InuYasha: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ennamoon (bincang | sumb.)
Ennamoon (bincang | sumb.)
Baris 124: Baris 124:
===Anime===
===Anime===
:''Bacaan lanjut: [[Senarai animasi InuYasha]].''
:''Bacaan lanjut: [[Senarai animasi InuYasha]].''
Adaptasi pertama bagi siri Inuyasha telah dihasilkan oleh [[Sunrise]] di Jepun saluran [[Animax]] pada [[16]] [[Oktober]] [[2000]]. Sebanyak 167 episod telah ditayangkan sehinggalah ke siri akhir yang tamat pada [[13]] [[September]] [[2004]]. Ia juga ditayangkan di saluran [[Yomiuri TV]] dan [[Nippon Television]]. Untuk saluran Asia Timur dan Asia Selatan, Inuyasha ditayangkan melalui saluran ''[[Animax]] English Language Network'' @ Animax Rangkaian Bahasa Inggeris. [[Aniplex]] telah menggumpulkan kesemua episod di mana kesemuanya mempunyai 7 siri DVD volume dihasilkan di Jepun antara [[30]] [[May]] [[2001]] sehingga [[27]] [[Julai]] [[2005]]. Inuyasha diulang tayang di saluran [[Toonami]] pada akhir [[2012]].
Adaptasi pertama bagi siri Inuyasha telah dihasilkan oleh [[Sunrise]] di Jepun saluran [[Animax]] pada [[16]] [[Oktober]] [[2000]]. Sebanyak 167 episod telah ditayangkan sehinggalah ke siri akhir yang tamat pada [[13]] [[September]] [[2004]]. Ia juga ditayangkan di saluran [[Yomiuri TV]] dan [[Nippon Television]]. Untuk saluran Asia Timur dan Asia Selatan, Inuyasha ditayangkan melalui saluran ''[[Animax]] English Language Network'' @ Animax Rangkaian Bahasa Inggeris. [[Aniplex]] telah menggumpulkan kesemua episod di mana kesemuanya mempunyai 7 siri DVD volume dihasilkan di Jepun antara [[30]] [[Mei]] [[2001]] sehingga [[27]] [[Julai]] [[2005]]. Inuyasha diulang tayang di saluran [[Toonami]] pada akhir [[2012]].


Di Malaysia, Inuyasha buat kali pertamanya di tayangkan di saluran [[ntv7]] pada setiap [[Jumaat]]. Inuyasha kemudiannya diulang tayang di saluran [[TV9]] pada setiap [[Khamis]], jam 7:00 petang.
Di Malaysia, Inuyasha buat kali pertamanya di tayangkan di saluran [[ntv7]] pada setiap [[Jumaat]]. Inuyasha kemudiannya diulang tayang di saluran [[TV9]] pada setiap [[Khamis]], jam 7:00 petang.
Baris 130: Baris 130:
====Filem====
====Filem====
====OVA====
====OVA====

===Cakera padat===
===Cakera padat===
===Permainan video===
===Permainan video===

Semakan pada 16:02, 15 Mei 2013

InuYasha
Watak-watak yang terdapat dalam siri Inuyasha
GenrePengembaraan, Komedi, Drama, Fantasi, Sejarah, Romantik, Shōnen
Diciptakan olehRumiko Takahashi
Manga
PengarangRumiko Takahashi
PenerbitJepun Shogakukan
Penerbit LainKanada Amerika Syarikat VIZ Media

Brazil Editora JBC
Perancis Kana
Finland Egmont Kustannus
Sepanyol Glénat
Jerman Egmont
Norway Egmont Serieforlag
Indonesia Elex Media Komputindo
Mexico Editorial Vid


Israel Aruts Hayeladim
Anime
PengarahMasashi Ikeda (eps 1 sehingga 44) Yasunao Aoki (44 ke atas)
StudioSunrise
Penyiaran AsalBrazil Cartoon Network
Jepun Animax, Nippon TV
Hong Kong Taiwan IndiaAnimax


Amerika Syarikat Cartoon Network/Adult Swim
Kanada YTV
Israel Arutz Hayladim
Itali MTV Italia
Argentina Brazil Mexico Panama Cartoon Network
Chile Chilevisión
Australia ABC , 7
Filipina ABS-CBN , Hero TV, TV5
Latvia Moldova Rusia Ukraine Lithuania Belarus Estonia MY3TB
Korea Selatan Champ TV Tooniverse
Hungary A+, RTL Klub
Indonesia Indosiar
Jerman Switzerland Austria RTL II


Malaysia NTV7, TV9
Dikeluarkan pada16 Oktober, 200013 September, 2004
Senarai Filem
  1. Filem InuYasha: Pemikiran yang Melangkaui Masa
  2. Filem InuYasha: Kota Impian Tersembunyi dalam Cermin
  3. Filem InuYasha: Pedang yang Menguasai Dunia
  4. Filem InuYasha: Kepulauan Guren Horai
Portal Anime dan Manga


InuYasha (犬夜叉), ( judul penuh dalam bahasa Jepun Sengoku Otogi Zōshi InuYasha, 戦国お伽草子ー犬夜叉), ataupun dalam bahasa Malaysia, InuYasha, Kisah Dongeng Feudal merupakan judul manga ataupun anime Jepun berbentuk shōnen, pengembaraan romantis dan komedi yang merupakan karya Rumiko Takahashi. Kisahnya mengenai pengembaraan seorang gadis yang sedang belajar di sekolah tinggi era moden, Kagome Higurashi, seorang gadis yang boleh merentasi zaman silam melalui perigi misteri di rumahnya. Kagome ialah kelahiran semula, bagi Kikyo dan oleh sebab itu Kagome mempunyai kuasa istimewa. Kagome telah ditakdirkan bertemu dengan Inuyasha di zaman silam dan menggembara bersama-sama untuk mengumpulkan serpihan Shikon No Tama (Permata Shikon).

Terdapat 167 episod anime ini telah dihasilkan oleh Sunrise Inc. yang mulanya disiarkan di Nippon TV di Jepun sejak 16 Oktober 2000 hingga 13 September 2004. Biarpun episod terakhirnya mencecah 167 episod, namun siri anime ini tergantung dan tiada penyelesaiannya. Maka siri baru, iaitu Inuyasha Kanketsuhen (犬夜叉完結編, InuYasha Akta Akhir)[1] sebanyak 26 episod telah dihasilkan untuk mencari penamat kepada jalan keseluruhan cerita. Terdapat manga, filem serta permainan turut dihasilkan. Siri anime ini pernah disiarkan di Malaysia menerusi saluran Ntv7, hanya selama setahun dan juga di TV9 selama beberapa bulan.

Siri ini dinamakan berasaskan watak utamanya, InuYasha. Nama "InuYasha" bermaksud "syaitan anjing". Inu () dalam bahasa Jepun bermaksud "anjing". Yasha (夜叉) pula merupakan istilah berkaitan agama Buddha yang merujuk kepada pahlawan syaitan.

Keistimewaan dan Penekanan

Anime Inuyasha mempunyai banyak keistimewaan, antaranya :

  • Anime ini menekankan mengenai keberanian dalam mengharungi cabaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Contohnya Inuyasha, Kagome dan rakan rakan mereka yang lain sanggup bersusah payah bertarung demi mendapatkan Shikon No Tama dan menghapuskan Naraku.
  • Anime ini menekankan latar tempat, masa dan masyarakat era feudal iaitu di zaman Edo. Dengan ini penonton boleh mempelajari budaya Jepun yang unik.
  • Anime ini turut memperlihatkan ikatan kasih sayang hubungan kekeluargaan, persahabatan dan percintaan. Contohnya biarpun Sesshomaru membenci Inuyasha, namun akhirnya Sesshomaru dapat menerima bahawa Inuyasha ialah adiknya. Begitu juga persahabatan antara Kagome dengan Miroku dan Sango.
  • Anime ini menghiburkan bagi golongan muda, remaja dan dewasa kerana kehebatan pertarungannya setaraf dengan anime Bleach dan juga Naruto.

Plot

Kikyo memanah Inuyasha

Siri Inuyasha bermula dengan pertempuran penduduk kampung era silam iaitu pada zaman Sengoku dengan seorang manusia separuh raksasa yang dipanggil sebagai hanyo. Hanyo tersebit ialah Inuyasha yang ingin mencuri Shikon No Tama dari biara kampung tersebut. Pada hari itu, Inuyasha gagal mengawal emosi dan difikirannya hanyalah ingin memperolehi permata tersebut. Serikandi terakhir yang merupakan seorang perempuan sihir ataupun miko iaitu Kikyo mempertahankan Shikon No Tama sehingga ke titisan darah terakhir. Kikyo memanah Inuyasha tepat di dadanya dan tubuh Inuyasha terikat dengan sumpahan. Sumpahan itu membuatkan Inuyasha tidur selama 50 tahun.

Kembali ke era moden, Higurashi Kagome yang merupakan seorang pelajar sekolah tinggi mempunyai sahabat yang ramai dan keluarga yang penyayang. Datuknya membuka kedai antik dan selalu bercerita kepada Kagome mengenai Shikon No Tama yang menjadi lagenda bagi sejarah Jepun. Kagome tidak meminati sejarah dan dia hanya bersikap acuh tak acuh apabila datuknya bercerita mengenai permata itu. Kagome mempunyai seorang adik lelaki bernama Sota dan seekor kucing comel dan gemuk bernama Buyo. Suatu hari Buyo bermain-main dengan Sota. Buyo melangkah masuk ke sebuah bilik lama di halaman rumah Kagome. Sota yang bimbangkan keselamatan Buyo cuba mencari Buyo. Namun dia tidak berani untuk melangkah ke bilik tersebut. Sota meminta bantuan Kagome untuk mencari Buyo. Kagome membuka pintu bilik tersebut dan mencari Buyo. Buyo akhirnya ditemui, namun begitu dengan tidak sengaja Kagome terjatuh ke dalam perigi yang terdapat di bilik tersebut.

Wajah Kikyo dan Kagome yang seiras

Dalam perigi tersebut, Kagome diserang oleh raksasa lipan gergasi. Kagome cuba melarikan diri dan dia menemui jalan keluar dari perigi tersebut. Apabila Kagome keluar daripada perigi itu, Kagome terkejut kerana terdapat hutan disekelilingnya dan rumahnya tiada di situ. Kagome cuba mencari jalan pulang dengan merayau-rayau di hutan itu. Secara tidak sengaja, Kagome terjumpa dengan sebatang pokok yang besar dengan seekor makhluk telah diikat di situ. Kagome cuba mendekati makhluk itu yang sedang tidur dalam keadaan yang aman, namun terdapat di dadanya telah dipanah dengan busur. Kagome menarik keluar panah itu, dan serta merta sumpahan yang telah diikat selama 50 tahun telah dileraikan kembali. Makhluk tersebut yang merupakan Inuyasha mula bangun dan terkejut melihat wajah Kagome yang seiras dengan wajah Kikyo.

Makhluk raksasa yang mengejar Kagome di perigi itu kembali mengejar Kagome. Inuyasha mula menyerang dan menyelamatkan Kagome. Raksasa itu inginkan Shikon No Tama yang tertanam dalam tubuh Kagome. Ini adalah kerana Shikon No Tama dibakar dan dikebumikan bersama-sama dengan mayat Kikyo. Kagome pula kelahiran semula bagi Kikyo dan oleh sebab itu Shikon No Tama berada dalam tubuhnya. Semasa berlawan dengan raksasa tersebut, tiba-tiba Shikon No Tama keluar daripada tubuh Kagome. Namun begitu, Inuyasha berjaya mengalahkan rasaksa tersebut dan Kagome menetap di rumah Kaede. Kaede ialah adik kepada Kikyo. Dia merupakan seorang miko tua yang telah lama hidup di dunia itu. Kaede percaya bahawa Kagome ialah kelahiran semula kakaknya. Kemudiannya Shikon No Tama dicuri oleh seekor raksasa gagak Shibugarasu. Kagome dengan pantas cuba memanah burung tersebut namun akhirnya panahnya terkena Shikon No Tama menyebabkan permata itu pecah dan bertaburan di seluruh tempat. Dengan peristiwa itu, bermulalah pengembaraan Inuyasha dan Kagome dalam mencari serpihan permata Shikon No Tama bersama-sama.

Sesshomaru bertarung dengan Inuyasha

Inuyasha seringkali bermimpi mengenai ibunya yang telah mati. Ibunya yang bernama Izayoi, ialah seorang puteri yang cantik bagi kerajaan di dunia itu. Namun begitu, kelahiran Inuyasha ditentang hebat oleh kerabat diraja manusia kerana Inuyasha ialah separuh manusia dan raksasa. Ayahnya ialah Inu No Taisho yang merupakan pemerintah tertinggi bagi kerajaan langit ataupun pemerintah tertinggi bagi kaum rasaksa yang disebut sebagai Yokai. Inuyasha mempunyai ibu tiri dan abang tiri yang bernama Sesshomaru. Sesshomaru sering memburu Inuyasha kerana inginkan pedang Tessaiga yang dikatakan pedang terhebat milik ayahnya, Inu No Taisho. Inu No Taisho mewariskan pedang yang disayanginya, Tessaiga kepada Inuyasha dan pedang kecilnya, Tenseiga kepada Sesshomaru. Sesshomaru merasakan ayahnya tidak adil kerana dia yang sepatutnya mendapat Tetsusaiga kerana dia ialah anak sulung dan juga berdarah rasaksa bangsawan penuh iaitu Daiyokai, Raksasa Sepenuh.

Dalam pengembaraan itu juga, Inuyasha bertemu dengan Miroku yang mempunyai Kazaana, kuasa yang mampu menyerap kesan daripada sumpahan yang telah diturunkan oleh Naraku kepada datuknya. Seluruh kehidupannya ialah untuk mencari dan memusnahkan Naraku demi membalas dendam terhadap keluarganya. Sango pula ialah seorang perempuan yang kuat. Dia memburu rasaksa bersama ahli keluarganya demi menampung keperluan hidup mereka. Namun pada suatu malam, Sango dan keluarganya telah diperdaya dan dibunuh kejam oleh Naraku. Hanya Sango yang berjaya meloloskan diri, manakala adiknya Kohaku meninggal dunia namun dibangunkan kembali oleh Naraku dengan menggunakan kuasa serpihan Shikon No Tama. Sango juga memburu dan ingin membunuh Naraku. Shippo pula ialah raksasa rubah yang kehilangan ayahnya akibat dibunuh oleh orang bawahan Naraku. Oleh sebab matlamat mereka adalah sama maka Inuyasha, Kagome, Sango, Miroku dan Shippo bekerjasama dalam mengumpulkan serpihan Shikon No Tama dan membunuh Naraku.

Watak Perwatakan

Watak Utama

Inuyasha separuh raksasa
  • Inuyasha (Jepun: 犬夜叉, いぬやしゃ, Hepburn: Syaitan Anjing)
Rencana utama Inuyasha
Suara Latar : Kappei Yamaguchi
Inuyasha ialah watak utama bagi siri animasi ini. Dia merupakan anak kepada seorang puteri yang cantik bernama Izayoi dari dunia manusia dan anak kepada ketua pemimpin ataupun pemerintah tertinggi dari dunia rasaksa, iaitu Inu No Taisho dalam Bahasa Malaysia, Ketua Anjing. Jadi, Inuyasha ialah hanyo (separuh raksasa) yang telah terikat di sebuah pokok besar selama 50 tahun kerana dipanah oleh Kikyo akibat perbuatan Inuyasha yang ingin mencuri Shikon No Tama. Suatu masa dahulu, Inuyasha sebenarnya jatuh cinta kepada Kikkyo namun hubungan mereka hancur kerana perbuatan jahat Naraku yang menyamar sebagai Inuyasha dan menikam Kikyo dari belakang. Begitu juga dengan Inuyasha, Naraku menyamar sebagai Kikyo dan memanah Inuyasha. Kedua-duanya tidak mengetahui pekara sebenar merasakan cinta mereka dikhianati dan menyerang satu sama lain. Kikyo menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memanah Inuyasha. Kemudian Inuyasha bertemu dengan Kagome dan dia jatuh cinta terhadap Kagome. Di akhir episod Inuyasha Kanketsuhen mereka akhirnya berkahwin. Inuyasha merupakan pemilik pedang Tessaiga yang sebelum ini milik ayahnya. Matlamat Inuyasha ialah untuk mengalahkan Naraku untuk membalas dendam terhadap kematian Kikyo dan Inuyasha inginkan Shikon No Tama untuk menjadi raksasa sejati.
Inuyasha mempunyai personaliti yang pincang kerana darahnya separuh raksasa di mana kehidupan dan jiwanya mempunyai sisi gelap yang ingin menjadi rasaksa sepenuhnya. Namun begitu, setelah bertemu dengan Kagome, Miroku, Sango dan Shippo Inuyasha mula menghargai kehidupannya sebagai manusia dan jiwanya mula menyayangi dan ingin melindungi mereka yang penting buatnya. Semakin lama bersama kawan-kawannya, ikatan persahabatan yang kuat mula dibina dan matlamatnya untuk menjadi sepenuh rasaksa mula terhapus. Inuyasha ingin menjadi kuat dengan memahami kekuatan yang sebenar, iaitu menjadi kuat untuk melindungi mereka yang penting kepada dirinya. Inuyasha gemar bergaduh dengan Kagome, namun menyimpan perasaan terhadap Kagome. Brbeza dengan Kikyo, Inuyasha bersikap serius dan perasaan cinta terhadap Kikyo hampir terhapus. Inuyasha bersikap kebudak-budakkan terutamanya dengan Koga iaitu seekor serigala jadian. Inuyasha cemburu kerana Koga menaruh perasaan terhadap Kagome. Begitu juga ketika bertarung dengan Sesshomaru, Inuyasha banyak cakap dan mengutuk Sesshomaru. Mereka bertarung dengan serius, namun akhirnya ikatan kekeluargaan iaitu kasih sayang adik dan abang membuatkan Sesshomaru dapat menerima Inuyasha.
Inuyasha berpakaian tradisional Jepun yang berwarna merah. Dia mempunyai rambut kelabu yang cantik, berwarna perak sama seperti abangnya, Sesshomaru. Inuyasha juga mempunyai telinga yang kelihatan seperti telinga kucing. Namun begitu, Inuyasha akan berubah menjadi manusia apabila bulan memasuki fasa baru. Rambutnya akan menjadi hitam dan telinga kucingnya akan berubah menjadi telinga manusia.
  • Kagome Higurashi (Jepun: 日暮かごめ, ひぐらしかごめ, Hepburn: Matahari Terbenam Sangkar Mata[2])
Suara Latar : Satsuki Yukio
Suara Latar : Koji Tsujitani
Suara Latar :

Perkembangan

Rumiko Takahashi menulis siri Inuyasha selepas selesai menulis siri Ranma ½. Hasil karyanya melalui Inuyasha tampak kontra dengan siri karyanya yang lain, di mana siri Inuyasha ini menumpukan kisah yang lebih gelap, tragis, dan misteri berbanding hasil karyanya yang terdahulu lebih kepada komedi. Siri Inuyasha menekankan zaman era Sengoku, di mana peperangan selalunya tercetus. Untuk melakar, pelukis memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai pakaian samurai dan juga bentuk susun atur istana dan rumah zaman lama. Pada bulan Jun 2001, biarpun Inuyasha telah tamat ditayangkan, namun Rumiko masih belum memberi kata putus mengenai hubungan Inuyasha dan Kagome. Oleh itu, dalam siri Inuyasha Akta Akhir ataupun lebih dikenali dengan Inuyasha The Final Act, Rumiko secara jelasnya menunjukkan Inuyasha dan Kagome terus hidup bersama.

Media

Manga

Bacaan lanjut: Senarai bab InuYasha.

Ditulis dan diilustrasikan oleh Rumiko Takahashi, mangga Inuyasha telah dipaparkan di Jepun pada 13 November 1996 melalui Weekly Shōnen Sunday dan ianya sampai ke penamat pada 18 Jun 2008. Setiap bab telah di terbitkan oleh Shogakukan di mana kesemuanya mengandungi 56 tankobon volumes. Volume pertamanya dipaparkan pada Mei 1997 dan volume terakhir dipaparkan pada Februari 2009.

Anime

Bacaan lanjut: Senarai animasi InuYasha.

Adaptasi pertama bagi siri Inuyasha telah dihasilkan oleh Sunrise di Jepun saluran Animax pada 16 Oktober 2000. Sebanyak 167 episod telah ditayangkan sehinggalah ke siri akhir yang tamat pada 13 September 2004. Ia juga ditayangkan di saluran Yomiuri TV dan Nippon Television. Untuk saluran Asia Timur dan Asia Selatan, Inuyasha ditayangkan melalui saluran Animax English Language Network @ Animax Rangkaian Bahasa Inggeris. Aniplex telah menggumpulkan kesemua episod di mana kesemuanya mempunyai 7 siri DVD volume dihasilkan di Jepun antara 30 Mei 2001 sehingga 27 Julai 2005. Inuyasha diulang tayang di saluran Toonami pada akhir 2012.

Di Malaysia, Inuyasha buat kali pertamanya di tayangkan di saluran ntv7 pada setiap Jumaat. Inuyasha kemudiannya diulang tayang di saluran TV9 pada setiap Khamis, jam 7:00 petang.

Filem

OVA

Cakera padat

Permainan video

Novel

Shogakukan telah menerbitkan sebuah novel yang dinamakan Shosetsu InuYasha (小説犬夜叉) ditulis oleh Tomoko Konparu dan diilustrasi oleh Rumiko Takahashi.

Siri aksi langsung

Resepsi

Rujukan

  1. ^ InuYasha Wiki-InuYasha Kanketsuhen (Bahasa Malaysia).
  2. ^ Baidu Baike-Lagu Sangkar Mata. Dalam laman ini banyak berkaitan dengan asal usul nama Kagome (Bahasa Cina).