Abu Sufyan ibni Harb: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 2 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q335430
KLBot2 (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:Q335430
Baris 10: Baris 10:
[[Kategori:Sahabat Nabi]]
[[Kategori:Sahabat Nabi]]
[[Kategori:Islam]]
[[Kategori:Islam]]

[[so:Abuu Sufyaan]]

Semakan pada 10:21, 24 April 2013

Abu Sufyan ibni Harb ialah ketua puak Bani Abd Shams daripada kaum Quraish. Beliau juga merupakan ketua keseluruhan kaum Quraish, menjadikannya salah seorang daripada orang yang berpengaruh di Makkah semasa hayat Nabi Muhammad s.a.w.

Isteri Abu Sufyan bernama Hind binti Utbah. Beliau juga mempunyai seorang anak perempuan yang mengahwini Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Ramlah binti Abu Sufyan.

Datuk kepada Abu Sufyan ialah Ummaiyyah, nama Kerajaan Bani Ummaiyyah diambil sempena namanya manakala moyang Abu Sufyan pula bernama Abd Shams. Abang kepada moyangnya pula ialah Hashim, moyang Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripada anak Abu Sufyan, Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Posisi Abu Sufyan sebagai ketua Quraish menjadikannya musuh ketat Nabi Muhammad s.a.w. Abu Sufyan menganggap Nabi Muhammad sebagai satu ancaman dan berusaha beberapa kali untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Anak perempuan Abu Sufyan memeluk Islam dan tidak terlepas daripada didera oleh kaum musyrikin Makkah. Selepas beberapa pertempuran di antara Muslimin Madinah dan Musyrikin Makkah terjadi, satu perjanjian iaitu Perjanjian Hudaibiyyah ditandatangani. Perjanjian ini kemudiannya dicabuli oleh sekutu kaum Quraish. Peristiwa ini menyaksikan pembukaan kota Makkah oleh tentera Muslim secara aman. Selepas peristiwa terbabit, Abu Sufyan memeluk agama Islam dengan ikhlas.