Mohamad Fatmi Che Salleh: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
k Putera Luqman Tunku Andre telah memindahkan halaman Muhammad Fahmi Che Salleh ke Muhammad Fatmi Che Salleh: Bukan Fahmi tapi fatmi. Sekian
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 08:37, 8 April 2013

Datuk Muhammad Fatmi Che Salleh adalah salah seorang pegawai yang paling lama berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Kemudian) dan Perdana Menteri Malaysia [1]. Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di kerusi Parlimen Kota Bharu.[2].

berketurunan Darah Campur

Fatmi datang dari keturunan Cina Islam. Moyang beliau (Abdul Halim) datang dari China dan diterima oleh Sultan Kelantan .Kemudian Moyang beliau telah dihantar ke Mekah untuk belajar agama Islam dan kembali sebagai seorang ulama agama. Beliau diterima baik di kalangan masyarakat Cina dan Melayu di Kelantan kerana persona dan kesopanan beliau.[3].

UMNO Bahagian Kota Bharu

Muhammad Fatmi telah dipilih sebagai Ketua UMNO yang baru bagi Bahagian Kota Bharu. Sebelum ini, jawatan tersebut dipegang oleh seorang Ahli Politik terkenal dan juga bekas ahli UMNO, Menteri Undang-Undang dan bekas ahli Pakatan Rakyat, Datuk Seri Zaid Ibrahim.[4].

Anugerah dan Pengiktirafan

Datuk Muhammad Fatmi Che Salleh telah dianugerahkan gelaran selepas menerima bintang daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk.[5].

Mohammed Fatmi adalah salah seorang yang mengikuti rombongan Sultan Kelantan semasa lawatan Sultan ke Tanah Suci Mekah.Antara Lain-lain dalam rombongan itu Datuk Seri Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan juga menteri Perdagangan Antarabangsa persekutuan dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.

Rujukan