Altantuya Shaariibuu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Lucasmatthew33 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Addbot
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
=PRU ke-13: PRU paling kotor dalam sejarah Malaysia=
[[Imej:Altantuya.jpg|thumb|right|366px|Altantuya Shaariibuu]]
[[Imej:Altantuya.jpg|thumb|right|366px|Altantuya Shaariibuu]]



Semakan pada 22:10, 20 Mei 2013

PRU ke-13: PRU paling kotor dalam sejarah Malaysia

Altantuya Shaariibuu

Altantuya Shaariibuu (Bahasa Mongolia: Алтантуяа Шаарьбуу) (1978-2006), seorang rakyat Mongolia, merupakan seorang mangsa pembunuhan samada dibunuh dengan menggunakan bahan letupan, C4 atau dibunuh dahulu dan mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4.

Kehidupan awal

Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, anak kepada Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi dan Sh Altantsetseg. Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia fasih berbahasa Mongolia, bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis.

Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.

Pembunuhan

Wanita cantik dari Mongolia ini dipercayai diletupkan dengan C4 di Shah Alam, [[Selangor]. Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda , Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa.

Dari sinilah nama Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan dikait-kaitkan . Dari awal lagi Najib Tun Razak telah menafikan pelbagai rumor yang mengaitkan nama beliau. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, tidak ada lagi sebarang kenyataan penafian kerana akan menjejaskan proses perbicaraan.

Penafian Najib Tun Razak

Setelah sekian lama, kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai rumor penglibatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, barulah dinafikan secara rasmi pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya 'mendiamkan' diri sahaja.

Pada 1 Mei 2008, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu. Antara kenyataan dan penafian itu termasuklah :

  • Tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.
  • Dakwaan seorang saksi kes Altantuya bahawa Altantuya pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama 'Najib Razak' tidak pernah disahkan . Malahan kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti oleh pihak penyiasat mahupun pihak mahkamah.
  • Konon-kononnya ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan 'Najib Razak' tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak termasuk oleh pemimpin utama pembangkang. Hanya wujud gambar rekaan yang terbukti palsu.
  • Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya.
  • Beliau juga tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia.
  • Beliau juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia.
  • Semua kenyataan-kenyataan ini merupakan 'hearsay' yang tidak pernah dibuktikan kesahihannya. Malangnya artikel dalam Malaysia Today oleh Raja Petra Kamaruddin menyiarkan kenyataan itu seolah-olah ia adalah fakta sebenar.
  • Kes pembunuhan Altantuya tidak bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Kementerian Pertahanan Malaysia memang ada membeli kapal selam tersebut tetapi tidak pernah melibatkan wanita bernama Altantuya.
  • Namun beberapa individu-individu lain memang beliau kenali dan lantaran itu cuba menahan ditri dan mengelak daripada membuat sebarang kenyataan tentang kes Altantuya.
  • Sebarang kenyataan daripada pihak eksekutif negara pasti mengundang salah faham dan dianggap sebagai mencampuri urusan mahkamah. Sehingga 1 Mei 2008, perbicaraan kes Altantuya masih berlarut-larut kepada isu-isu teknikal.[1]
  • Pada 2011, Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri. [2]

Raja Petra Kamarudin disiasat

Pada 2 Mei 2008, Malaysiakini melaporkan DSP Victor Sanjos dari bahagian jenayah siber telah menyiasat terhadap Raja Petra Kamaruddin dan beberapa maklumat dalam komputer beliau. Rumah Raja Petra Kamaruddin terletak di Sungai Buloh, Selangor. Siasatan ini ada kaitan dengan artikel dalam Malaysia Today yang bertajuk “Let’s send the Altantunya murderers to hell” - kes Altantuya. [3]

Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa Datin Seri Rosmah Mansor hadir di tempat pembunuhan tersebut. [4] Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011.[5], [6]

Rujukan

Pautan luar