Perwakilan seimbang: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 14: Baris 14:
== Sistem Campuran Ahli ==
== Sistem Campuran Ahli ==


Suatu sistem yang menggabungkan sistem majoriti dan perwakilan seimbang. Pada mulanya, setiap negeri akan memilih perwakilan menggunakan sistem [[sistem majoriti|pengundian majoriti]]. Selepas itu, baki kerusi di parlimen akan di penuhi oleh perwakilan berdasarkan kepada kadar peratusan undi yang dimenangi oleh setiap parti yang bertanding. Kebaikan sistem tersebut ialah ianya 100% seimbang dan juga mengambil kira penyertaan wakil dari setiap [[negeri]].
Suatu sistem yang menggabungkan sistem majoriti dan perwakilan seimbang. Pada mulanya, setiap negeri akan memilih perwakilan menggunakan sistem [[sistem majoriti|pengundian majoriti]]. Selepas itu, baki kerusi di Parlimen akan di penuhi oleh perwakilan berdasarkan kepada kadar peratusan undi yang dimenangi oleh setiap parti yang bertanding. Kebaikan sistem tersebut ialah ianya 100% seimbang dan juga mengambil kira penyertaan wakil dari setiap [[negeri]].


Negara-negara yang menggunakan sistem ini termasuklah [[Bolivia]], [[Jerman]], [[Hungary]], [[Itali]], [[Lesotho]], [[Mexico]], [[New Zealand]] dan [[Venezuela]].
Negara-negara yang menggunakan sistem ini termasuklah [[Bolivia]], [[Jerman]], [[Hungary]], [[Itali]], [[Lesotho]], [[Mexico]], [[New Zealand]] dan [[Venezuela]].

Semakan pada 01:13, 15 Januari 2005

Perwakilan Seimbang merupakan suatu sistem pengundian atau pilihan raya dimana keputusan akhir pilihanraya adalah berdasarkan kepada agihan undi yang diperolehi oleh setiap parti. Misalnya, jika parti A menang 30% undi keseluruhan pilihanraya, 30% kerusi di parlimen akan diberi kepada parti tersebut. Ini bermakna setiap undian adalah bernilai. Manakala dalam sistem pengundian majoriti mudah (simple majority), peratusan ini tidak penting.

Terdapat tiga sistem yang berasaskan pengundian cara perwakilan seimbang:

  • Sistem Senarai Parti (Party List System)
  • Sistem Campuran Ahli (Mixed Member System)
  • Undi Pemindahan Tunggal (Single Transferable Vote)

Sistem Senarai Parti

Ini merupakan sistem yang paling popular berbanding dengan sistem perwakilan seimbang yang lain. Semua parti akan senaraikan nama-nama calon dalam parti masing-masing yang akan dipamerkan dalam kertas undi. Sewaktu pilihanraya, para pengundi akan memilih parti dan bukannya calon individu. Sistem ini mudah difahami dan ia memastikan perwakilan di Parlimen mencerminkan agihan kemenangan pilihan raya yang sebenar.

Negara-negara yang mengamalkan sistem pengundian ini adalah: Algeria, Angola, Argentina, Austria, Belanda, Belgium, Benin, Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Bulgaria, Burkina Faso, Burundi, Cape Verde, Chile, Colombia, Costa Rica, Cyprus, Denmark, Republik Dominican, El Salvador, Eritrea, Estonia, Finland, Greece, Guinea-Bissau, Guinea Khatulistiwa, Guyana, Iceland, Indonesia, Israel, Kemboja, Latvia, Liberia, Liechtenstein, Luxembourg, Moldova, Mozambique, Namibia, New Caledonia, Nicaragua, Norway, Paraguay, Peru, Poland, Portugal, Republik Czech , Republik Dominican, Romania, San Marino, Sao Tome dan Principe, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sri Lanka, Surinam, Sweden, Switzerland, Kesatuan Serbia dan Montenegro, Turki, Uruguay, Wallis dan Futuna.

Sistem Campuran Ahli

Suatu sistem yang menggabungkan sistem majoriti dan perwakilan seimbang. Pada mulanya, setiap negeri akan memilih perwakilan menggunakan sistem pengundian majoriti. Selepas itu, baki kerusi di Parlimen akan di penuhi oleh perwakilan berdasarkan kepada kadar peratusan undi yang dimenangi oleh setiap parti yang bertanding. Kebaikan sistem tersebut ialah ianya 100% seimbang dan juga mengambil kira penyertaan wakil dari setiap negeri.

Negara-negara yang menggunakan sistem ini termasuklah Bolivia, Jerman, Hungary, Itali, Lesotho, Mexico, New Zealand dan Venezuela.

Undi Pemindahan Tunggal

Undi Pemindahan Tunggal atau Pengundian secara Keutamaan (Preference Voting) adalah satu sistem yang unik kerana disamping menggunakan sistem perwakilan seimbang ia juga membenarkan rakyat mengundi calon individu. Di dalam sistem ini , pengundi akan menyenaraikan calon-calon mengikut keutamaannya. "1" mewakili keutamaannya yang pertama, "2" kedua, dan seterusnya. Semua keutamaan pertama akan dikira dahulu. Sesiapa yang mencapai kuota yang ditetapkan akan dipilih sebagai wakil. Kuota ini adalah berdasarkan jumlah kerusi di Parlimen dan jumlah buangan undi. Bergantung kepada sistem yang digunakan, kawasan yang diwakilili tiga ahli parlimen, akan mempunyai kuota antara 25% dan 33% jumlah keseluruhan undi. Sekiranya tiada calon mencapai kuota dalam pengiraan pertama, calon yang menerima undian keutamaan pertama yang paling rendah akan disingkirkan. Kertas undiannya akan diambil dimana keutamaan keduanya pula akan dikira. Sesiapa yang mencapai kuota akan dianggap sebagai pemenang. Jika masih terdapat kerusi yang belum dipenuhi calon keutamaan terakhir akan disingkirkan dan kertas undiannya akan diberi kepada keutamaan sebelumnya. Proses ini akan berterusan sehingga semua kerusi di Parlimen diisikan.

Antara ketiga-tiga sistem perwakilan seimbang, sistem inilah yang paling rumit dan hanya beberapa negara yang menggunakannya seperti Australia, Ireland dan Malta.