Kata pemeri: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 84: Baris 84:


Rumusannya ialah penggunaan kata pemeri ialah adalah gramatis dalam ayat berstruktur FN + FN. Penggunaan kata pemeri adalah pula gramatis dalam ayat berstruktur FN + FA dan FN + FSN. Penggunaan mana-mana kata pemeri adalah tidak gramatis dalam ayat berstruktur FN + FK.
Rumusannya ialah penggunaan kata pemeri ialah adalah gramatis dalam ayat berstruktur FN + FN. Penggunaan kata pemeri adalah pula gramatis dalam ayat berstruktur FN + FA dan FN + FSN. Penggunaan mana-mana kata pemeri adalah tidak gramatis dalam ayat berstruktur FN + FK.

== Bacaan lanjut ==
* [[Nik Safiah Karim]] et. al. (1995). ''Tatabahasa Dewan''. Dewan Bahasa dan Pustaka.
* [[Abdullah Hassan]] (2006). ''Morfologi''. PTS Professional.

Semakan pada 12:25, 8 Julai 2013

Kata pemeri ialah kata yang yang bertugas memeri hal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek dan sebagai pemisah antara subjek dengan predikat ayat. Dengan kata lain, frasa yang hadir sebelum kata pemeri ialah subjek ayat sementara frasa yang hadir selepas kata pemeri ialah predikat ayat. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. Kata pemeri tergolong dalam kata tugas.

Penggunaan kata pemeri

Pada umumnya, kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama, manakala 'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri juga pada umumnya tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi, kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif. Selain itu kata pemeri turut tidak boleh hadir di hadapan frasa atau kata kerja.

Penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu.

Perbezaan penggunaan ialah, adalah dan merupakan

Kata pemeri 'ialah' berfungsi membuat takrifan. Kata ini menghubungkan subjek dan predikat yang seimbang. Contoh:

  • Angin ialah udara yang bergerak.
  • Demokrasi ialah sistem pemerintahan yang didasarkan kepada rakyat.

Kata pemeri 'adalah' pula memberi huraian atau penjelasan mengenai subjek. Kata ini menghubungkan subjek dengan predikat yang menjadi huraiannya. Contoh:

  • "Surat itu adalah untuk ibu saya di kampung".
  • Melihat filem adalah dengan mencari tema dan persoalannya".

Merupakan tergolong dalam kata sendi. Fungsi 'merupakan' menunjukkan makna seperti. Contoh:

  • "Beliau merupakan salah seorang negarawan agung Melayu".
  • "Perbuatan mencuri merupakan kesalahan serius".

Perbezaan Ialah dengan Adalah

Terdapat perbezaan diantara penggunaan ialah dengan adalah. Sebagai contoh, perhatikan ayat (1) yang berikut:

(1) Putra Jaya ialah pusat pentadbiran baru Malaysia.

Dalam ayat (1), frasa “Putra Jaya” ialah subjek ayat manakala frasa “pusat pentadbiran baru Malaysia” ialah predikat ayat. Kedua-duanya (subjek dan predikat) dipisahkan oleh kata pemeri ialah. Sebenarnya, kehadiran kata pemeri dalam ayat seperti (1) hanya bersifat pilihan. Dengan kata lain, tanpa kehadiran ialah ayat (1’) yang dijana tetap gramatis.

(1’) Putra Jaya pusat pentadbiran Malaysia.

Bagaimanapun, bagi ayat yang lebih panjang, kehadiran kata pemeri dapat membantu meningkatkan kefahaman kerana pemisahan antara subjek dengan predikat ayat adalah lebih jelas.

(2) Putra Jaya yang terletak di tengah-tengah Malaysia ialah pusat pentadbiran baru negara ini.
(2’) Putra Jaya yang terletak di tengah-tengah Malaysia pusat pentadbiran baru negara ini.

Maksud ayat (2) lebih jelas berbanding ayat (2’) kerana kehadiran kata pemeri ialah menyebabkan pemisahan yang nyata antara subjek ayat (Putra Jaya yang terletak di tengah-tengah Malaysia) dengan predikat ayat (pusat pentadbiran baru negara ini). Ketiadaan kata pemeri ialah dalam (2’) menyebabkan pemisahan tersebut menjadi agak kabur.

Kesalahan yang sering dilakukan dalam penggunaan kata pemeri ini dapat dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, menggunakan kata pemeri adalah dalam struktur ayat yang sepatutnya menggunakan kata pemeri ialah, atau sebaliknya. Dengan kata lain, kesalahan menukar ganti penggunaan kata pemeri tersebut dengan sewenang-wenangnya. Kedua, menggunakan kata pemeri adalah dalam struktur ayat yang tidak sepatutnya menggunakan sebarang kata pemeri.

Contoh kesalahan jenis pertama terlihat dalam ayat (3) sementara contoh kesalahan jenis kedua terlihat dalam ayat (4).

(3) *Putra Jaya adalah pusat pentadbiran baru Malaysia.
(4) *Tuan-tuan adalah dijemput menghadiri majlis ini.

Ayat (3) dan (4) tidak gramatis kerana penggunaan kata pemeri adalah. Ayat pertama berstruktur FN + FN (subjek ayat “Putra Jaya” ialah FN (frasa nama) dan predikat ayat “pusat pentadbiran Malaysia” juga FN). Dalam ayat yang berstruktur sebegini, penggunaan kata pemeri yang gramatis ialah ialah. Ayat kedua pula berstruktur FN + FK (subjek ayat “tuan-tuan” ialah FN dan predikat ayat “dijemput menghadiri majlis ini” ialah FK (frasa kerja)). Dalam ayat yang berstruktur sebegini, kata pemeri tidak boleh digunakan.

Kata pemeri adalah digunakan dalam dua keadaan, iaitu di dalam ayat yang berstruktur FN + FA (frasa adjektif) dan FN + FSN (frasa sendi nama). Contoh penggunaannya adalah seperti ayat (5) dan (6) yang berikut:

(5) Penubuhan Putra Jaya sebagai pusat pentadbiran baru negara ini adalah amat dialu-alukan.
(6) Kediaman rasmi Perdana Menteri adalah antara bangunan utama di Putra Jaya.

Ayat (5) berstruktur FN + FA (subjek ayat “penubuhan Putra jaya” ialah FN dan predikat ayat “amat dialu-alukan” ialah FA). Ayat (6) pula berstruktur FN + FSN (subjek ayat “kediaman rasmi Perdana Menteri” ialah FN dan predikat ayat “antara bangunan utama di Putra Jaya” ialah FSN). Oleh itu, penggunaan kata pemeri adalah adalah gramatis.

Perlu juga dijelaskan bahawa sekiranya sesuatu ayat disongsangkan, penggunaan kata pemeri tidak berubah walaupun struktur zahir ayat telah berubah. Sebagai contoh, sekiranya ayat (6) disongsangkan, ayat yang terjana adalah seperti (6’) yang berikut:

(6’) Antara bangunan utama di Putra Jaya adalah kediaman rasmi Perdana Menteri.

Perhatikan bahawa penyongsangan ayat seperti ini tidak mengubah penggunaan kata pemeri adalah walaupun struktur zahir ayat (6’) ini ialah FSN + FN.

Seterusnya, dalam ayat berstruktur FN + FK yang kata kerja dalam FKnya digugurkan, penggunaan kata pemeri adalah tetap dianggap melanggar rumus walaupun pada zahirnya ayat itu berstruktur FN + FSN. Sebagai contoh, ayat (7) yang dijana adalah tidak gramatis.

(7) *Encik Hassan adalah di pejabatnya.

Walaupun ayat (7) pada zahirnya berstruktur FN + FSN (subjek ayat “encik Hassan” ialah FN dan predikat ayat “di pejabatnya” ialah FSN), penggunaan kata pemeri adalah menyebabkan ia tidak gramatis kerana struktur sebenarnya (sebelum pengguguran kata kerja “berada”) ialah FN + FK.

(7’) *Encik Hassan adalah berada di pejabatnya.

Ayat (7’) berstruktur FN + FK (subjek ayat “encik Hassan” ialah FN dan predikat ayat “berada di pejabatnya” ialah FK).

Begitu juga, dalam ayat berstruktur FN + FN yang predikatnya terdiri daripada FK yang berfungsi sebagai FN, penggunaan kata pemeri ialah dianggap tidak melanggar rumus. Sebagai contoh, ayat (8) yang dijana adalah gramatis.

(8) Kegemaran Sarah ialah berjoging.

Walaupun ayat (8) pada zahirnya berstruktur FN + FK (subjek ayat “kegemaran Sarah” ialah FN dan predikat ayat “berjoging” ialah FK), penggunaan kata pemeri ialah tidak menyebabkan ia tidak gramatis kerana struktur sebenarnya (sebelum pengguguran kata nama “aktiviti”) ialah FN + FN.

(8’) Kegemaran Sarah ialah aktiviti berjoging.

Ayat (8’) berstruktur FN + FN (subjek ayat “kegemaran Sarah” ialah FN dan predikat ayat “aktiviti berjoging” ialah FN).

Bukti bahawa “berjoging” bukan FK ialah kata bantu aspek, misalnya “sedang”, tidak boleh hadir di hadapannya.

(8’’) *Kegemaran Sarah sedang berjoging.

Rumusannya ialah penggunaan kata pemeri ialah adalah gramatis dalam ayat berstruktur FN + FN. Penggunaan kata pemeri adalah pula gramatis dalam ayat berstruktur FN + FA dan FN + FSN. Penggunaan mana-mana kata pemeri adalah tidak gramatis dalam ayat berstruktur FN + FK.