Najib Razak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh KabinetBukan1Malaysia (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Ranking Update
Baris 1: Baris 1:
=PRU ke-13: PRU paling kotor dalam sejarah Malaysia=
{{Infobox Prime Minister
{{Infobox Prime Minister
| honorific-prefix = <small>[[Darjah kebesaran Melayu|Yang Amat Berhormat Dato' Seri]]</small><br />
| honorific-prefix = <small>[[Darjah kebesaran Melayu|Yang Amat Berhormat Dato' Seri]]</small><br />

Semakan pada 22:17, 20 Mei 2013


Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia ke-6
Dalam jawatan
3 April 2009 – kini
RajaTuanku Mizan Zainal Abidin
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
TimbalanMuhyiddin Yassin
Didahului olehAbdullah bin Ahmad Badawi
Kawasan pilihan rayaPekan
Anggota Parlimen
untuk Pekan, Pahang(P85)
Dalam jawatan
1976 – kini
Majoriti35,613 (PRU-13)
Butiran peribadi
Lahir (1953-07-23) 23 Julai 1953 (umur 70)
Kuala Lipis, Pahang
Parti politik - BN-UMNO
PasanganTengku Puteri Zainah Tengku Eskandar (cerai)
Rosmah binti Mansor
Anak-anak5
Laman web rasmipmo.gov.my

YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi Selatan.[2]

Latar belakang

Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Pendidikan

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Politik

Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan, negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262. Calon lawan ialah Khairul Anuar bin Ahmad Zainudin dari PKR mendapat 9,798 undi -kalah.

Gagasan 1 Malaysia

Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009[3]. Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik Gagasan One Israel dan ada juga ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian dengan retorik 'Middle Malaysia" yang dikatakan sama seperti 1 Malaysia.

Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.

Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.

Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.

Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.

Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan[4]. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.

Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Projek BR1M yang pertama datang dari idea Datuk Seri Najib Razak untuk membantu rakyat Malaysia yang miskin dan tidak berkemampuan. Jumlah sebanyak RM 500.00 Ringgit Malaysia telah diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM 3,000.00 sebulan. [5]

Pemberian BR1M kali kedua telah dilancarkan pada Februari 2013 dan lebih 2.5 Billion telah diagihkan kepada rakyat Malaysia seluruh Malaysia. Ini secara langsung akan melibatkan 5.7 juta isi rumah di seluruh Negara. Tambahan daripada RM 500 yang diagihkan oleh kerajaan kepada isi rumah, rakyat Malaysia yang belum berkeluarga akan menerima 250 dari projek BR1M. [6]

Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia

Perumahan Rakyat 1 Malaysia merupakan satu inisiatif yang dibuat dibawah peruntukan akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan mengurus perumahan mampu milik untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan pertengahan terutamanya dikawasan Bandar. Mereka yang berpendapatan pertengahan ini dikenalpasti dengan pendapatan bulanan antara RM 2,500-RM 7,500.[7]

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak amat prihatin dengan tekanan yang dikenakan oleh penduduk di kawasan Bandar yang berpendapatan sederhana. Dengan perkembangan ekonomi Malaysia, Datuk Seri Najib mengilhamkan untuk menstabilkan kehidupan rakyat terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan Bandar. Justeru itu, PR1MA akan memberi focus kepada golongan pertengahan dengan harga rumah dari RM 100,000.00 ke RM 400,000.00 untuk dibina dibawah kawasan komuniti padat.[8]

Program Transformasi Kerajaan

Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak sedang menggerakkan proses menjalankan Transformasi Kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan awam, meningkatkan kecekapan pengurusan dan menjadikan kerajaan lebih transparen. Langkah-langkah yang dilaksanakan juga termasuk menggunakan Key Performance Indicator @ KPI untuk mengukur kebolehupayaan pegawai dan agensi dan Bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA untuk menjelaskan target kepada kawasan atau bidang spesifik untuk kepentingan rakyat.

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan kadar ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan. Langkah ini termasuk penggunaan KPI untuk memastikan menteri yang terlibat bertanggungjawab atas segala perbuatan mereka,[9][10] dengan menggunakan media seperti twitter[11] and Facebook[12] untuk berkomunikasi dengan penduduk tentang apa yang sedang berlaku di dalam kerajaan, membuka tender kerajaan supaya rakyat boleh terlibat dan mengkritik, dan memberikan pandangan tentang perbelanjaan kerajaan. [13]

Anugerah diterima

Tahun Nama Anugerah Pemberi Anugerah
2012 Imam Khalifah Agung[14] Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM)
2012 Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat[15] Majlis Perniagaan Global Forum Ekonomi China (WCEF)
2011 Anugerah Kepimpinan Transformasi[16] Forum Ekonomi Cina Dunia
2010 AFC Diamond of Asia[17] Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC)
2010 King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama)[18] Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud
2010 Anugerah Persatuan Telekomunikasi dan Maklumat Dunia 2010[19] Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
2007 Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM)[20] Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob

Kontroversi

Najib telah menjadi sasaran pihak pembangkang tanpa asas dan bukti. Kecaman-kecaman yang dilemparkan gagal memberi apa-apa bukti yang sah, tetapi lebih bergantung kepada tuduhan dan kenyataan bersumpah. Dalam beberapa kes, kenyataan bersumpah tersebut kemudiannya dibatalkan. Terdapat juga di mana kenyataan bersumpah dilakukan atas nama orang lain. Kecaman terhadap Najib semakin rancak ketika ura-ura menyatakan bahawa Tun Abdullah bakal meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Kes pembunuhan Shaariibuugiin Altantuyaa

Pada 9 April 2009, dua bekas ahli keselamatan Najib Razak Azilah Hadri dan Sirul Umar telah didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati.[21]

Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation 5 March 2009, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya. Bagaimanapun tiada gambar yang sah pernah dikemukakan sebagai bukti dan laporan tersebut sama dengan kenyataan laman web pengkritik kerajaan.

Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut mendapati kedua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) bersalah.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia. Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam. Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.[22]

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

Walaupun meringkuk di bawah tahanan ISA, tapak web Raja Petra Kamarudin Malaysia Today telah melaporkan melalui sebuah artikel bertajuk Abuse of Power by the Deputy Prime Minister [1] pada 11 Oktober 2008 tuduhan pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan Shafee Abdullah, peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh dengan tuduhan bersuhabatnya dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa. SMS-SMS tersebut, bertarikh dari 8 November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa soalan mengenai penanganan kes pembunuhan itu dan mencadangkan yang Najib bercampur tangan dan berkepentingan sendiri dalam penyiasatan kes tersebut dari awal-awal lagi.[23] Bagaimanapun, Raja Petra Kamarudin enggan/gagal memberi bukti berkenaan tuduhan ini.

Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa Datin Seri Rosmah Mansor hadir di tempat pembunuhan tersebut. [24] Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011.[25], [26]

Penyiasatan tentang isu pembelian kapal selam

Pakatan Rakyat yang merupakan barisan alternatif di Malaysia telah membuat pendakwaan atau pertuduhan kepada Najib melalui organisasi Suaram yang mengupah peguam Perancis William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham, dengan mendakwa Najib terjebak dalam sindiket penerimaan komisyen terbesar untuk pembelian dua kapal selam pertama negara Malaysia iaitu Scorpène, 18 buah jet tempur Sukhoi, 12 buah Eurocopter (helikopter) dan didakwa terlibat dalam pembunuhan kejam terhadap wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.[27][28] Mahkamah Perancis kini dilaporkan sedang menyiasat syarikat yang terlibat dalam isu pembelian kapal selam yang didakwa mempunyai skandal rasuah.[29][30][31][32][33] Pendakwa kerajaan Perancis, Yves Charpenel menafikan berlangsung sebarang perbicaraan di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002. Yves Charpenel sebaliknya berkata "media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan". [34], [35], [36]

Perhimpunan Kampung Baru 1987

Ketika krisis dalaman UMNO pada tahun 1987, satu perhimpunan yang diketuai oleh Najib diadakan di Kampung Baru. Penulis Chin Huat Wong dalam rencana berjudul "The political revival of Malaysia's Anwar" mendakwa sentimen anti-Cina diluahkan secara terbuka semasa perhimpunan itu di mana sepanduk-sepanduk yang bertulis slogan seperti "13 Mei telah bermula", dan "Basahkan keris dengan darah Cina". [37]Perkara ini menyebabkan ketegangan antara kaum yang membawa kepada kebimbangan berulangnya keganasan kaum dan membawa kepada operasi keselamatan yang dikenali sebagai Operasi lalang, di mana beratus-ratus individu ditahan[38]. Perkara ini telah dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat. [39]

Dakwaan Malaysia sebuah negara bukan sekular

Najib mengisytiharkan Malaysia "tidak pernah sekular kerana sekular mengikut definisi Barat bermaksud pemisahan antara prinsip Islam dengan cara kita memerintah negara."[40]

Perkauman

Chin Huat Wong dalam Asia Times Online mendakwa bahawa pada tahun 1987, ketika menyandang Ketua Pemuda UMNO, Najib mempertahankan hak istimewa orang Melayu dalam satu ucapan di mana dia bersumpah untuk memandikan keris dengan darah kaum cina. [41] Perkara ini telah dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat. [42] Tiada ada bukti bergambar atau rakaman pernah dikemukakan bagi menyokong tuduhan tersebut.

Kecekapan dan kemampuan diragui

Malaysia kini memetik Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad sebagai berkata "Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama, dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama,".[43]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Biodata di tapak web Parlimen Malaysia
  2. ^ Perdana Menteri Malaysia Ziarahi Leluhur di Gowa
  3. ^ Tema Hari Kebangsaan 2009
  4. ^ Teras Perpaduan 1Malaysia
  5. ^ Barisan Nasional Official Website, "1 Malaysia's People Aid (BR1M)", Barisan Nasional Website, Putrajaya, 15 January 2011. Retrieved on 1 February 2013.
  6. ^ Singh, Jaspal. "Najib to launch BR1M distribution". New Straits Times, Kuala Lumpur, 28 January 2013, Retrieved on 1 February 2013.
  7. ^ Wong Sai Wan, Terence Toh. "Finally, affordable homes for middle-income earners". The Star Online, Kuala Lumpur, 23 September 2012, Retrieved on 1 February 2013.
  8. ^ PR1MA Web, About Us. "PR1MA About Us". PR1MA Berhad Corporation Website, Kuala Lumpur, 26 June 2012, Retrieved On 1 February 2013.
  9. ^ "KRAs the focus of next year's Budget and Malaysia Plan". The Star. 5 September 2009.
  10. ^ "Setting targets in the public service". The Star. 31 August 2009.
  11. ^ Najib's Twitter page. Twitter.com. Retrieved on 2011-10-24.
  12. ^ Najib's Facebook page. Facebook.com. Retrieved on 2011-10-24.
  13. ^ Malaysian Treasury. Rangsanganekonomi.treasury.gov.my. Retrieved on 2011-10-24.
  14. ^ Najib dinobat Imam Khalifah Agung Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia
  15. ^ WCEF Kurnia Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Kepada Najib
  16. ^ Najib Dapat Anugerah Kepimpinan Transformasi Daripada Forum Ekonomi Cina Dunia
  17. ^ Najib Penerima Anugerah AFC Diamond Of Asia
  18. ^ Najib Dianugerahi Anugerah Oleh Raja Abdullah
  19. ^ Najib Terima Anugerah Persatuan Telekomunikasi Dan Maklumat Dunia
  20. ^ Najib Ketuai Senarai Penerima Anugerah Kebesaran Negeri Melaka
  21. ^ Najib’s Ex-Security Guards Guilty of Malaysian Murder Bloomberg
  22. ^ French newspaper reveals identity of Altantuya’s alleged assassins.
  23. ^ "Najib under pressure, again". The MalaysianInsider. Malaysian Insider. 2008-10-11. Dicapai pada 2008-10-11. Check date values in: |date= (bantuan)
  24. ^ ROSMAH AT MURDER SCENE, Saturday, 21 June 2008 00:16
  25. ^ Najib thankful that truth has been revealed, Friday April 15, 2011
  26. ^ Raja Petra’s admission ‘exposes the chief conspirator’, Friday April 15, 2011 , The Star Online.
  27. ^ "Opposition group alleges corruption in report against Najib". Malaysia Today. Dicapai pada 2008-10-21.
  28. ^ "Claims of huge spending in Eurocopter deal proven wrong: Najib". The Nut Graph Sun. Dicapai pada 2011-02-11.
  29. ^ "France probes corruption in arms to Malaysia". Agence France-Presse. Dicapai pada 2010-04-28.
  30. ^ "Malaysia's Submarine Scandal Surfaces in France". Asian Sentinel. Dicapai pada 2010-04-16.
  31. ^ "Malaysia Probes Claim Najib's Wife Witnessed Murder". Bloomberg. 25 June 2008. Dicapai pada 2010-04-16.
  32. ^ "Najib takes a brick from the wall". Asia Times. Dicapai pada 2010-04-16.
  33. ^ "Ghost of Mongolian model continues to haunt Malaysian government". Vancouver Sun. Dicapai pada 2010-07-6. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  34. ^ Tiada perbicaraan di Perancis.
  35. ^ 'No trial in France over Scorpene'
  36. ^ French official says Scorpene probe not at trial stage yet.
  37. ^ The political revival of Malaysia's Anwar
  38. ^ Brown, Graham K. (April 2005), Balancing the Risks of Corrective Surgery: The political economy of horizontal inequalities and the end of the New Economic Policy in Malaysia (PDF), Oxford: Centre for Research on Inequality, Human Security and Ethnicity, CRISE; Queen Elizabeth House, University of Oxford, dicapai pada 07-12-08 Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  39. ^ Fitnah burukkan imej PM
  40. ^ Islam’s war on sin dims bright lights in a nation torn between cultures, Nick Meo, Kota Bharu, August 18, 2007
  41. ^ The political revival of Malaysia's Anwar.
  42. ^ Fitnah burukkan imej PM
  43. ^ Krisis ekonomi: Dr M sifatkan Najib tidak mampu, HarakahDaily.net

Pautan luar


Penyandang Terdahulu Perdana Menteri Malaysia
3 April 2009 – "Kini"
Penyandang Kemudian
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi "Masih berkhidmat"
Penyandang Terdahulu Timbalan Menteri Pendidikan
1980–1981
Penyandang Kemudian
?? ??
Penyandang Terdahulu Timbalan Menteri Kewangan
1981–1982
Penyandang Kemudian
?? ??
Penyandang Terdahulu Menteri Besar Pahang
1982–1986
Penyandang Kemudian
Dato' Hj Abdul Rashid Bin Hj Abdul Rahman Tan Sri Haji Mohd. Khalil bin Yaakob
Penyandang Terdahulu Menteri Belia dan Sukan
1986–1990
Penyandang Kemudian
Y.B. Datuk Dr. Sulaiman bin Haji Daud 'Y.B. Dato' Annuar Haji Musa'
Penyandang Terdahulu Menteri Pertahanan
1990 – 1995
Penyandang Kemudian
?? '??'
Penyandang Terdahulu Menteri Pendidikan
1995–1999
Penyandang Kemudian
Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad
Penyandang Terdahulu Menteri Pertahanan
1999 – 2008
Penyandang Kemudian
Syed Hamid Albar 'Abdullah bin Haji Ahmad Badawi'
Penyandang Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Malaysia
7 Januari 2004 – 2009
Penyandang Kemudian
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Muhyiddin Yassin
Penyandang Terdahulu Menteri Kewangan
2008 – Kini
Penyandang Kemudian
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 'Masih Berkhidmat'
Penyandang Terdahulu Presiden UMNO
28 Mac 2009 – Kini
Penyandang Kemudian
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 'Masih Berkhidmat'