1Malaysia: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
k Membalikkan suntingan oleh KabinetBukan1Malaysia (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri |
||
Baris 1: | Baris 1: | ||
=PRU ke-13: PRU paling kotor dalam sejarah Malaysia= |
|||
[[Fail:1 malaysia.jpg|thumb|Logo rasmi 1 Malaysia]] |
[[Fail:1 malaysia.jpg|thumb|Logo rasmi 1 Malaysia]] |
||
'''1Malaysia''' atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh [[Perdana Menteri Malaysia]] keenam, Datuk Seri [[Najib Tun Razak]] pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi. |
'''1Malaysia''' atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh [[Perdana Menteri Malaysia]] keenam, Datuk Seri [[Najib Tun Razak]] pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi. |
Semakan pada 22:17, 20 Mei 2013
1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.
Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.[1]
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.[2] Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.[3]
Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini.[4]
Slogan 1Malaysia
Slogan "Satu Malaysia" pada tahun 2009 adalah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Slogan pada tahun 2010 pula ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi", Slogan-slogan tersebut juga adalah tema sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dan ke-53. Manakala pada tahun 2011 pula, tema "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera" dipilih bagi mewarnai hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54.
Tahun | Tema |
---|---|
2009 | Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan |
2010 | Menjana Transformasi |
2011 | Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera |
2012 | Janji Ditepati |
Logo 1Malaysia
Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia.Logo Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
Adaptasi dari One Israel
Pada 18 Mac 2010, Datuk Nazri akan membawa tuduhan Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen dipengerusikan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Tuduhan itu berhubung dakwaan Anwar bahawa firma konsultan APCO Worldwide [5] dipimpin oleh bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat yang telah mengasaskan slogan One Israel [6]. Anwar mendakwa bahawa pada 1999, APCO telah membantu Perdana Menteri Israel Ehud Barak menerusi One Israel. Sedangkan Malaysia menyokong Palestin dan menentang gerakan Zionis .[7] Dakwaan itu dinafikan oleh APCO yang menyatakan ia dilantik oleh kerajaan Malaysia selepas konsep 1Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. [8]. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebaliknya berkata hanya Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat yang boleh menentukan bentuk hukuman terhadap Ketua Pembangkang itu, yang biasanya merujuk kepada kes-kes lalu umpamanya yang membabitkan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.[9]
Kekeliruan maksud
Terdapat dakwaan oleh pihak pembangkang bahawa maksud 1Malaysia masih tidak difahami oleh majoriti rakyat Malaysia . Pemahaman orang Melayu dan bukan Melayu sangat berbeza[perlu rujukan]. Pada 2 Ogos 2010, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pengertian slogan 1Malaysia dijelaskan dengan terperinci bagi mengelak ia disalah erti rakyat. Masing-masing mempunyai pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan kerana pemahaman setiap agama itu berbeza dan dengan ini saya berasakan ia perlu diperjelaskan dengan terperinci bagi mengelak salah tanggapan.[10][11]
Perdana Menteri Malaysia menjelaskan gagasan ini berteraskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung dan semangat yang ada dalam perlembagaan. Soal hak Bumiputera, bahasa, budaya, kedudukan raja dan agama tidak harus berubah.
Bangsa Malaysia
Pada 5 Ogos 2010 , Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz mempertahankan konsep 1 Malaysia . Beliau turut mempertikaikan konsep 'Bangsa Malaysia' yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suatu masa dahulu. Sepatutnya biarkan konsep itu berkembang sendiri (evolusi) dan tidak ada tempoh masa tertentu. [12]
Pengharaman penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan di Selangor
Pada 22 Disember 2011, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu telah mengumumkan pengharaman logo 1 Malaysia di papan-papan iklan yang berada di negeri Selangor, kerana mendakwa konsep 1Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik.[13] Namun begitu, larangan penggunaan logo 1 Malaysia itu telah ditarik balik semula oleh Kerajaan Negeri Selangor, kerana dasar larangan tersebut telah mengenepikan nilai demokrasi yang sepatutnya diamalkan di negeri Selangor.[14]
Inisiatif 1Malaysia
- Klinik 1Malaysia (2010)
- Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia
- Poskad Impian 1 Malaysia (2010)
- Nasi Lemak 1Malaysia (2010)
- Komputer Rakyat 1Malaysia (2010)
- E-mel 1Malaysia (2011)
- Kedai Rakyat 1Malaysia (2011)
- Menu Rakyat 1Malaysia (2011)
- Bantuan Rakyat 1Malaysia (2012)
- Perumahan Rakyat 1Malaysia (2012)
- 1M4U Malaysia (2012)
Rujukan
- ^ Najib: 1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu
- ^ Elak diperdaya blog kelirukan konsep Satu Malaysia - Sapawi
- ^ 1Malaysia sediakan garis permulaan yang adil
- ^ Satu Malaysia bukan retorik politik - PM
- ^ About APCO Worldwide
- ^ Barak’s ‘One Israel’
- ^ Anwar Mungkin Berdepan Tindakan, Kata Nazri Aziz
- ^ APCO Tidak Ada Peranan Dalam Pewujudan Konsep 1Malaysia
- ^ Konsep 1Malaysia tiru 1Israel hanya pembohongan
- ^ Perjelas makna sebenar 1Malaysia
- ^ TPM akui rakyat tak faham 1Malaysia
- ^ Nazri: Rakyat pun tidak faham konsep Bangsa Malaysia Dr Mahathir
- ^ Bernama.com-Haram Logo 1Malaysia, Selangor Takut Sokongan Rakyat
- ^ UMNO-Online-Tarik Larangan Guna Logo 1Malaysia, Padah Buat Keputusan Tak Guna Akal
Pautan luar
- (Inggeris) Laman Rasmi 1Malaysia dan Blog Perdana Menteri
- (Inggeris) Kumpulan Facebook 1Malaysia
- (Inggeris) 1Malaysia Facebook/Email
- Bantuan Rakyat 1Malaysia-Blog Rakyat
- 1Malaysia Twitter
- Gambar-gambar 1Malaysia.
- Ensiklopedia Malaysia: 1Malaysia
- 1Malaysia Domain
- Konsep satu Malaysia aspirasi pendidikan teknik & vokasional