Hishamuddin Rais: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Benz ali (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Baris 8: Baris 8:
== Gerakan Mahasiswa untuk Rakyat ==
== Gerakan Mahasiswa untuk Rakyat ==


Semasa belajar di [[Universiti Malaya]], Hishamuddin kemudiannya terlibat secara aktif dalam gerakan pelajar. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada tahun 1974. Hisham aktif mmemperjuangkan isu-isu rakyat dalam arus kebangkitan pelajar. Antara peristiwa penting yang mejadi catitan sejarah ialah perjuangan kaum pelajar untuk setinggan [[Tasek Utara]] yang dirobohkan rumah mereka pada penghujung tahun 1974. Dia ditangkap dan ditahan reman di [[Penjara Air Molek]],[[Melaka]]. Kemudiannya pada Disember 1974 berlaku satu demonstrasi besar-besaran oleh kaum pelajar bagi memperjuangkan nasib petani-petani miskin di [[Baling]]. Kerajaan pimpinan [[Abdul Razak Hussein|Tun Abdul Razak Hussein]] waktu itu telah melakukan penangkapan besar-besaran. Hisham telah melarikan diri keluar negara.
Semasa belajar di [[Universiti Malaya]], Hishamuddin kemudiannya terlibat secara aktif dalam gerakan pelajar. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada tahun 1974.Dia juga aktif dalam persatuan Sosialist dan mempunyai hubungan rapat dengan Embassy Russia. Hisham aktif mmemperjuangkan isu-isu rakyat dalam arus kebangkitan pelajar. Antara peristiwa penting yang mejadi catitan sejarah ialah perjuangan kaum pelajar untuk setinggan [[Tasek Utara]] yang dirobohkan rumah mereka pada penghujung tahun 1974. Dia ditangkap dan ditahan reman di [[Penjara Air Molek]],[[Melaka]]. Kemudiannya pada Disember 1974 berlaku satu demonstrasi besar-besaran oleh kaum pelajar bagi memperjuangkan nasib petani-petani miskin di [[Baling]]dengan isu kejatuhan harga getah dan penoreh terpaksa memakan ubi gadung berita di sebarkan ada yang mati sebak keracunan.Baling juga masih di pengaruhi aktivist komunis yang beroperasi dari Thailand ka Cameron Highland Kerajaan pimpinan [[Abdul Razak Hussein|Tun Abdul Razak Hussein]] waktu itu telah melakukan penangkapan besar-besaran. Hisham telah melarikan diri keluar negara.Mula ka Russia sebab dia mempunyai hubungan dan mendapat pembiayaan Russia selama ini kemudian pernah ka Iraq semasa pemerintahan Sadam Hussin.Akhir nya ka England negari Kapitalis dan Imperialis yang dia selalu kutuk tumpang cari makan sebagai waiter.


== 20 tahun dalam buangan ==
== 20 tahun dalam buangan ==

Semakan pada 01:17, 8 September 2013

Hishamuddin Rais (juga dikenali dengan nama Isham) merupakan seorang aktivis politik yang terkenal di Malaysia.Dilahirkan pada 3 Februari, 1951 di Jemapoh, Kuala Pilah , Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam pengajian Sejarah Asia Tenggara pada tahun 1971. .

Pendidikan

Hishamudin belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam pengajian sejarah.

Gerakan Mahasiswa untuk Rakyat

Semasa belajar di Universiti Malaya, Hishamuddin kemudiannya terlibat secara aktif dalam gerakan pelajar. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada tahun 1974.Dia juga aktif dalam persatuan Sosialist dan mempunyai hubungan rapat dengan Embassy Russia. Hisham aktif mmemperjuangkan isu-isu rakyat dalam arus kebangkitan pelajar. Antara peristiwa penting yang mejadi catitan sejarah ialah perjuangan kaum pelajar untuk setinggan Tasek Utara yang dirobohkan rumah mereka pada penghujung tahun 1974. Dia ditangkap dan ditahan reman di Penjara Air Molek,Melaka. Kemudiannya pada Disember 1974 berlaku satu demonstrasi besar-besaran oleh kaum pelajar bagi memperjuangkan nasib petani-petani miskin di Balingdengan isu kejatuhan harga getah dan penoreh terpaksa memakan ubi gadung berita di sebarkan ada yang mati sebak keracunan.Baling juga masih di pengaruhi aktivist komunis yang beroperasi dari Thailand ka Cameron Highland Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Hussein waktu itu telah melakukan penangkapan besar-besaran. Hisham telah melarikan diri keluar negara.Mula ka Russia sebab dia mempunyai hubungan dan mendapat pembiayaan Russia selama ini kemudian pernah ka Iraq semasa pemerintahan Sadam Hussin.Akhir nya ka England negari Kapitalis dan Imperialis yang dia selalu kutuk tumpang cari makan sebagai waiter.

20 tahun dalam buangan

Isham kemudiannnya mendapat suaka politik daripada kerajaan Belgium. Dia belajar bahasa Perancis di Université catholique de Louvain, Belgium pada tahun 1984. Beliau kemudian belajar seni di Kolej Brixton, London dan lulus dalam bidang filem dan video dari Universiti Westminster, London pada tahun 1992. Beliau tinggal di kota London kira-kira 15 tahun.

Kepulangan ke Malaysia

Hisham pulang ke Malaysia pada tahun 1994. Sekembalinya ke Malaysia dia telah ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk kali pertama selama dua minggu. Semasa dalam tahanan itulah dia mendapat idea [perlu rujukan] untuk menghasilkan filem Dari Jemapoh ke Manchester. Sebuah filem yang penuh dengan metafora dan budaya berontak anak muda. Filem ini telah mengembara ke serata festival filem di dunia, dari Singapura hinggalah ke Rotterdam.

Aktiviti

Perfileman

Beliau merupakan seorang pembikin filem. Antara filem-filem beliau adalah:

Filem pendek;

  1. From here to a long yesterday
  2. Malaysia werewolf in london
  3. Three second of see

Filem panjang;

  1. Dari Jemapoh ke Manchester

Penulisan

Pada tahun-tahun awal kepulangan beliau ke Malaysia, dia menulis di pelbagai suratkhabar dan majalah seperti akhbar Melayu, Ujang dan Dewan Budaya. Antara sumbangan beliau yang lain adalah 1.Penyumbang untuk Men’s Review 2.Analog-Kolum di Berita Minggu 3.Penyumbang untuk Vox akhbar The Sun 4.Penyumbang di penerbitan-penerbitan alternatif 5. Kolum Dot Mai- Malaysiakini.com 6. Kolum Tapai untuk majalah Off The Edge

Hisham boleh dikatakan sebagai seorang intelektual rakyat. Dia menjadi jambatan penghubung idea-idea dan konsep-konsep yang kompleks ke dalam bahasa mudah dalam tulisan-tulisannya.[perlu rujukan]

Terlibat aktif dalam gerakan Reformasi

Pasca 2 September 1998 merupakan detik bersejarah dalam hidupnya. Walaupun pada peringkat awal dia tidak terlibat secara langsung tetapi kemudian dia mengubah fikiran dan menyertai demostrasi jalanan. Dia beberapa kali ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Polis kerana dituduh berhimpun secara haram. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus aktif berjuang untuk reformasi dan demokrasi di Malaysia ini.

Hisham menerima pelbagai tekanan dari pihak pemerintah, antaranya dia diberhentikan dari menulis di kolum mingguannya di akhbar Berita Harian. Oleh kerana tekanan pihak pemerintah akhbar-akhbar arus perdana tidak lagi berani untuk menyiarkan tulisan-tulisannya.[perlu rujukan]

Namun pada penghujung tahun 1999 Malaysiakini.com, sebuah akhbar internet dilancarkan dan dia diberi ruangan kolum Dot.Mai. Kolum ini memberi pengaruh besar terhadap pejuang-pejuang reformasi dan demokrasi di Malaysia ini.[perlu rujukan] Dia banyak memberi penekanan terhadap penglibatan aktif anak-anak muda dalam perjuangan menuntut perubahan. Dia sering menyebut sebaris kata “hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda.”

Ditahan ISA

Pada 9 April 2001 sekitar jam 5.00 petang dia telah ditangkap oleh sepasukan polis dari cawangan khas dipejabatnya di bawah seksyen 71 (3) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan merancangan untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan. Kini dia bersama sembilan orang aktivis politik pro reformasi dan pro demokrasi . Setakat bulan April 2001 ini jumlah aktivis reformasi dan pro demokrasi yang ditahan berjumlah 10 orang.

Rujukan

http://www.geocities.com/universiti_bangsar/

Pautan luar