Rohani Abdul Karim: Perbezaan antara semakan
Baris 170: | Baris 170: | ||
==Pilihan raya Malaysia 2008== |
==Pilihan raya Malaysia 2008== |
||
Dalam |
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Rohani Binti Abdul Karim bertanding menggunakan tiket [[Barisan Nasional]] . Beliau telah bertanding di kawasan [[parlimen]] Batang Lupar , negeri [[Sarawak]]. Rohani Binti Abdul Karim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15, 625. |
||
Calon lawan ialah Abang Zulkifli bin Abang Engkeh dari Parti Keadilan Rakyat [[Pakatan]] yang hanya mendapat 4, 661 undi - Kalah. |
Calon lawan ialah Abang Zulkifli bin Abang Engkeh dari Parti Keadilan Rakyat [[Pakatan Rakyat]] yang hanya mendapat 4, 661 undi - Kalah. |
||
==Rujukan== |
==Rujukan== |
Semakan pada 15:35, 17 Mei 2013
Yang Berhormat Datuk Rohani Abdul Karim | |
---|---|
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – kini | |
Didahului oleh | Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak (pemangku) |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan | |
Dalam jawatan 9 April 2009 – 1 April 2013 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Didahului oleh | Tan Lian Hoe |
Digantikan oleh | Ahmad Bashah Md Hanipah |
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani | |
Dalam jawatan 19 Mac 2008 – 3 April 2009 | |
Perdana Menteri | Abdullah Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Khamsiyah binti Yeop |
Digantikan oleh | Wira Johari Baharom |
Anggota Parlimen untuk P201 Batang Lupar | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – kini | |
Majoriti | 10,964 (PRU-13) |
Butiran peribadi | |
Lahir | 3 Januari 1955 Sri Aman, Sarawak |
Parti politik | Barisan Nasional |
Tinggi | 310px |
Pekerjaan | Menteri Kabinet, Ahli Parlimen |
Datuk Rohani Abdul Karim merupakan seorang ahli politik Malaysia. Pada masa ini beliau adalah Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi Batang Lupar di Sarawak, mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Barisan Nasional. Beliau merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mei 2013 di Wisma Putra. Beliau turut menyertai jemaah menteri baru dalam majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Negara pada 16 Mei 2013.
Sebelum ini, beliau telah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (8 Mac 2008 - 3 April 2009) serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (9 April 2009 - 5 Mei 2013).
Beliau merupakan wanita Sarawak pertama untuk mengetuai suatu kementerian penuh,iaitu Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
Kehidupan awal
Dato' Rohani Abdul Karim dilahirkan pada tanggal 3 Januari 1955 di Simanggang (kini dikenali sebagai Sri Aman), Sarawak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sibu. Beliau kemudiannya meneruskan pendidikan atasan di Universiti Pertanian Malaysia. Masih mendahagakan ilmu pengetahuan, beliau telah kembali melanjutkan pengajian beliau sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Ohio University, Athens, Amerika Syarikat. Beliau mempunyai tiga orang cahaya mata.
Penglibatan di dalam politik
Menjadi Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet
Pada pilihan raya umum 1990, YB. Dato' Rohani telah dipilih sebagai calon dan telah memenangi kerusi Parlimen Santubong.
Pada pilihan raya umum 1994 dan 1999, beliau masih mampu untuk mempertahankan Kerusi Parlimen Santubong. Pada pilihan raya umum 2004 pula, beliau telah bertukar kawasan bertanding ke Batang Lupar,Sri Aman Sarawak, iaitu tempat beliau dilahirkan. Beliau telah menang tanpa bertanding.
Sekali lagi beliau berjaya memenangi kerusi parlimen Batang Lupar menentang wakil dari parti PAS pada pilihan raya umum 2008 dengan 70 peratus undi memihak kepada beliau. Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani oleh Perdana Menteri ke-5 Malaysia, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pada 9 April 2009, Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang baharu saja memegang pucuk pimpinan negara ketika itu telah mengamanahkan beliau untuk mengambil alih tugas Tan Lian Hoe selaku Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Pada 15 Mei 2013,beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau memulakan tugas rasmi sebagai Menteri pada 17 Mei 2013.
Ahli Parlimen Batang Lupar
Beliau terkenal dengan personaliti mesra rakyat di kawasan Batang Lupar. Walaupun sentiasa berada di Semenanjung Malaysia demi melaksanakan tugas beliau sebagai Timbalan Menteri sebelum ini, namun itu tidak memberikan alasan kepada beliau untuk sentiasa menziarah rakyat - rakyat di kawasan Batang Lupar. Beliau juga seorang yang mesra IT kerana sering mengemaskini laman twitter[1] serta laman facebook[2].
Keputusan Pilihanraya
Year | Barisan Nasional | Undi | % | Pembangkang | Undi | % | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | Rohani Abdul Karim (PBB) | 10,200 | 77% | Wan Zainal Abidin Wan Sanusi (PERMAS) | 2,832 | 21% | ||
1995 | Rohani Abdul Karim (PBB) | 11,702 | 83% | Paruwadi Musa (Bebas) | 1,791 | 13% | ||
1999 | Rohani Abdul Karim (PBB) | 7,955 | 56% | Hussaini Hamdan (PKR) | 6,060 | 43% |
Tahun | Barisan Nasional | Undi | % | Pembangkang | Undi | % | Bebas | Undi | % | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Rohani Abdul Karim (PBB) | Menang tanpa bertanding | ||||||||||
2008 | Rohani Abdul Karim (PBB) | 11,015 | 77% | Abang Eddy Allyanni (PAS) | 2,923 | 20% | Ali Semsu (Bebas) | 250 | 2% | |||
2013 | Rohani Abdul Karim (PBB) | 15,625 | 75% | Abang Zulkifli bin Abang Engkeh (PKR) | 4,661 | 23% |
Pilihan raya Malaysia 2008
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Rohani Binti Abdul Karim bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Batang Lupar , negeri Sarawak. Rohani Binti Abdul Karim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15, 625.
Calon lawan ialah Abang Zulkifli bin Abang Engkeh dari Parti Keadilan Rakyat Pakatan Rakyat yang hanya mendapat 4, 661 undi - Kalah.
Rujukan
- ^ "Rohani Abdul Karim Official Twitter". Dicapai pada 17 Mei 2013.
- ^ "Rohani Abdul Karim official facebook". Dicapai pada 17 Mei 2013.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 13 April 2010. Percentage figures based on total turnout.