Pop yeh-yeh: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurniasan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17: Baris 17:
Perkembangan kugiran mendorong kewujudan banyak syarikat rakaman di Singapura sekitar 60-an, banyak lagu yang dirakamkan ke piring hitam dan dikomersilkan.
Perkembangan kugiran mendorong kewujudan banyak syarikat rakaman di Singapura sekitar 60-an, banyak lagu yang dirakamkan ke piring hitam dan dikomersilkan.


Antara penyanyi yang mencipta namanya pada ketika itu termasuklah [[A Ramlie]], [[Jeffrydin]], [[Adnan Othman]], [[J Kamisah]], [[Ahmad Jais]], [[M Osman]], [[Hussien Ismail]], [[A Halim]], [[S Jibeng]] dan [[L Ramlie]].
Antara penyanyi yang mencipta namanya pada ketika itu termasuklah [[A. Ramlie]], [[Jeffrydin]], [[Adnan Othman]], [[J Kamisah]], [[Ahmad Jais]], [[M Osman]], [[Hussien Ismail]], [[A Halim]], [[S Jibeng]] dan [[L Ramlie]].


Ketika itu juga wujud beberapa kumpulan rock dan pop termasuk The Rhythm Boys, The Siglap Five dan The Hook yang menampilkan M Romzi sebagai penyanyi utamanya.
Ketika itu juga wujud beberapa kumpulan rock dan pop termasuk The Rhythm Boys, The Siglap Five dan The Hook yang menampilkan M Romzi sebagai penyanyi utamanya.

Semakan pada 04:28, 12 Julai 2007

Irama pop yeh-yeh merupakan satu rentak yang popular di Malaysia, Singapura, dan Brunei ketika 1960-an dahulu. Irama pop yeh-yeh menguasai dunia muzik Melayu dari tahun 1965 hingga 1971. Irama pop yeh-yeh merupakan kesan pengaruh hebat kumpulan The Beatles dari England ke atas industri muzik Melayu zaman itu. Malah, istilah pop yeh-yeh diambil daripada judul lagu popular The Beatles, She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh.

Lagu tempatan berirama pop yeh-yeh tempatan pertama dihasilkan ialah lagu Suzanna, dendangan M Osman pada tahun 1964. Ketika kemuncak kegilaan irama pop yeh-yeh, banyak kumpulan muzik yang ditubuhkan cuba meniru The Beatles dari segi penampilan, corak dan gaya persembahan.

Pada kebiasaannya, kumpulan gitar rancak atau dipendekkan gelarannya menjadi kugiran ini mempunyai empat anggota yang berperanan sebagai penyanyi, selain pengendali empat alat muzik iaitu tiga gitar elektrik dan dram. Ada di antaranya ditubuhkan di Singapura dan tidak kurang juga di Malaysia.

Perkembangan kugiran mendorong kewujudan banyak syarikat rakaman di Singapura sekitar 60-an, banyak lagu yang dirakamkan ke piring hitam dan dikomersilkan.

Antara penyanyi yang mencipta namanya pada ketika itu termasuklah A. Ramlie, Jeffrydin, Adnan Othman, J Kamisah, Ahmad Jais, M Osman, Hussien Ismail, A Halim, S Jibeng dan L Ramlie.

Ketika itu juga wujud beberapa kumpulan rock dan pop termasuk The Rhythm Boys, The Siglap Five dan The Hook yang menampilkan M Romzi sebagai penyanyi utamanya.

Kegemilangan pop yeh-yeh mula merosot pada 1971. Semenjak kemerosotan irama pop yeh-yeh. pusat perkembangan muzik Melayu mulai beralih dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Banyak penggubah lagu, penulis seni kata, penyanyi, penerbit album dan muzik mula bertandang bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah beberapa bandar lain termasuk Johor Bahru serta Ipoh untuk mengambil peluang dari perkembangan muzik Melayu yang semakin rancak berubah.