Sawan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 18 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q852376
Erik Wannee (bincang | sumb.)
k > wikidata check
Baris 58: Baris 58:
[[Kategori:Gejala]]
[[Kategori:Gejala]]
[[Kategori:Penyakit saraf]]
[[Kategori:Penyakit saraf]]

[[nl:Epileptisch insult]]
[[pl:Napad padaczkowy]]
[[sl:Epileptični napad]]

Semakan pada 19:25, 5 Julai 2013

Sawan
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10G40, I64, P90, R56
ICD-9345.9
P. Data Penyakit19011
eMedicineneuro/694 neuro/415
MeSHD012640
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Sawan adalah keadaan di mana berlakunya renjatan elektrik di otak di luar kawal yang mengakibatkan:

Sindrom perubatan untuk sawan yang berulang-ulang tanpa diberangsangkan dipanggil epilepsi, bagaimanapun sawan boleh berlaku pada mereka yang tidak mempunyai epilepsi.

Sawan demam

Sawan demam adalah:

  • sawan yang berlaku apabila suhu melebihi 380C.
  • ia biasanya berlaku pada hari pertama atau kedua demam.
  • pada kebiasaannya berlaku kepada mereka dalam lingkungan umur 6 bulan sehingga 6 tahun.

Sebab sawan demam: Demam terlalu tinggi, kebanyakannya berpunca daripada:

Jika sawan berlaku melebihi 15 minit, ia boleh mengakibatkan kecacatan otak.

30% sawan demam boleh berulang. Sawan demam juga berkait dengan keturunan. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam semasa kecil, risikonya adalah tinggi.

Hanya segelintir kecil kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsi.

Cara mengenali sawan demam:

  • Badan terasa panas.
  • Badan dan kaki tegang
  • Kaki dan tangan mungkin tersentak-sentak tanpa rangsangan
  • Mungkin terjatuh
  • Mulut berbuih
  • Terbuang air kecil
  • Tertidur dan tidak sedarkan diri seketika. Apabila terjaga juga kelihatan bingung seketika, kemudian kembali aktif.

Perkara yang harus dilakukan:

  • Lakukan mandi berjelum.
  • Tanggalkan pakaian, pakaikan baju nipis sahaja.
  • Berikan ubat demam (paracetamol) sebagaimana yang diarahkan
  • Pasangkan kipas atau beri peredaran udara yang baik.

Ketika sawan

  • Anda harus bertenang.
  • Mengiringkan badan anak anda
  • Jauhi barang-barang merbahayadi sekitarnya
  • jangan tinggalkan apa-apa di dalam mulut
  • Jangan tinggalkan anak anda bersendirian
  • Sekiranya serangan sawan berpanjangan melebihi 5 minit, bawa anak anda ke klinik dengan segera.

Lihat juga