Sardon Jubir: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kulim (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 35: Baris 35:
* [[1976]] Anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara membawa gelaran "Tun".
* [[1976]] Anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara membawa gelaran "Tun".
* [[1976]] Anugerah Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) membawa gelaran "Dato' Seri".
* [[1976]] Anugerah Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) membawa gelaran "Dato' Seri".

Sekolah Menengah Tun Sardon , Rengit Johor dinamakan sempena nama beliau


==Meninggal dunia==
==Meninggal dunia==

Semakan pada 13:31, 9 Ogos 2007

Tun Sardon Haji Jubir (19 Mac 1917 - 14 Disember 1985) merupakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 1975 - 1981. Tun Sardon juga pernah menjadi Menteri Kerjaraya dan Komunikasi pada tahun 1971-1975.

Kehidupan Awal

Dilahirkan di Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat Johor,beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Bangan Mukim Sungai Kluang dan Victorian English Primary School di Singapura. Beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Raffles Institute pada tahun 1932.

Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan disahkan sebagai Barrister dari Middle Temple, London. Beliau kembali ke Singapura pada tahun 1941.

Beliau berkahwin dengan Toh Puan Hajjah Saadiah pada tahun 1944 dan dikurniakan 4 cahayamata.

Tun Sardon juga pernah menjadi presiden bagi Majlis Belia Malaya yang telah diiktiraf secara rasmi pada 9 September 1950 di Pulau Pinang. Tun Sardon berkhidmat dari tahun 1958 - 1961 bagi menggantikan Syed Hashim Abdullah yang berkhidmat dari tahun 1955 - 1957. Beliau digantikan oleh Syed Kamaruddin Syed Bahaldin yang berkhidmat dari tahun 1964 - 1965.

Jawatan

Antara jawatan yang pernah disandang :

Anugerah

  • 1958 Anugerah "The Memorial Magsaysay Award".
  • 1970 Anugerah "Gold Medal", anugerah tertinggi untuk pengakap di Korea Selatan.
  • 1971 Anugerah King's Gold Medal for Scouts oleh Raja Thailand.
  • 1972 Anugerah Bintang Seri Paduka Mahkota Kelantan.
  • 1972 Anugerah Bintang Seri Paduka Mahkota Johor membawa gelaran "Datuk".
  • 1974 Anugerah the "Grand Cross of the Order of St. Michael and St. George" oleh Queen Elizabeth II.
  • 1976 Anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara membawa gelaran "Tun".
  • 1976 Anugerah Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) membawa gelaran "Dato' Seri".

Sekolah Menengah Tun Sardon , Rengit Johor dinamakan sempena nama beliau

Meninggal dunia

Tun Sardon meninggal dunia pada tahun 14 Disember 1985 dan dimakamkan di Makam Pahlawan di pekarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.


Pautan luar