Peperangan Riddah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 15 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1348630
k Algazel telah memindahkan halaman Peperangan Islam-Riddah ke Peperangan Riddah: tajuk lebih jelas
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 22:47, 9 Julai 2013

Siri Peperangan Islam-Riddah merupakan peperangan menentang kelompok pemberontak Arab murtad yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Khulafa al-Rasyidin pimpinan Saidina Abu Bakar selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

Keadaan Semasa

Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, umat Islam berada di dalam keadaan tidak tenteram. Dengan ketiadaan pemimpin, umat Islam ketika itu kelihatan berpecah-belah terutama di antara golongan Ansar yang terdiri daripada suku kaum Aus dan Khazraj.[1]

Namun dengan kebijaksanaan beberapa orang sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Abdur Rahman ibn Auf dan yang lainnya keadaan itu dapat diamankan dan hasilnya Abu Bakar dilantik menjadi khalifah yang pertama,

Ancaman

Di kawasan gurun, pendalaman dan wilayah yang agak jauh dari Makkah, beberapa orang tokoh bangsawan Arab telah murtad. Sebahagian daripada mereka mengakui diri mereka sebagai nabi dan mengisytiharkan perang terhadap kerajaan Islam pada masa itu. Para golongan bangsawan Arab ini berpendapat dengan menakluk Makkah bererti mereka telah berjaya menguasai semenanjung tanah Arab.

Memandangkan ancaman itu boleh mengancam keselamatan negara, Khalifah Abu Bakar melancarkan ekspedisi ketenteraan untuk menghapuskan golongan pemberontak murtad.

Berikut adalah senarai peperangan yang dihadapi oleh tentera Islam dalam usaha menentang kumpulan pemberontak murtad.

  1. Perang Yamamah
  2. Perang Zafar
  3. Perang Darin
  4. Perang Daumatul Jandal
  5. Perang Hadramaut

Rujukan