Hafiz Hamidun: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15: Baris 15:
|URL =
|URL =
}}
}}
'''Hafiz Hamidun''' atau nama penuh '''Mohammad Hafiz bin Hamidun''' merupakan seorang [[penyanyi]] [[nasyid]] [[Malaysia]]. Hafiz juga adalah bekas anggota kumpulan nasyid [[UNIC]]. Pada tahun 2007, beliau keluar daripada UNIC dan mencipta album solonya.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0507&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm&arc=hive Penghijrahan Hafiz Hamidun].</ref> Kini beliau telah merakamkan dua album solo.
'''Hafiz Hamidun''' atau nama penuh '''Mohammad Hafiz bin Hamidun''' merupakan seorang [[penyanyi]] [[nasyid]] [[Malaysia]]. Beliau adalah bekas anggota kumpulan nasyid [[UNIC]]. Pada tahun 2007, beliau keluar daripada UNIC dan mencipta album solonya.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0507&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm&arc=hive Penghijrahan Hafiz Hamidun].</ref> Kini beliau telah merakamkan dua album solo.


==Biografi==
==Biografi==

Semakan pada 03:28, 18 September 2013

Hafiz Hamidun
Fail:PROMOINTERNET.jpg
Latar belakang
Nama lahirHafiz Hamidun
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi,
Pengkarya berkait
Kumpulan UNIC

Hafiz Hamidun atau nama penuh Mohammad Hafiz bin Hamidun merupakan seorang penyanyi nasyid Malaysia. Beliau adalah bekas anggota kumpulan nasyid UNIC. Pada tahun 2007, beliau keluar daripada UNIC dan mencipta album solonya.[1] Kini beliau telah merakamkan dua album solo.

Biografi

Beliau adalah anak kelahiran Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan yang lahir pada 21 September 1984. Anak ketiga daripada lima adik beradik ini mendapat pendidikan rendah di SK Changkat Jong, Teluk Intan. Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya ke Sekolah Izuddin Shah, MRSM PDRM Kulim, Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Mara Shah Alam.

Penglibatan seni

Penglibatannya di dalam pelbagai kegiatan kesenian mula diperlihatkan semenjak zaman persekolahan lagi. [perlu rujukan]

  • 2002 - Naib Johan Peringkat Kebangsaan, Pertandingan Nasyid KESEJADAH Sekolah Menengah
  • 2002 - Johan Pidato Pra-Universiti Peringkat Kebangsaan

Setelah tamat SPM, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya dalam jurusan Matrikulasi Sains Kemanusiaan, sebelum berpindah masuk ke Matrikulasi Undang-undang. Di situ bakat beliau dalam bidang nasyid banyak diasah melalui persembahan-persembahan dan undangan di peringkat dalaman dan luaran. Ketika di UIAM beliau disunting oleh Hijjaz Music Entertainment, sewaktu konsert Hijjaz & In-Team di Al-Malik Faisal Hall, UIAM Petaling Jaya. Berikutan daripada itu, beliau telah menyertai UNIC pada tahun 2003 dan telah merakamkan album bersama UNIC selama 4 tahun. Album-album beliau bersama UNIC ialah :

  • 2003 - Album UNIC See You Di IPT (Hijjaz Records / EMI)
  • 2003 - Album UNIC MTV Karaoke See You Di IPT (Hijjaz Records / EMI)
  • 2004 - Album UNIC Live In Concert (Hijjaz Records / EMI)
  • 2004 - Telemovie UNIC See You Di IPT (Hijjaz Records / EMI)
  • 2005 - Album UNIC Satu Tekad (Hijjaz Records / EMI)
  • 2005 - Album UNIC MTV Karaoke (Hijjaz Records / EMI)

Setelah tamat kontrak bersama Hijjaz Music Entertainment pada awal tahun 2006, Hafiz Hamidun telah menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu Arteffects International. Setelah itu, beliau tampil dengan album solo sulungnya pada 20 Mac 2007 dengan menampilkan 10 buah lagu dan antara hits utama ialah Kesaktian Cinta dan Melihat Bintang.[perlu rujukan]

Di samping itu juga, beliau mengacarakan pelbagai rancangan di televisyen. Antaranya ialah Forum Perdana Ehwal Islam dan U-Remaja. Beliau juga giat menghasilkan lagu-lagu untuk kegunaan televisyen sebagai Jingle dan Montaj, teaser, juga untuk artis lain.[perlu rujukan]

Kini, beliau lebih dikenali setelah menghasilkan album Zikir Terapi Diri pada tahun 2011 dan juga album Zikir Terapi Diri 2 yang telah dipersembahkan secara eksklusif ketika mengadakan konsert Zikir Terapi semasa program Nadwah Islamiah MRSM se-Malaysia di MRSM Kubang Pasu pada penghujung Jun yang lalu.

Pengurusan

Alamat: Arteffects International,
B3A3, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Malaysia
Telefon : +603-7496 1297
Faksimili : +6013-30888 79

Nota kaki

Pautan luar