[Pelabuhan Arthur, Tasmania]] merupakan tanah jajahan untuk hukuman yang terbesar di Australia.]]


[[Wilayah-wilayah luar negeri British|Tanah Jajahan British]] di New South Wales bermula dengan penempatan [[Pelabuhan Jackson]] oleh Kapten [[Arthur Phillip]] pada [[26 Januari]] [[1788]]. Tarikh ini kemudian menjadi [[Hari Australia]], iaitu hari kebangsaan Australia. [[Tanah Van Diemen]], kini dikenali sebagai [[Tasmania]], diduduki pada tahun 1803 dan menjadi sebuah tanah jajahan yang berasingan pada tahun 1825. Britain menuntut secara rasmi bahagian barat Australia pada tahun 1829. Tanah-tanah jajahan yang berasingan ditubuhkan daripada bahagian-bahagian New South Wales: [[Australia Selatan]] pada tahun 1836, [[Victoria (Australia)|Victoria]] pada 1851, dan [[Queensland]] pada 1859. [[Wilayah Utara]] (NT) ditubuhkan pada tahun 1863 sebagai sebahagian Provinsi Australia Selatan. Australia Selatan ditubuhkan sebagai sebuah "provinsi bebas", iaitu kawasan ini tidak pernah menjadi sebuah tanah jajahan untuk hukuman. Victoria dan Australia Barat diasaskan dengan tujuan sedemikian juga, tetapi kemudian menerima banduan-banduan terangkut. Penghantaran banduan-banduan ke Australia dihentikan secara berperingkat-peringkat antara tahun 1840 dan 1868. [[Fail:Endeavour replica in Cooktown harbour.jpg|270px||thumb|Leftenan [[James Cook]] mencartakan pantai timur Australia di atas [[HM Bark Endeavour|HM Bark ''Endeavour'']] dan menuntut tanah ini untuk Britain pada tahun [[1770]]. Replika ini dibina di [[Fremantle, Australia Barat]] pada tahun 1988 bagi ulang tahun Australia ke-200; gambar ini diambil di [[Cooktown]], pelabuhan yang Cook menghabiskan masa tujuh minggu.]]
[[Wilayah-wilayah luar negeri British|Tanah Jajahan British]] di New South Wales bermula dengan penempatan [[Pelabuhan Jackson]] oleh Kapten [[Arthur Phillip]] pada [[26 Januari]] [[1788]]. Tarikh ini kemudian menjadi [[Hari Australia]], iaitu hari kebangsaan Australia. [[Tanah Van Diemen]], kini dikenali sebagai [[Tasmania]], diduduki pada tahun 1803 dan menjadi sebuah tanah jajahan yang berasingan pada tahun 1825. Britain menuntut secara rasmi bahagian barat Australia pada tahun 1829. Tanah-tanah jajahan yang berasingan ditubuhkan daripada bahagian-bahagian New South Wales: [[Australia Selatan]] pada tahun 1836, [[Victoria (Australia)|Victoria]] pada 1851, dan [[Queensland]] pada 1859. [[Wilayah Utara]] (NT) ditubuhkan pada tahun 1863 sebagai sebahagian Provinsi Australia Selatan. Australia Selatan ditubuhkan sebagai sebuah "provinsi bebas", iaitu kawasan ini tidak pernah menjadi sebuah tanah jajahan untuk hukuman. Victoria dan Australia Barat diasaskan dengan tujuan sedemikian juga, tetapi kemudian menerima banduan-banduan terangkut. Penghantaran banduan-banduan ke Australia dihentikan secara berperingkat-peringkat antara tahun 1840 dan 1868. [[Fail:Endeavour replica in Cooktown harbour.jpg|270px||thumb|Leftenan [[James Cook]] mencartakan pantai timur Australia di atas [[HM Bark Endeavour|HM Bark ''Endeavour'']] dan menuntut tanah ini untuk Britain pada tahun [[1770]]. Replika ini dibina di [[Fremantle, Australia Barat]] pada tahun 1988 bagi ulang tahun Australia ke-200; gambar ini diambil di [[Cooktown]], pelabuhan yang Cook menghabiskan masa tujuh minggu.]]

Semakan pada 01:24, 6 April 2013

Asal usul nama Australia

Nama 'Australia' berasal daripada perkataan bahasa Latin, australis, yang bermaksud di selatan. Legenda tentang "sebuah tanah yang tidak dikenali di selatan" (terra australis incognita) telah diceritakan sejak zaman orang Rom lagi, dan benua ini wujud dalam geografi zaman pertengahan, tetapi tidak mendasarkan pengetahuan sebenar. Bentuk kata sifat Belanda, Australische, telah digunakan seawal 1638 lagi oleh pegawai-pegawai Belanda di Batavia untuk merujuk kepada sebuah tanah di selatan yang baru ditemui. Penggunaan pertama perkataan "Australia" dalam bahasa Inggeris ialah sebuah terjemahan 1693 untuk Les Aventures de Jacques Sadeur dans la Découverte et le Voyage de la Terre Australe, sebuah novel Perancis yang ditulis pada tahun 1692 oleh Gabriel de Foigny di bawah nama pena Jacques Sadeur. [1]

Alexander Dalrymple kemudian menggunakan perkataan ini dalam karyanya, Himpunan Sejarah Perjalanan-perjalanan dan Penemuan-Penemuan di Lautan Pasifik Selatan, untuk merujuk kepada seluruh kawasan Pasifik Selatan. Pada tahun 1793, George Shaw dan Sir James Smith menerbitkan Zoologi dan Botani Holland Baru. Dalam karya itu, mereka menulis tentang sebuah "pulau yang luas terbentang, atau lebih merupai benua, yang dinamakan Australia, Australasia, atau Holland Baru."

Nama "Australia" dipopularkan oleh karya, Perjalanan ke Terra Australis, yang ditulis oleh ahli pelayaran, Matthew Flinders, pada tahun 1814. Beliau merupakan orang pertama yang dicatat untuk belayar mengelilingi Australia. Walau judul bukunya yang membayangkan pandangan Admiralti British, Flinders menggunakan perkataan "Australia" dalam bukunya yang dibaca secara meluas dan istilah itu semakin tersebar luas. Gabenor Lachlan Macquarie dari New South Wales kemudian menggunakan perkataan ini dalam perutusan-perutusan rasminya ke England. Beliau menyesyorkan nama ini diterimaguna secara rasmi pada tahun 1817. Pada tahun 1824, Admiralti British bersetuju bahawa benua itu harus dikenali sebagai "Australia" secara rasmi.

Sejarah Australia

Tarikh kediaman manusia pertama di Australia dianggarkan antara 42,000 dan 48,000 tahun dahulu. [2] Penduduk-penduduk Australia pertama adalah nenek moyang Orang Asli Australia kini; mereka tiba melalui jambatan tanah dan lintasan laut pendek dari benua Asia Tenggara kini. Kebanyakan daripada penduduk-penduduk ini adalah pemburu-pemungut, dengan budaya lisan yang rumit serta nilai-nilai kerohanian yang berdasarkan rasa hormat kepada tanah dan kepercayaan dalam Masa Mimpi. Penduduk-penduduk Selat Torres yang tergolong dalam etnik Melanesia, mendiami di Kepulauan Selat Torres dan bahagian-bahagian di jauh utara Queensland; amalan-amalan kebudayaan mereka berbeza daripada amalan-amalan orang asli.

Rekod pertama yang tidak dipertikaikan tentang penemuan tanah besar Australia oleh orang Eropah adalah penemuan yang dibuat oleh ahli pelayaran Belanda, Willem Janszoon, yang menemui pantai Semenanjung Tanjung York pada tahun 1606. Semasa abad ke-17, orang-orang Belanda mencartakan garis-garis pinggir laut barat dan utara bagi apa yang dipanggil oleh mereka sebagai Holland Baru, tetapi mereka tidak mencuba mengasaskan sebarang penempatan. Pada tahun 1770, James Cook belayar di sepanjang pantai timur Australia dan memetakan garis pinggir pantai itu. Beliau menamakan tanah itu New South Wales dan menuntutnya untuk Britain. Penemuan-penemuan ekspedisi mendorong penubuhan tanah jajahan untuk hukuman di sana.

Pelabuhan Arthur, Tasmania merupakan tanah jajahan untuk hukuman yang terbesar di Australia.

Tanah Jajahan British di New South Wales bermula dengan penempatan Pelabuhan Jackson oleh Kapten Arthur Phillip pada 26 Januari 1788. Tarikh ini kemudian menjadi Hari Australia, iaitu hari kebangsaan Australia. Tanah Van Diemen, kini dikenali sebagai Tasmania, diduduki pada tahun 1803 dan menjadi sebuah tanah jajahan yang berasingan pada tahun 1825. Britain menuntut secara rasmi bahagian barat Australia pada tahun 1829. Tanah-tanah jajahan yang berasingan ditubuhkan daripada bahagian-bahagian New South Wales: Australia Selatan pada tahun 1836, Victoria pada 1851, dan Queensland pada 1859. Wilayah Utara (NT) ditubuhkan pada tahun 1863 sebagai sebahagian Provinsi Australia Selatan. Australia Selatan ditubuhkan sebagai sebuah "provinsi bebas", iaitu kawasan ini tidak pernah menjadi sebuah tanah jajahan untuk hukuman. Victoria dan Australia Barat diasaskan dengan tujuan sedemikian juga, tetapi kemudian menerima banduan-banduan terangkut. Penghantaran banduan-banduan ke Australia dihentikan secara berperingkat-peringkat antara tahun 1840 dan 1868.

Leftenan James Cook mencartakan pantai timur Australia di atas HM Bark Endeavour dan menuntut tanah ini untuk Britain pada tahun 1770. Replika ini dibina di Fremantle, Australia Barat pada tahun 1988 bagi ulang tahun Australia ke-200; gambar ini diambil di Cooktown, pelabuhan yang Cook menghabiskan masa tujuh minggu.


Jumlah penduduk orang asli Australia, yang dianggarkan di sekitar 350,000 orang pada masa penempatan Eropah, [3] merosot dengan teruk selama 150 tahun menyusul penempatan, diakibatkan sebahagian besar oleh penyakit berjangkit bersama-sama dengan penempatan semula terpaksa dan perpecahan kebudayaan. Pemindahan kanak-kanak yang sesetengah ahli sejarah dan orang asli Australia menganggap sebagai suatu penghapusan bangsa mengikut sebilangan takrif, [4] mungkin merupakan antara sebab kemerosotan jumlah penduduk orang asli. Tafsiran-tafsiran sejarah orang asli ini telah dipertikaikan oleh sesetengah orang sebagai dibesar-besarkan atau diada-adakan atas alasan politik atau ideologi. [5] Perdebatan ini dikenali di Australia sebagai Perang-perang Sejarah. Menyusul pungutan suara 1967, kerajaan persekutan memperoleh kuasa untuk melaksanakan dasar-dasar dan menggubal undang-undang mengenai orang-orang asli. Pemilikan tanah tradisi — hak milik tanah orang asli — tidak diakui sehingga kes Mahkamah Tinggi, Mabo lwn Queensland (No 2), menterbalikkan tanggapan bahawa Australia adalah sebuah terra nullius pada masa pendudukan Eropah.

Last Post dimainkan dalam upacara Hari ANZAC di Pelabuhan Melbourne, Victoria pada 25 April 2005. Upacara-upacara seperti ini diadakan di hampir setiap bandar dan subbandar Australia.

Kerubut emas bermula di Australia pada awal dekad 1850-an, dan pemberontakan Kubu Eureka yang menentang pengenaan yuran lesen pelombongan pada tahun 1854 merupakan penyataan keingkaran awam yang awal. Antara tahun 1855 dan 1890, enam buah tanah jajahan secara berasingan memperoleh kerajaan bertanggungjawab sendiri dan mengendalikan kebanyakan hal ehwal, semasa merupakan sebahagian Empayar British. Namun demikian, Pejabat Kolonial di London masih mengekalkan penguasaan dalam hal-hal, khususnya tentang hal ehwal luar negeri, pertahanan, dan perkapalan antarabangsa di Australia. Pada 1 Januari 1901, persekutuan tanah-tanah jajahan dibentuk selepas satu dekad perancangan, perundingan dan pengundian, dan Komanwel Australia dilahirkan sebagai satu Dominion Empayar British. Wilayah Ibu Kota Australia dibentuk daripada sebahagian New South Wales pada tahun 1911 untuk memberi kawasan kepada Canberra, ibu negara persekutuan yang baru (Melbourne merupakan ibu negara dari tahun 1901 hingga 1927). Penguasaan Wilayah Utara dipindahkan dari kerajaan Australia Selatan ke Komanwel pada tahun 1911. Australia sanggup menyertai Perang Dunia I; [6] banyak orang Australia menganggap kekalahan Kor Tentera Australia dan New Zealand (ANZAC) dalam Perang Gallipoli, yang merupakan tindakan ketenteraan utama yang pertama, sebagai kelahiran negara mereka. Amat serupa dengan Gallipoli, Kempen Denai Kokoda dianggap oleh banyak orang sebagai perang pentakrifan negara daripada Perang Dunia II.

Statut Westminster 1931 secara rasmi menamatkan kebanyakan pertalian perlembagaan antara Australia dengan United Kingdom apabila Australia menguatkuasakannya pada 1942. Kejutan daripada kekalahan United Kingdom di Asia pada tahun 1942 serta ancaman serangan Jepun menyebabkan Australia beralih ke Amerika Syarikat sebagai sekutu dan pelindungnya yang baru. Sejak tahun 1951, Australia adalah sekutu ketenteraan Amerika Syarikat yang rasmi di bawah naungan perjanjian ANZUS. Selepas Perang Dunia II, Australia menggalakkan imigrasi secara besar-besaran dari Eropah; sejak dekad 1970-an dan pemansuhan Dasar Australia Putih, imigrasi dari Asia dan bahagian-bahagian lain di dunia juga digalakkan. Oleh itu, demografi, budaya, dan imej Australia terhadap diri sendiri telah berubah secara radikal. Pertalian-pertalian perlembagaan terakhir antara Australia dengan United Kingdom diputuskan pada tahun 1986 dengan pelulusan Akta Australia 1986 dan dengan itu, menamatkan sebarang peranan British di Negeri-negeri Australia serta rayuan kehakiman kepada Majlis Privi. [7] Pengundi-pengundi Australia menolak langkah untuk menjadi sebuah republik dalam pemungutan suara pada tahun 1999 dengan majoriti sebanyak 55%. [8] Sejak pemilihan Kerajaan Whitlam pada tahun 1972, terdapat penumpuan yang semakin meningkat terhadap masa hadapan negara sebagai sebahagian kawasan Asia-Pasifik.

Rujukan

  1. ^ Sidney J. Baker, The Australian Language, edisi kedua, 1966.
  2. ^ Gillespie, R. (2002). Mentarikhkan penduduk-penduduk Australia pertama. Radiokarbon 44:455–72
  3. ^ Smith, L. (1980), Jumlah penduduk orang asli di Australia, Percetakan Universiti Nasional Australia, Canberra
  4. ^ Tatz, C. (1999). Genosid di Australia, Kertas Perbincangan Penyelidikan AIATSIS No. 8, Institut Orang Asli dan Penduduk Kepulau Selat Torres Australia, Canberra
  5. ^ Windschuttle, K. (2001). Mengada-adakan Sejarah Orang Asli, The New Criterion, Jilid 20, No. 1, 20 September.
  6. ^ Bean, C. Ed. (1941). Jilid I - Cerita Anzac: Fasa pertama, Sejarah-sejarah Rasmi Perang Dunia I, Edisi Ke-11.
  7. ^ Teks Akta Australia [1]
  8. ^ Suruhanjaya Pilihan Raya Australia (2000).1999 Laporan dan Statistik Pungutan Suara

Pautan luar

  • Australia: The Official History, by Professor John Hirst, February 2008, The Monthly
  • History of the Australian nation - State Library of NSW
  • The Australian History page at Project Gutenberg of Australia
  • Bush Poetry a source of Australian History
  • "Some Inspirational (Australian) People" Profiled by Laurence MacDonald Muir.
  • From Terra Australis to Australia, State Liberty of New South Wales
  • European discovery and the colonisation of Australia - Australian Government
  • Smyth, Dacre. "Immigrant Ships to Australia".

Templat:Link GA