Turandot: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yk Yk Yk (bincang | sumb.)
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 94: Baris 94:


''[[Nessun dorma]]'' menjadi popular kepada pendengar ramai termasuk bukan peminat [[opera]] terutama kepada pendengar di negara barat.
''[[Nessun dorma]]'' menjadi popular kepada pendengar ramai termasuk bukan peminat [[opera]] terutama kepada pendengar di negara barat.

==Rakaman==
{| class="wikitable"
!Tahun
!Penyanyi-pelakon
!Konduktor, rumah opera dan orkestra
!Label
|-
| 1966 || Birgit Nilsson, Franco Corelli, Renata Scotto || Francesco Molinari-Pradelli, Coro e Orchestra del Teatro Dell'Opera di Roma || EMI
|-
| 1970 ? || Joan Sutherland, [[Luciano Pavarotti]], Montserrat Caballé || Zubin Mehta, London Philharmonic Orchestra || Decca Records|Decca B0000041Q3
|-
| 1977 || Montserrat Caballé, Mirella Freni, [[Jose Carreras]]|| Alain Lombard, Palais de la Musique || EMI Classics 1106627
|-
| 1988 || Eva Marton, [[Plácido Domingo]], Leona Mitchell || James Levine, Metropolitan Opera chorus and orchestra || Deutsche Grammophon B000094HMU
|-
| 1998 || Giovanna Casolla, Sergej Larin, Barbara Frittoli || Zubin Mehta, Teatro del Maggio Musicale Fiorentino Fondazione || RCA B00000IBVC
|}


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 13:55, 20 Julai 2007

Senarai opera Giacomo Puccini

Le Villi (1884)
Edgar (1889)
Manon Lescaut (1893)
La bohème (1896)
Tosca (1900)
Madama Butterfly (1904)
La fanciulla del West (1910)
La rondine (1917)
Il trittico: Il tabarro (1918)
Il trittico: Suor Angelica (1918)
Il trittico: Gianni Schicchi (1918)
Turandot (1926)


Turandot (sebutan "Turandokh") ialah opera tiga babak arahan penggubah Giacomo Puccini untuk libreto Itali, oleh Giuseppe Adami dan Renato Simoni, berdasarkan cerita yang asalnya ditulis oleh Carlo Gozzi.

Latar belakang

Puccini meninggal dunia sebelum sempat menghabiskan babak terakhir. Opera ini kemudiannya dihabiskan oleh Franco Alfano. Persembahan pertama Turandot dibuat di Teatro alla Scala, di Milan, pada 25 April 1926, di bawah pimpinan konduktor muzik Arturo Toscanini. Persembahan pertama tersebut hanya memuatkan muzik-muzik Puccini tanpa meletakkan tambahan yang dibuat oleh Alfano. Persembahan seterusnya memuatkan cerita yang lengkap hingga ke babak terakhir.

Turandot diambil dari bahasa Parsi yang bermaksud "anak perempuan kepada Turan". Turan berada di dalam rantau Asia Tengah dan pernah menjadi sebahagian dari jajahan Parsi. Di Parsi, sebuah cerita dongeng lama yang dikenali sebagai "Turandokht", di mana "dokht" diambil dari perkataan "Dokhtar" (bermaksud "anak perempuan"); yang mana sebutan "kh" dan "t" tidak disebut dengan jelas. Walau bagaimanaun, menurut ahli penyelidik, Patrick Vincent Casali, huruf akhir "t" tidak patut digunakan dalam sebutan nama opera atau merujuk kepada tajuk opera. Ini adalah menurut penyanyi soprano pertama untuk opera ini, Rosa Raisa yang menyatakan Giacomo Puccini tidak pernah menyebut “t” yang terakhir. Tambah lagi, menurut Patrick Vincent Casali, susunan muzik yang ditulis untuk intonasi penyanyi tenor / pelakon lelaki utama, Calaf, menyebabkan sebutan akhir “t” itu agak mustahil. [1]

Peranan

Fail:PF 916002~Puccini-Turandot-Posters.jpg
Poster asal Turandot
Tayangan , April 25, 1926
(Pimpinan: Arturo Toscanini)
Puteri Turandot soprano Rosa Raisa
Maharaja Altoum, ayahanda Turandot tenor Francesco Dominici
Timur, raja buangan dari Tartar (Mongol) bes Carlo Walter
Putera Calàf, anakanda Raja Timur tenor Miguel Fleta
Liù, hamba soprano Maria Zamboni
Ping, ketua Canselor bariton Giacomo Rimini
Pang, ketua pekerja istana tenor Emilio Venturini
Pong, ketua untuk dapur diraja tenor Giuseppe Nessi
Pengawai Mandarin bariton Aristide Baracchi
Putera Parsi tenor Tiada nama pada malam pembukaan
Penanda hukuman (Pu-Tin-Pao) tidak menyanyi Tiada nama pada malam pembukaan
Pengawal istana, pembantu penanda hukuman, budak-budak lelaki, paderi, pengawai Mandarin, orang-orang kenamaan, lapan orang cerdik pandai, dayang-dayang puteri Turandot, askar-askar diraja, ahli muzik dan lain-lain

Plot

Tempat: Peking, China
Masa: Zaman lampau

Sinopsis

Babak 1

Pegawai Mandarin mengumumkan bahawa sesiapa yang ingin mengahwini Puteri Turandot, mesti menjawab 3 teka teki, tetapi jika gagal menjawab, pemuda tersebut akan dipancung. Putera Parsi menyahut cabaran namun dipancung kerana gagal menjawab teka-teki yang diberi. Dalam keadaan yang sibuk dengan ramai orang yang datang untuk melihat hukuman pancung itu, seorang tua yang buta terjatuh ditolak dan hamba beliau, Liù menangis meminta pertolongan. Seorang pemuda terdengar jeritan dan mengenal pasti bahawa si tua tersebut ialah ayahnya, seorang Raja Tartar bernama Timur, yang dihukum buangan. Bapanya memberitahu, hanya Liù sahaja seorang hamba yang kekal dan setia padanya. Pada masa hukuman, Putera muda itu ternampak Puteri Turandot dan jatuh cinta padanya. Setelah hukuman dijalankan, Putera muda tampil ke pentas dan membunyikan gong untuk menyahut cabaran walaupun puas dirayu oleh Liù. Pembesar-pembesar istana juga memberi amaran kepada beliau, tetapi tidak diendahkannya.

Babak 2

Maharaja Altoum, ayahanda kepada Turandot memberi amaran kepada Putera muda itu agar tidak meneruskan cabaran, namun beliau tidak mengendahkannya amaran itu. Sesi teka-teki bermula, soalan pertama ditanya oleh Puteri Turandot, "Apakah yang lahir setiap malam dan mati setiap subuh?" Dengan cepat, Putera muda menjawab "Harapan". Soalan ke-dua, "Apakah yang berkilau merah dan panas seperti cahaya tetapi bukan api?" Putera muda tunduk untuk berfikir seketika dan lantas menjawab "Darah". Soalan terakhir "Apakah sesuatu yang seperti ais tetapi membakar seperti api?" Dengan tangisan girang, Putera muda menjerit "Turandot". Puteri Turandot terkejut dan memohon bapanya agar tidak menyuruh beliau mengahwini Putera muda itu, namun tiada apa yang bapanya boleh membantu. Janji adalah janji. Ketika Puteri Turandot mula menjadi murka, Putera muda menahan Puteri itu dan berkata "Kamu tidak tahu nama saya. Sekiranya kamu boleh meneka nama saya dengan tepat, saya akan setuju untuk dihukum pancung, kalau tidak, kamu akan jadi milikku.."

Babak 3

Puteri Turandot mengumumkan kepada penduduk Peking bahawa tiada siapa boleh tidur untuk mencari nama Putera muda tersebut atau mereka akan dihukum bunuh. Putera muda menyanyikan lagu kemenangan “Nessun dorma” kerana tiada siapa pun tahu nama beliau. Liù dan Timur ditangkap kerana dilihat bercakap dengan Putera muda itu. Putera muda berkeras mengatakan mereka tidak tahu nama beliau. Apabila ditanya “Siapakah nama orang muda itu” oleh Puteri Turandot kepada Liù, gadis itu hanya menjawab bahawa beliau tahu tetapi tidak akan memberitahu. Liù diseksa, namun hanya menjawab “nama orang muda itu adalah “cinta”. Liù kemudiannya merampas pisau dari pengawal istana lalu membunuh dirinya, kerana dia menyintai Putera yang menyintai Puteri Turandot yang kejam. Orang tua yang buta (Timur) itu menangis.

  • Hanya di sini sahaja kerja gubahan penggubah Puccini. Beliau meninggal dunia sebelum sempat menghabiskan kerja beliau. Opera ini disambung oleh Franco Alfano.

Putera Muda cuba untuk membuat Turandot jatuh cinta padanya tetapi gagal. Putera Muda lantas mencium bibir Puteri Turandot dan barulah Puteri itu terasa cinta dan kasih saying. Pada subuh hari, Putera muda itu mengumumkan namanya sebagai “Calaf, anak kepada Timur”.

Turandot dan Calaf pergi mengadap maharaja. Turandot mengumumkan bahawa beliau tahu nama orang muda itu dan berkata "Nama beliau ialah … Cinta!".

Aria-aria terkenal

  • "Tanto amore segreto" (Rahsia cintaku) - Liù dalam babak I, Adegan 1
  • "Signore, ascolta!" (Tuan, dengarlah) - Liú dalam babak I
  • "Non piangere, Liù" (Jangan menangis, Liù) - Calaf dalam babak I
  • "In questa reggia" (Dalam istana ini) - Turandot dalam babak II, Adegan 2
  • "Nessun dorma" (Jangan sesiapa tidur) - Calaf dalam babak III
  • "Tu che di gel sei cinta" - Liú dalam babak III
  • "Del primo pianto" (dari adegan terakhir yang tidak sempat dihabiskan oleh Puccini)

Nessun dorma menjadi popular kepada pendengar ramai termasuk bukan peminat opera terutama kepada pendengar di negara barat.

Rakaman

Tahun Penyanyi-pelakon Konduktor, rumah opera dan orkestra Label
1966 Birgit Nilsson, Franco Corelli, Renata Scotto Francesco Molinari-Pradelli, Coro e Orchestra del Teatro Dell'Opera di Roma EMI
1970 ? Joan Sutherland, Luciano Pavarotti, Montserrat Caballé Zubin Mehta, London Philharmonic Orchestra Decca B0000041Q3
1977 Montserrat Caballé, Mirella Freni, Jose Carreras Alain Lombard, Palais de la Musique EMI Classics 1106627
1988 Eva Marton, Plácido Domingo, Leona Mitchell James Levine, Metropolitan Opera chorus and orchestra Deutsche Grammophon B000094HMU
1998 Giovanna Casolla, Sergej Larin, Barbara Frittoli Zubin Mehta, Teatro del Maggio Musicale Fiorentino Fondazione RCA B00000IBVC

Rujukan

  1. ^ The Pronunciation of Turandot: Puccini's Last Enigma , oleh Patrick Vincent Casali (Vol 13, 1997); Rujukan Oxford http://oq.oxfordjournals.org/cgi/reprint/13/4/77/

Pautan luar