Lagu Anak Desa (album): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q12493459
Baris 106: Baris 106:
[[Kategori:Album 1980]]
[[Kategori:Album 1980]]
[[Kategori:Album Malaysia tahun 1980]]
[[Kategori:Album Malaysia tahun 1980]]

[[id:Lagu Anak Desa (album)]]

Semakan pada 11:00, 5 Mei 2013

Lagu Anak Desa
Album studio oleh
Dilancarkan pada7 Ogos 1980 (1980-08-07)[1]
GenrePop Edit the value on Wikidata
SyarikatEMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
PenerbitS. Atan
Kronologi Sudirman
Anak Muda
(1980)
Lagu Anak Desa
(1980)
Lagu Dari Kota
(1981)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Lagu Anak Desa merupakan salah satu album yang dihasilkan oleh Sudirman Haji Arshad. Album ini dikeluarkan pada tahun 1980.

Kandungan Lagu

Muka Satu
No.TajukPenulisMasa
1."Anak Gembala"A. Hassan, Sudirman & Siti Zaleha Hashim3:58
2."Kau Akan Kembali"Syed Haron3:25
3."Hujan"Syed Haron3:57
4."Tiada Dendam Di Hati"S. Atan, Haron Abdul Majid3:45
5."Ke Dunia Baru"S. Atan, Sudirman4:05
Muka Dua
No.TajukPenulisMasa
1."Aku Pengganggur"Sudirman3:10
2."Teratai Menjelma"Raja Kobat3:36
3."Hati Rindu"Hakcipta Terpelihara3:54
4."Jangan Kau Tanya"S. Atan, Sudirman & Haron Abdul Majid3:10
5."Sepetang Di Pinggir Bukit"Mahzan Manan, Habsah Hassan3:37
6."Tanah Ini Tanahku (Milik Kita Bersama) Epilogue"Sudirman1:46


Nota

Nota ini ditulis pada keratan kertas di dalam isi album ini. Berikut merupakan coretan beliau tentang bagaimana setiap lagu itu ditemukan.

  • Aku Penganggur –Sudirman

Awal '80, karier saya hebat dipersoalkan. Pada 2 Mei '80, seorang peminat menulis, “Kenapa abang Sudir tidak menuliskan satu lagu Aku Penganggur?” (Perlukah saya ceritakan lagi?)

  • Anak Gembala – A.Hassan/Sudirman & Siti Zaleha

Semasa saya kecil, hidup saya disulami fantasi dan cerita-cerita indah. Anak kecil itu terus bertempat di hati saya, hingga hari ini.

  • Hati Rindu - Nyanyian R.Azmi

Saya besar dengan lagu ini. Mula menyanyikan di TV di rancangan Gembira Ria. Peminat-peminat meminta lagu ini dirakamkan. Juga seorang pegawai di luar negeri. Tetapi apabila sewaktu pertunjukan pentas, seorang ibu meminta saya menyanyikan lagu ini, saya tidak mampu berlengah lagi.

  • Hujan – Syed Harun

“Cinta yang bersemi diwaktu hujan turun...” Pertama kali saya dengar pada 15 Ogos '76. Ia mengenangkan saya waktu-waktu saya di kampus, dan kisah-kisah cinta saya diwaktu itu. Penulisnya, Syed Harun, seorang sahabat sekampus, juga menulis 'Hanya Lagu' yang saya rakamkan dalam album pertama “Aku Penghiburmu”.

  • Jangan Kau Tanya - S.Atan/Sudirman/Haron Abdul Majid

Biarku sendiri, membawa perasaan yang kusut ini, Janganlah kau bertanya, Apa sebabnya

  • Kau Akan Kembali –Syed Harun

Saya faham kegembiraan seorang anak kampung menunggu kepulangan orang yang disayanginya. Ini adalah pengalaman.

  • Ke Dunia Baru - S. Stan/Sudirman

Saya mengkagumi pasangan yang sedang di alam percintaan. Biarpun di mana. Lebeh-lebeh lagi apabila mereka merancang masa depan mereka. Saya tidak terkecuali.

  • Sepetang Di Pinggir Bukit – Mahzan Manan/Habsah Hassan

Percintaan yang setia adalah satu perkara yang agung. Ia menyentuh hati saya sedalam-dalamnya. Saya mula berhijrah ke K.L. dari kampung pada Jun '75, untuk melanjutkan pelajaran. Pada 2 September '75, saya dapat tahu seorang gadis sekampung yang sangat saya puja telah menetap di K.L. Saya pergi mencari-cari rumahnya untuk memberi sekeping potretnya yang saya lukis. Walaupun saya tidak jumpa rumahnya, hati saya puas. Lalu saya minta kak Habsah Hassan luahkan cerita ini.

  • Teratai Menjelma – Raja Kobat

Pertama kali saya temui Raja Kobat pada 4 Januari '80, saya tahu kami boleh ‘klik’. Berkenaan lagu ini katanya: “ Selalunya juga di dalam mencari pasangan yang cantik, kita kerap terlupa yang suci murni di kampung.” Ini saya rasakan hingga ke tulang-temulang saya.

  • Tiada Dendam Di Hati - S.Atan/Haron Abdul Majid

Saya anak muda yang tidak tahu menyimpan dendam. Segalanya saya terima dengan baik.

  • Tanah Ini Tanahku (Milik Kita Bersama)- Sudirman

Ini tanah air kita. Tanpanya, siapakah kita.

Rujukan

  1. ^ Burnmarkz (6 September 2008). "Sudirman - Lagu Anak Desa (1980)". Dicapai pada 24 Mei 2012.