Matrikulasi di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 30: Baris 30:
* [[Kolej Matrikulasi Pulau Pinang]]
* [[Kolej Matrikulasi Pulau Pinang]]
* [[Kolej Matrikulasi Selangor]]
* [[Kolej Matrikulasi Selangor]]
*[[Kolej Matrikulasi Jakarta]]


== Senarai Kolej MARA Matrikulasi ==
== Senarai Kolej MARA Matrikulasi ==

Semakan pada 16:48, 30 April 2013

Matrikulasi merujuk kepada proses kemasukan rasmi ke universiti, ataupun proses kelayakan untuk masuk ke universiti.

Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM (90% Bumiputera) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti.

Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambilalih dan menyatukan program matrikulasi bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Pengambilalihan ini berlaku secara berperingkat dengan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil kumpulan pertama (perintis) di kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM pada awal tahun 1999.

Selain daripada 9 buah kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, 2 buah pusat/kolej lain yang turut mengendalikan program ini adalah Kolej MARA Kulim dan Kolej MARA Kuala Nerang.

Objektif Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang berwawasan, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan demi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk kemajuan negara.

Walaupun program Matrikulasi dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, ini tidak bermakna peranan universiti awam (IPTA) tidak diperlukan lagi. IPTA terlibat secara langsung dengan penggubalan kurikulum program, penggubalan soalan peperiksaan, penaksiran soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan.

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertanggung jawab mengurus rancagan martikulasi ini telah berjaya memenuhi syarat pensijilan MS ISO 9001:2000 dengan audit terkini dilakukan pada 15 - 16 Jun 2009.[1]

Program matrikulasi didakwa tidak seketat dengan STPM[perlu rujukan]. Program ini dikritik oleh ramai kerana kononnya jauh lebih mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi.[perlu rujukan] Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti).

Mulai tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan program matrikulasi teknikal khusus kepada bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) lulusan Sains Teknikal di beberapa kolej di Pendang, Jengka dan Pontian.

Senarai Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Senarai Kolej MARA Matrikulasi

  • Kolej MARA Kuala Nerang
  • Kolej MARA Kulim

Senarai Kolej Matrikulasi Teknikal

  • Kolej Matrikulasi Kedah Pendang
  • Kolej Matrikulasi Pahang Jengka
  • kolej Matrikulasi Johor Pontian


Rujukan