Hang Li Po: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
mergefrom
Baris 1: Baris 1:
{{mergefrom|Perigi Hang Li Poh}}

[[Imej:HangLiPo002.jpg|thumb|200px|Tanggapan pelukis tentang Hang Li Po, isteri kepada Sultan Mansur Syah dari Melaka.]]
[[Imej:HangLiPo002.jpg|thumb|200px|Tanggapan pelukis tentang Hang Li Po, isteri kepada Sultan Mansur Syah dari Melaka.]]



Semakan pada 10:27, 1 Ogos 2007

Fail:HangLiPo002.jpg
Tanggapan pelukis tentang Hang Li Po, isteri kepada Sultan Mansur Syah dari Melaka.

Hang Li Po (Cina: 汉丽宝) ialah isteri kelima kepada Sultan Mansur Syah (1456 - 1477), sultan Melaka yang memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477. Walaupun beliau merupakan puteri kepada Maharaja Jingtai, [1] maharaja Dinasti Ming di China, namun tidak terdapat sebarang rujukan kepadanya sebagai puteri dalam babad Dinasti tersebut.


Hubungan diplomatik Melaka-Ming

Menurut Sejarah Melayu, karya Tun Seri Lanang daripada abad ke-17, apabila Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja Jingtai. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran dan ketersergaman Kesultanan Melaka sehingga Maharaja tersebut menghadiahi puterinya, Hang Li Po, untuk dijadikan isteri Sultan. [2]

Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan selepas memeluk agama Islam, berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Selepas perkahwinan mereka, Sultan Mansur Syah membina sebuah istana untuk Li Po, dengan pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina. Pengiring-pengiring Li Po kemudian berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Syah. Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan dengan gelaran "Hang" oleh Sultan Mansur Syah.

Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamai baginda sebagai Paduka Mimat. [3]

Bukit Cina akhirnya menjadi sebuah kawasan perkuburan untuk orang Cina tempatan. Perkuburan Bukit Cina dan Perigi Hang Li Poh masih ada di Melaka hingga ke hari ini.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar