Rais Yatim: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Mohd iqbal (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox_Politician
{{Infobox_Politician
| name = Tan Sri Dr. Rais Yatim
| name = Yang Berbahagia Tan Sri Dr.<br>Rais Yatim
| image = RaisYatim.jpg
| image = RaisYatim.jpg
| imagesize = 150px |
| imagesize = 150px |

Semakan pada 07:09, 7 Jun 2013

Yang Berbahagia Tan Sri Dr.
Rais Yatim
Fail:RaisYatim.jpg
Rais Yatim
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Dalam jawatan
2009 – 2013
Didahului olehAhmad Shabery Cheek
Digantikan olehAhmad Shabery Cheek
Anggota Parlimen
untuk Jelebu
Memegang jawatan
1999
Didahului olehTidak diketahui
Butiran peribadi
Lahir15 April 1942
Negeri Sembilan Kuala Klawang, Negeri Sembilan
Parti politik Barisan Nasional - UMNO (Barisan Nasional)
PasanganPuan Sri Masnah Rais
Anak-anak4
PekerjaanMalaysia Ahli Parlimen Menteri

Tan Sri Dr. Rais bin Yatim (lahir 15 April 1942) merupakan bekas Menteri Luar Negara Malaysia dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Kini beliau memegang jawatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Kehidupan awal

Dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan. Rais lahir dari pasangan orang tua asal Minangkabau, Mohammad Yatim alias Jatin bin Tahir gelar Pandeka Takue (ayah) dan Siandam (ibu). [perlu rujukan] Ayahnya seorang pedagang yang berasal dari Palupuh, Agam, Sumatera Barat. [perlu rujukan] Pada tahun 1920-an, ayahnya pergi merantau ke Klang dan terus ke Gagu. Sedangkan Siandam ibunya, berasal dari Kampung Sipisang, Palupuh, Agam[perlu rujukan]. Ketika berumur belasan ibunya pergi merantau ke Sungai Serai, kemudian Kampung Katub, Lenggeng dan akhirnya di Jelebu. Rais bersaudara tiga orang : Naam (lahir 1927 tinggal di Kampung Mengkan), Suri (lahir 1932 dan meninggal pada tahun 1989 ketika berumur 60 tahun), dan Atan (lahir 1936 tinggal di Kampung Gagu).

Pernah menjadi guru bahasa selepas tamat perguruan di Institut Bahasa Lembah Pantai pada tahun 1964. Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di High University of Singapore dan menerima ijazah pertama pada tahun 1973. Memperolehi ijazah kedoktoran undang-undang dari University of London pada 1994.

Politik

Memulakan kerjaya politiknya dengan menjadi Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1974-1976), Timbalan Menteri Undang-undang (1976-1977), dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (1977-1978). Datuk Dr. Rais pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 1978 hingga 1982.

Beliau pernah bersama Tengku Razaleigh Hamzah keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Semangat 46. Namun setelah Semangat 46 dibubarkan, beliau kembali ke pangkuan UMNO.

Pilihan raya Malaysia 2008

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Rais Yatim bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Jelebu , negeri Negeri Sembilan. Rais Yatim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19737.

Calon lawan ialah Norman Bin Ipin dariPAS mendapat 8,127 Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 769.

Penulisan

Antara buku hasil tulisan beliau ialah :

  1. Faces in the corridors of power : a pictorial depiction of Malaysian personalities in positions of power and authority , Pelanduk, 1987.
  2. Jelebak-jelebu : corat-coret anak kampung , DTP Enterprise Sdn. Bhd., 2004.

Lihat Juga

Penyandang Terdahulu Menteri Besar Negeri Sembilan
12 Julai 197829 April 1982
Penyandang Kemudian
Dato' Mansor bin Othman Tan Sri Isa Abdul Samad


Penyandang Terdahulu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
30 Mac 20048 Mac 2008
Penyandang Kemudian
??? Mohd Shafie Apdal


Penyandang Terdahulu Menteri Luar Negeri
19 Mac 20089 April 2009
Penyandang Kemudian
Syed Hamid Albar Anifah Aman