Malaysia Airports: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 2 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q4202182
Baris 53: Baris 53:
* [[Lapangan Terbang Sultan Mahmud]]
* [[Lapangan Terbang Sultan Mahmud]]
* [[Lapangan Terbang Tawau]]
* [[Lapangan Terbang Tawau]]
* [[Lapangan Terbang Keningau]]


Selain dari Malaysia, syarikat ini juga menguruskan 4 lapangan terbang di luar negara<ref>[http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/Tuesday/Nation/MAB3.xml/Article/ Malaysia Airports eyes China contract]</ref> iaitu:
Selain dari Malaysia, syarikat ini juga menguruskan 4 lapangan terbang di luar negara<ref>[http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/Tuesday/Nation/MAB3.xml/Article/ Malaysia Airports eyes China contract]</ref> iaitu:

Semakan pada 07:28, 8 Oktober 2013

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB)
Jenis/bentuk sahAwam
IndustriPengurusan lapangan terbang
Ditubuhkan1991
Ibu pejabatMalaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Malaysia
HasilRM 1,146 juta
Pendapatan kendalianRM 266.4 juta
Pendapatan bersihRM 170.9 juta
Tapak webhttp://www.malaysiaairports.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Malaysia Airports Holding Berhad (MYX: 5014) merupakan syarikat lapangan terbang Malaysia yang menguruskan kebanyakan lapangan-lapangan terbang di Malaysia. Mereka juga diberi tugas menguruskan beberapa lapangan terbang di luar negara.

Sejarah

Malaysia Airport Berhad dikorporatkan pada tahun 1991 apabila Parlimen Malaysia meluluskan satu kertas kerja untuk mengasingkan Jabatan Penerbangan Awan (DCA) kepada dua entiti masing-masing mempunyai perspektif tugas yang berbeza. DCA masih berfungsi sebagai badan yang mengawal industri penerbangan dan lapangan terbang di Malaysia manakala entiti baru yang ditubuhkan, Malaysia Airports Berhad akan memberi lebih fokus kepada operasi, pengurusan dan penyelenggaraan lapangan-lapangan terbang. Pada bulan November 1992, badan ini telah diberi lesen untuk menjalankan tugasnya sebagai pengurus lapangan terbang.

Syarikat pemegangnya, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah dikorporatkan sebagai syarikat awam berhad pada bulan November 1999 dan telah disenaraikan dalam saham Papan Utama di Bursa Saham Kuala Lumpur dan menjadi syarikat pengurusan lapangan terbang yang pertama disenaraikan di Asia dan keenam di dunia.

Lapangan terbang utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. KLIA merupakan hasil strategi bermatlamat untuk memenuhi keperluan pesawat yang lebih besar dan permintaan trafik yang akan meningkat pada abad ke 21. KLIA telah merintis penggunaan teknologi pengurusan lapangan terbang serba canggih yang dikenali sebagai Total Airport Management Systems (TAMS). Teknologi ini diuruskan oleh Malaysia Airport (technologies) Sdn Bhd yang terdiri daripada lebih 40 sistem dan fungsi lapangan terbang termasuk kawalan trafic udara, pengendalian bagasi, daftar masuk penumpang dan papan pameran maklumat penerbangan.

MAHB menggunakan struktur korporat yang merangkumi 10 badan subsidi; Malaysia Airports Sdn Bhd, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd, Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd, Malaysia Airports Management & Technical Services Sdn Bhd,Sepang International Circuit Sdn Bhd, Malaysia Airports (Technologies) Sdn Bhd, Malaysia Airports (Properties) Sdn Bhd, KL Airport Hotel Sdn Bhd, MAB Agriculture-Horticulture Sdn Bhd dan Asia Pacific Auction Centre Sdn Bhd. Antara syarikat-syarikat yang bersekutu adalah Urusan Teknologi Wawasan Sdn Bhd, Kuala Lumpur Aviation Fuelling System Sdn Bhd, dan Cambodia Airport Management Services Limited. Kumpulan ini mempunyai jumlah kakitangan lebih 5,000 orang dalam 39 pejabat di seluruh negara.

MAHB juga menyediakan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Angkor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh di Kemboja melalui kerjasama dengan Aéroports de Paris Management S.A.

Malaysia Airports mempunyai satu Pusat Latihan (MATC), terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pusat ini dibina untuk menampung keperluan latihan semua para pegawai Malaysia Airports. MATC juga pernah digunakan sebagai pusat program berorientasikan keselamatan yang dianjurkan oleg International Civil Aviation Organisation (ICAO). Selain itu, MATC juga menyediakan khidmat pakar dari segi sekuriti dan keselamatan industri penerbangan kepada kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat penerbangan.

Lapangan terbang yang diuruskan

Syarikat ini menguruskan 39 lapangan terbang di Malaysia. Antaranya ialah:

Selain dari Malaysia, syarikat ini juga menguruskan 4 lapangan terbang di luar negara[1] iaitu:

Anugerah

  • Chartered Institute of Logistics and Transports Malaysia - Syarikat terbaik tahun 2007[2]

Rujukan