Tun Perak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18: Baris 18:
}}
}}


'''Tun Perak''' (mati:1498) ialah [[Bendahara]] [[Melaka]] kelima yang termasyhur. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalam [[Kesultanan Melayu Melaka]] adalah setanding dengan [[Perdana Menteri]] moden. Tun Perak, bersama-sama dengan [[Aria Gajah Mada]] dari [[Majapahit]], dan [[Raja Kenayan]] dari [[Pasai]], telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di alam [[Melayu]] pada [[abad ke-15]].
'''Tun Perak''' (mati:1498) ialah [[Bendahara]] [[Melaka]] ke5 adalah Bendahara yang termasyhur antara semua bedahara Melaka. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalam [[Kesultanan Melayu Melaka]] adalah setanding dengan [[Perdana Menteri]] moden. Tun Perak, bersama-sama dengan [[Aria Gajah Mada]] dari [[Majapahit]], dan [[Raja Kenayan]] dari [[Pasai]], telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di alam [[Melayu]] pada [[abad ke-15]].





Semakan pada 04:20, 13 Julai 2007

Tun Perak

Tun Perak (mati:1498) ialah Bendahara Melaka ke5 adalah Bendahara yang termasyhur antara semua bedahara Melaka. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah setanding dengan Perdana Menteri moden. Tun Perak, bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit, dan Raja Kenayan dari Pasai, telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di alam Melayu pada abad ke-15.


Pada awal hidupnya, Tun Perak merupakan seorang pahlawan di bawah pemerintahan Sultan Melaka. Setelah menewaskan percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun 1446, beliau dilantik sebagai Bendahara pada tahun 1456 ketika kematian Tun Ali Seri Nara Diraja, Bendahara ke-empat.


Tun Perak berkhidmat sebagai Bendahara di bawah empat sultan dari 1456 hingga 1498. Di bawah pentadbiran Tun Perak, Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi politik, sosial, dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dari China, India, Timur Tengah, serta negara-negara berjiran.


Perang dengan Siam

Kesejahteraan Melaka menarik kuasa-kuasa asing seperti Siam untuk menakluk Melaka. Percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun 1446 dan 1456 dijatuhkan oleh Tun Perak. Perhubungan Melaka dengan China adalah hasil keputusan strategik Melaka untuk menghalang kemasukan Siam.


Menurut sejarah, ketika kapal-kapal perang Siam datang untuk menyerang Melaka, Tun Perak mengarahkan supaya obor dilekatkan kepada kayu dan dibakar. Tentera Siam yang melihat kejadian ini menyangka askar-askar Melaka terlalu banyak lalu mereka kembali ke Siam.


Sebelum itu Tun Perak pernah mengalahkan tentera Siam di Pahang apabila pihak istana minta bantuannya selaku Penghulu Klang. Untuk memotivasikan para pejuang, Tun Perak mengambil langkah membawa kaum keluarga pejuang sekali menuju medan tempur.


Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498 dan diwarisi oleh Tun Mutahir.