Abdul Ghani Othman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 3 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q4665348
Hang Li Po (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 56: Baris 56:
{{Kotak Jawatan|
{{Kotak Jawatan|
penyandang terdahulu=[[Muhyiddin Yassin|Tan Sri Muhyiddin Yassin]] <br>|
penyandang terdahulu=[[Muhyiddin Yassin|Tan Sri Muhyiddin Yassin]] <br>|
Jawatan=[[Johor#Senarai Menteri Besar Johor|Menteri Besar Johor]]<br> [[1995]]&ndash; kini|
Jawatan=[[Johor#Senarai Menteri Besar Johor|Menteri Besar Johor]]<br> [[1995]]&ndash; [[2013]]|
penyandang kemudian=Masih Menjawat}}
penyandang kemudian=Masih Menjawat}}


Baris 62: Baris 62:
[[Kategori:Orang hidup]]
[[Kategori:Orang hidup]]
[[Kategori:Ahli politik UMNO]]
[[Kategori:Ahli politik UMNO]]
[[Kategori:Ahli Dewan Undangan Negeri Johor 2008]]
[[Kategori:Menteri Besar Johor]]
[[Kategori:Menteri Besar Johor]]
[[Kategori:Menteri Belia dan Sukan Malaysia]]
[[Kategori:Menteri Belia dan Sukan Malaysia]]

Semakan pada 15:36, 20 April 2013

Yang Amat Berhormat
Dato' Hj.Abdul Ghani Othman
Menteri Besar Johor
Memegang jawatan
1995
Didahului olehMuhyiddin Yassin
Butiran peribadi
Lahir14 November 1946
Sungai Mati, Ledang, Tangkak, Johor
KerakyatanWarganegara Malaysia
Parti politikMalaysia Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman (lahir 14 November 1946) ialah Menteri Besar Johor. Sebelum itu, beliau merupakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia (1993 - 1995).

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Sungai Mati, Ledang, Tangkak, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Laki-laki Tangkak dan kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Muar (High School Muar). Kemudian beliau menyambung pelajaran dengan biasiswa Rancangan Colombo dan menerima ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Universiti Latrobe, Melbourne Australia dan sarjana dalam bidang ekonomi politik dari Universiti Queensland. Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya (1974-1984) dan seterusnya dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya (1980-1984).

Politik

Kerjaya politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Senator di Dewan Negara (Disember 1984-Julai 1986) .Selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledang pada Ogos 1986. Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga 30 November 1993.

Selepas itu, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai 1 Disember 1993 hingga Mac 1995 dan mendapat jolokan sebagai ‘Bapa Rakan Muda’ kerana berjaya memperkenalkan program Rakan Muda yang mendatangkan faedah kepada golongan remaja dan belia.

Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat. Sejak Mac 1978, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor.

Keluarga

Abdul Ghani yang berkongsi hidup dengan Datin Paduka Prof. Dr. Jamilah Arifin dikurniakan dua orang cahaya mata.

Anugerah

Pada tahun 1989, beliau dikurniakan pingat Seri Mahkota Johor (SMJ) diikuti dengan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato' oleh Baginda Sultan Johor. Pada tahun 1996 dikurniakan pingat DK(II) oleh Sultan Johor. Beliau pernah menerima anugerah dari Timesport sebagai Sport Toto Man of The Year Award pada 1994.

Pada 9 April 1989 , Abdul Ghani menerima anugerah tertinggi Johor iaitu "Darjah Kerabat Johor" daripada Sultan Iskandar.

Kontroversi

Tarif air

Tarif air untuk Johor merupakan tarif paling tinggi dalam Malaysia.[1]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Johor negeri kaya, rakyat tanggung hutang". Roketkini.com. 13 Jun 2012. Dicapai pada 21 Januari 2013.


Penyandang Terdahulu Menteri Belia dan Sukan
19931995
Penyandang Kemudian
Tan Sri Annuar Musa
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Penyandang Terdahulu Menteri Besar Johor
19952013
Penyandang Kemudian
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Masih Menjawat