Oberkommando des Heeres: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan mudah alih
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13: Baris 13:
|battles= [[Perang Saudara Sepanyol]]
[[Perang Dunia II]]

|battles= [[Perang Saudara Sepanyol]]
[[Perang Dunia II]]

|commander1 = [[Adolf Hitler]]|commander1_label = Fuhrer dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
|commander1 = [[Adolf Hitler]]|commander1_label =Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
|notable_commanders=[[Walther von Brauchitsch]]
[[Gerd von Rundstedt]]
[[Franz Halder]]
[[Heinz Guderian]]
|notable_commanders=[[Walther von Brauchitsch]]
[[Gerd von Rundstedt]]
[[Franz Halder]]
[[Heinz Guderian]]

Semakan pada 10:55, 29 Julai 2013

Oberkommando des Heeres (OKH)
Markas Besar Tentera Darat
Aktif1936–1945
NegaraJerman Nazi Nazi Jerman
KesetiaanDer Fuhrer Adolf Hitler
JenisTentera Darat
PerananPengawasan dan Pertahanan Darat
Saiz15 Juta anggota
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Jerman (Wehrmacht)
PangkalanMaybach 1, Zossen,Berlin
PertempuranPerang Saudara Sepanyol
Perang Dunia II
Komander
Pemerintah Tertinggi Angkatan TenteraAdolf Hitler
Komander
terkenal
Walther von Brauchitsch
Gerd von Rundstedt
Franz Halder
Heinz Guderian

Oberkommando des Heeres (OKH) merupakan Markas Besar Tentera Darat Jerman. Ia telah ditubuhkan pada 21 Mei 1935 sebagai sebahagian daripada rancangan Adolf Hitler menenterakan semula Reich Ketiga. Pemerintahnya bergelar Oberbefehlshaber des Heeres (OBdH), Panglima Tertinggi Tentera Darat. Dari tahun 1938 OKH bersama dengan OKL Oberkommando der Luftwaffe (Markas Besar Tentera Udara) dan OKM Oberkommando der Marine (Markas Besar Tentera Laut),secara rasminya berada dibawah OKW Oberkommando der Wehrmacht, Markas Besar Angkatan Tentera (kecuali Waffen-SS). Semasa peperangan OKH bertanggungjawab keatas perancangan strategik Kumpulan Tentera Darat dan Tentera Darat, sementara Staf Am OKH pula mengurus perancangan operasi. Setiap Tentera Darat Jerman juga mempunyai satu Armeeoberkommando (AOK) atau markas besarnya.

OKH vs OKW

Jeneral Halder dan Kolonel Jeneral von Brauchitsch sedang berbincang situasi perang keatas Poland di OKH, Sept.1939

Semasa tahun-tahun terawal Perang Dunia II OKW memerlukan kebenaran Hitler untuk mengarah OKH. Ini menjadikan pemerintah OKH Walther von Brauchitsch sebagai ketua de facto seluruh pegawai kanan Heer Jerman. Selepas kekalahan Jerman diluar Moscow pada Disember 1941 konflik ini telah diselesaikan apabila von Brauchitcsh dipecat pada 19 Disember,dan Hitler melantik dirinya sendiri sebagai ketua OKH. Sekarang Hitler adalah Canselor Reich,Presiden Reich dan Pemerintah Tertinggi Wehrmacht. Selepas peristiwa ini arahan-arahan kepada OKH tidak lagi memerlukan kebenaran Hitler, kerana Hitler kini mula terlibat secara lebih dekat dalam perancangan perang dengan "menyatukan" OKW sekali. Para pemimpin OKW Wilhelm Keitel dan Alfred Jodl tidak berani membantah apa-apa keputusan yang dibuat Hitler, bagaimanapun mereka berdua sudah tersilap. Meskipun begitu Staf Am OKH tetap meneruskan kerja-kerja mereka.

Pegawai-pegawai kanan tentera darat mengikut senioriti - 1939

Nama Jeneral Tahun lahir Jawatan
1.Walther von Brauchitsch 1881 Panglima Tentera Darat
2.Gerd von Rundstedt 1875 Bersara sementara
3.Fedor von Bock 1880 Panglima Tentera Darat 1
4.Wilhelm von Leeb 1876 Bersara sementara
5.Wilhelm Keitel 1882 Panglima Angkatan Tentera
6.Wilhelm List 1880 Panglima Tentera Darat 5
7.Johannes Blaskowitz 1883 Panglima Tentera Darat 3
8.Gunther von Kluge 1882 Panglima Tentera Darat 6
9.Erwin von Witzleben 1881 Panglima Tentera Darat 2
10.Friedrich Dollmann 1882 Panglima Kor IX
11.Georg von Kuchler 1881 Panglima Kor I
12.Ewald von Kleist 1881 Bersara sementara
13.Maximilian von Weichs 1881 Panglima Kor XIII
14.Walther von Reichenau 1884 Panglima Tentera Darat 4

Organisasi

Menjelang pengerahan pada Ogos 1939, OKH dibahagi kepada dua iaitu Markas Medan dan Markas Tempatan. Panglima Tentera Darat Simpanan (Befehlshaber des Ersatzheeres) dilantik mengurus Markas Tempatan. Agensi-agensi dalam OKH pada September 1939:

Ketua Staf Am Tentera Darat (Chef des Generalstabs des Heeres)
1) Staf Am Tentera Darat (Generalstab des Heeres) - Menjelang pengerahan,staf ini juga dibahagikan kepada Markas Medan (1.Staffel) dan Markas Tempatan (2.Staffel).
Markas Medan (1.Staffel) mengandungi:

• Cawangan Pusat (Zentralabteilung)(GZ)
• Asisten Ketua Staf 1 (Oberquartiermeister I)(O.Qu.I) - Bertugas sebagai Timbalan kepada Ketua Staf Am Tentera Darat dan akan mewakili beliau dimasa ketiadaannya;tugas-tugas lain ialah melapor dari masa ke semasa kepada Ketua Staf Am dan diberi kuasa mengawal cawangan-cawangan staf am jika diminta.
• Cawangan Operasi (Operationsabteilung)
• Cawangan Organisasi (Organisationsabteilung)
• Cawangan Perkubuan Negara (Landesbefestigungsabteilung)
• Ketua Bekalan dan Pentadbiran Tentera Darat (Generalquartiermeister)
• Ketua Pengangkutan Tentera Darat (Chef des Transportwesens)
• Cawangan Latihan (Ausbildungsabteilung)
• Asisten Ketua Staf 4 (Oberquartiermeister IV)(O.Qu IV) - Ditugaskan menjaga agensi perisikan tentera darat iaitu Cawangan Tentera Darat Asing Barat (Fremde Heere West) dan Cawangan Tentera Darat Asing Timur (Fremde Heere Ost)
• Ketua Meteorologi Tentera Darat (Chef des Wetterdienstesheer)
• Ketua Semboyan Tentera Darat (Chef des Heeres-Nachrichtenwesens)(Chef HNW)
• Jeneral Tentera Udara bersama Panglima Tertinggi Tentera Darat (General der Luftwaffe beim OBdH)
• Ketua Persenjataan bersama Panglima Tertinggi Tentera Darat (Waffengenerale beim OBdH)

Markas Tempatan (2.Staffel) mengandungi:

• Asisten Ketua Staf 5 (Oberquartiermeister V) - Ditugaskan menjaga markas tempatan staf am tentera darat;
• Cawangan Sains Tentera (Kriegswissenschaftliche Abteilung)
• Cawangan Pemetaan dan Kajian (Abteilung fur Kriegskarten und Vermessungswesen)
• Bahagian Atase (Attachegruppe)(orang bawahan O.Qu IV)
• Bahagian Teknikal Tentera Darat (Gruppe Heerestechnik)
• Pusat Pemintasan Radio (Horchleitstelle)
• Cawangan Pusat, Markas Tempatan (Organisationsabteilung 2.Staffel)

2) Pejabat Perkhidmatan Anggota Tentera Darat (Heeres-Personalamt) - Markas Medan (1.Staffel) telah ditubuhkan,termasuk Ketua Pejabat Perkhidmatan Anggota Tentera Darat (Chef des Heerespersonalsamt) dan mengandungi:

• Pejabat Perkhidmatan Anggota Tentera Darat

Markas Tempatan (2.Staffel) mengandungi:

• Cawangan Anggota Tentera Darat 1 (Heeres-Personalabteilung 1)(P.1)
• Cawangan Anggota Tentera Darat 2 (Heeres-Personalabteilung 2)(P.2)
• Cawangan Anggota Tentera Darat 3 (Heeres-Personalabteilung 3)(P.3)

Panglima Tentera Darat Simpanan (Befehlshaber des Ersatzheeres)(BdE) merangkap Ketua Persenjataan Tentera Darat (Chef der Heeresrustung)(Ch.H.Ru) - Ia mengurus Markas Tempatan seperti Pejabat Perkhidmatan Am Tentera Darat,Pejabat Pentadbiran Tentera Darat dan seterusnya.
3) Pejabat Perkhidmatan Am Tentera Darat (Allgemeines Heeresamt)(AHA)

• Cawangan Pusat (Zentralabteilung)(Z)
• Cawangan Belanjawan Tentera Darat (Heeres-Haushaltsabteilung)(H.Haush)
• Bahagian Simpanan dan Hal Ehwal Tentera Darat (Amtsgruppe Ersatz-und Heerwesen)(Ag.EH)
• Cawangan Undang-Undang Tentera Darat (Heeres-Rechtsabteilung)(HR)
• Inspektorat Stor Ordnans Tentera Darat (Heeres-Feldzeuginspektion)(Fz.In)
• Cawangan Perkhidmatan dan Persenjataan (Waffen Abteilung)
• Inspektorat Perkubuan (Inspektion der Festungen)
• Inspektorat Kesihatan Tentera Darat (Heeres-Sanitatsinspektion)(S.In)
• Inspektorat Veterina (Veterinarinspektion)(V.In)
• Inspektorat Perkhidmatan Pasukan Teknikal Am (Inspektion des Allgemeinen Technischen Truppendienstes)(In.T)

4) Pejabat Ordnans Tentera Darat (Heeres-Waffenamt)(Wa.A)

• Cawangan Media Teknikal Angkatan Tentera (Wehrmachtzeitschriftenabteilung)(Ztschr)
• Cawangan Penerbitan (Vorschriftenabteilung)(Wa.Vs)
• Bahagian Pembangunan dan Ujikaji (Amtsgruppe fur Entwicklung und Prufung)(Wa.Pruf)
• Bahagian Industri Persenjataan (Amtsgruppe fur Industrielle Rustung)(Wa.J.Ru)
• Bahagian Penerimaan (Amtsgruppe fur Abnahme)(Wa.Abn)
• Ketua Jurutera (Chefingenieur)
• Cawangan Penyelidikan (Forschungsabteilung)(Wa.F)

5) Pejabat Pentadbiran Tentera Darat (Heeresverwaltungsamt)(VA)

• Bahagian Kakitangan Awam dan Kewangan (Amtsgruppe Allgemeine Heeresbeamten-Angesteleten-Arbliter-und Kassenangelegenheiten)(Ag.V.I)
• Bahagian Catuan dan Pemerolehan Tentera Darat (Amtsgruppe Heeres-Verpflegungs-und Beschaffungswesen)(Ag.V.III)
• Cawangan Perumahan dan Padang Kawad Tentera Darat (Heeres-Unterkunfts-und Ubungsplatzabteilung)(V.2)
• Cawangan Tadbir Pembinaan Tentera Darat (Heeres-Bauverwaltungsabteilung)(V.4)

6) Inspektor Persenjataan dan Perkhidmatan (Waffen-Inspekteur) - Menjelang pengerahan,jawatan ini bebas dari Pejabat Am Tentera Darat dan diletakkan terus dibawah BdE,mengandungi:

• Inspektor Infantri (Inspekteur der Infanterie)
• Inspektor Angkut dan Pandu (Inspekteur des Reit-und Fahrwesens)
• Inspektor Artileri (Inspekteur der Artillerie)
• Inspektor Jurutera dan Kejuruteraan Keretapi (Inspekteur der Pioniere und Eisenbahnpioniere)
• Inspektor Pasukan Bergerak (Inspekteur der Schnellen Truppen)
• Inspektor Pasukan Semboyan (Inspekteur der Nachrichtentruppen)
• Inspektor Pasukan Bekalan (Inspekteur der Fahrtruppen)
• Inspektor Pasukan Peperangan Kimia (Inspekteur der Nebeltruppen)

7) Inspektor Pengkhususan Pegawai Kadet (Inspekteur der Offizieranwarten-Lehrgange)(In.OAL)
8) Ketua Kehakiman Tentera Darat (Chef des Heeres-Justizwesens)
9) Inspektor Jeneral Pasukan Armor (Generalinspekteur der Panzertruppen) - Jawatan paling penting ini dan staf organisasi sokongannya telah ditubuhkan pada tahun 1943 apabila tanggungjawab OKH bagi pasukan panzer dipisahkan dari jawatan asal Ketua Pasukan Bergerak (Chef der Schnellen Truppen) yang wujud dari November 1938 hingga Ogos 1939. Inspektor Jeneral Pasukan Armor diletakkan terus dibawah Hitler tetapi kekal berada di OKH,ia bertanggungjawab bagi organisasi,latihan dan penggantian semua pasukan panzer - termasuk unit-unit panzer Waffen-SS dan Luftwaffe. Terdapat empat cawangan dibawahnya :

• Cawangan Latihan (Ausbildungs-Abteilung)
• Cawangan Medan Tentera Darat (Abteilung Feldheer)
• Inspektor Pasukan Armor (Inspekteur der Panzertruppen)
• Pengarah Anti Armor bagi Semua Pasukan (General der Panzerabwehr aller Truppen)

Gambaran keseluruhan

Perbincangan Hitler bersama Fil Marsyal Keitel,Fil Marsyal von Brauchitsch dan Kolonel Jeneral Halder di OKH pada 7 Ogos 1941

Ketua-Ketua OKH dan Panglima Tertinggi Tentera Darat

Ketua-Ketua Staf Am Tentera Darat

• Kolonel Jeneral Ludwig Beck, 1 Julai 1935 hingga 31 Oktober 1938
• Kolonel Jeneral Franz Halder, 31 Oktober 1938 hingga 24 September 1942
• Kolonel Jeneral Kurt Zeitzler, 24 September 1942 hingga 10 Julai 1944
• Leftenan Jeneral Adolf Heusinger, 10 Julai 1944 hingga 20 Julai 1944
• Kolonel Jeneral Heinz Guderian, 21 Julai 1944 hingga 28 Mac 1945
• Jeneral Infantri Hans Krebs, 29 Mac 1945 hingga 1 Mei 1945
• Fil Marsyal Wilhelm Keitel, 1 Mei 1945 hingga 13 Mei 1945
• Kolonel Jeneral Alfred Jodl, 13 Mei 1945 hingga 23 Mei 1945

(pangkat tentera terakhir yang dipegang selepas meninggalkan jawatan)

Walaupun OKW dan OKH berpusat di bandar Zossen semasa Reich Ketiga,fungsi dan kebebasan operasi mereka tidak lenyap sepanjang tempoh itu. Kakitangan di kawasan terbuka Zossen membuat teguran jika Maybach 2 (kompleks OKW) dimusnahkan, staf OKH di Maybach 1 mungkin tidak akan perasan. Kelengkapan penyamaran secara fizikalnya dipisahkan oleh tembok pagar yang tidak mencapai objektif.

Pada 28 April 1945 (dua hari sebelum kematiannya), Hitler secara rasmi meletakkan OKH dibawah OKW,memberikan OKW kuasa pemerintahan di Barisan Timur.

Bendera Panglima Tertinggi Tentera Darat Jerman

Rekaan bendera pemerintah ini adalah sangat mudah. Ia hanya memaparkan warna asas kebangsaan Jerman iaitu putih,merah dan satu Iron Cross hitam. Untuk dipamerkan pada kereta satu bendera segi empat sama berukuran 30cm (12inci) dibubuh dalam satu bingkai besi dan di atur pada kedua-dua belahnya sambil dibalut perspeks jernih. Selaku Oberbefehlshaber des Heeres pangkat terakhir yang dipegang adalah generalfeldmarschall dan bendera fil marsyal biasanya dipamerkan bersama dengan bendera pemerintah di kereta yang sama.

Bendera Ketua Staf Am Tentera Darat Jerman

Bendera khas ini hanya diperkenalkan pada 1 September 1944. Pada waktu itu jawatan tersebut dipegang oleh Generaloberst Heinz Guderian. Disebabkan beberapa pertikaian sengit dengan Hitler, beliau telah diberhentikan pada 28 Mac 1945,hanya 38 hari sebelum perang berakhir. Dengan ini bendera tersebut berkait rapat dengan Guderian. Bendera ini adalah sama dengan yang digunakan oleh Panglima Tentera Darat tetapi berlainan aspek. Kelainannya ialah empat helang emas ditambah di hujung bendera. Tambahan pula satu swastika putih diletakkan di tengah-tengah Iron Cross.

Lihat juga