Ahmad Yakob: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
Hang Li Po (bincang | sumb.)
Baris 56: Baris 56:


Pada 23 Mac 2004 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Majlis mengangkat sumpah di hadapan [[Sultan Kelantan]] diadakann di Istana Negeri [[Kubang Kerian]] bagi menggantikan Datuk [[Abdul Halim Abdul Rahman]] (ahli parlimen [[Pengkalan Chepa]]).
Pada 23 Mac 2004 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Majlis mengangkat sumpah di hadapan [[Sultan Kelantan]] diadakann di Istana Negeri [[Kubang Kerian]] bagi menggantikan Datuk [[Abdul Halim Abdul Rahman]] (ahli parlimen [[Pengkalan Chepa]]).

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan bagi menggantikan YB Tuan Guru Datuk [[Nik Aziz Nik Mat]] yang telah berkhidmat selama lima penggal.


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 14:56, 8 Mei 2013

Dato'

Haji Ahmad Yaakob
Fail:Ahmad Yakob.jpg
Menteri Besar Kelantan
Memegang jawatan
6 Mei 2013
RajaSultan Muhammad ke-V
TimbalanNik Mohd. Amar Nik Abdullah
Didahului olehNik Abdul Aziz bin Nik Mat
Timbalan Menteri Besar Kelantan
Dalam jawatan
2004–2013
Didahului olehAbdul Halim Abdul Rahman
Digantikan olehNik Mohd. Amar Nik Abdullah
Anggota Dewan Undangan Kelantan
untuk N3 Pasir Pekan
Memegang jawatan
April 1995
Majoriti5,644 (PRU-13)
Butiran peribadi
Lahir (1950-02-01) 1 Februari 1950 (umur 74)
Tumpat, Kelantan
Parti politikPAS - Pakatan Rakyat
PasanganSiti Zubaidah binti Ab. Hamid (k. 1980)
Anak-anak11
PekerjaanGuru

Ahmad Yakob merupakan ahli politik PAS di Malaysia. Beliau menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan mulai 23 Mac 2004 sehingga 3 April 2013. Selepas itu beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei 2013 hingga sekarang.[1][2][3]

Keluarga

Ahmad Yakob dilahirkan di Kampong Berangan, Tumpat pada 1 Febuari 1950. Bapanya Haji Yakob bin Ishak ialah tokoh agama dan pejuang PAS di Kampong Berangan. Manakala ibunya Cik Zainab Bt Cik Hussin aktif dalam urusan Muslimah PAS Cawangan Berangan.

Pada 1980, beliau berkahwin dengan Siti Zubaidah binti Ab. Hamid - seorang guru. Mereka mendapat 11 anak.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Berangan. Kemudian di Sekolah Agama Bustanul Ariffin, Berangan, Tumpat. Seterusnya belajar di Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam , Kota Bharu.Seterusnya melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) Nilam Puri dan di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Syariah dan mendapat Diploma Pendidikan di Universiti 'Ain Syam , Kaherah jurusan Bahasa Arab (1978-1979).[3]

Kerjaya

Sekembali dari Mesir, beliau menjadi guru di Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam, Segamat, Johor (1980).Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong ,Gua Musang (1986), Sekolah Menengah Perempuan Pasir Mas dan ke Sekolah Menengah Rantau Panjang (1987-1995). Pada tahun 1995 beliau meletak jawatannya bagi membolehkan beliau bertanding di dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995.

Sebagai guru agama, beliau aktif dari surau dan masjid menyampaikan dakwah dan ceramah.

Politik PAS

Bapanya, Tuan Guru Haji Yakob bin Haji Ishak merupakan tokoh PAS Tumpat dan pernah ditahan di bawah ISA bersama-sama Haji Nik Abdullah Arshad- tokoh PAS Kelantan.

Ahmad Yakob menjadi ahli PAS di cawangan Berangan pada 1986 . Beliau pernah menjawat Pengarah Pilihanraya DUN Sungai Pinang (1986), Bendahari PAS Kawasan,Pengerusi Majlis Tindakan DUN Sungai Pinang (1990 -1995) dan Ketua Penerangan PAS Kawasan 1997-1999, Naib Yang DiPertua PAS kawasan Tumpat,Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan dan Jawatankuasa Bangunan PAS Tumpat serta Ahli Lajnah Politik PAS Negeri Kelantan.

Tahun 1995 , beliau ditawar bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995.Oleh itu beliau meletakkan jawatan dengan notis 24 jam sebagai guru Siswazah selama 15 tahun demi berbakti kepada PAS.Beliau bertanding di DUN Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat menentang calon BN Haji Saupi Daud dan beliau menang dengan majoriti 2,734 undi.

Pada 17 Mei 1987, Menteri Besar Kelantan melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia .Sebelum ini dipegang oleh Rozali Isohak (Semangat 46) yang telah digugurkan kerana masuk UMNO.

Selepas Pilihan raya 1999, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sains Teknologi dan Alam Sekitar .

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004 , ahmad Yakob menewaskan calon BN , Mohd Noor Yaakob (Naib Ketua UMNO Bhg Tumpat) dengan majoriti 2,271 undi.

Pada 23 Mac 2004 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Majlis mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kelantan diadakann di Istana Negeri Kubang Kerian bagi menggantikan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (ahli parlimen Pengkalan Chepa).

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan bagi menggantikan YB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang telah berkhidmat selama lima penggal.

Rujukan

  1. ^ Ahmad Yakob appointed MB Kelantan NST
  2. ^ "Ahmad Yakob MB Kelantan baru, Nik Amar TMB". Harakahdaily. 6 Mei 2013. Dicapai pada 7 Mei 2013.
  3. ^ a b "Ahmad Yaakob takes oath as new Kelantan MB". The Malaysian Insider. 6 Mei 2013. Dicapai pada 7 Mei 2013.

Pautan luar

Jawatan politik
Didahului oleh
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
6 Mei 2013 –
Diikuti oleh:
Penyandang