Autobiografi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k kemas
k -tunas
Baris 17: Baris 17:
== Rujukan ==
== Rujukan ==
{{reflist}}
{{reflist}}

{{tunas}}


[[Kategori:Kesusasteraan]]
[[Kategori:Kesusasteraan]]

Semakan pada 22:50, 22 Oktober 2013

Lukisan daripada Baburnama, autobiografi Babur, pengasas Empayar Mughal.

Autobiografi (daripada Bahasa Yunani: αὐτός-autos diri + βίος-bios kehidupan + γράφειν-graphein menulis) ialah sebuah penulisan tentang kehidupan seseorang yang ditulis pengisah akuan sendiri.

Asal-usul istilah

Perkataan autobiography (autobiografi) pertama kalinya digunakan dalam bahasa Inggeris (sebagai cemuhan) oleh sarjan bernama William Taylor pada tahun 1797 dalam sebuah terbitan berkala, Monthly Review di London. Taylor menyarankan perkataan itu sebagai sebuah kata gembleng tetapi mencemuhnya sabagai "memandai"; akan tetapi penggunaannya dalam maksudnya sekarang dicatatkan oleh Robert Southey pada tahun 1809.[1] Walau bagaimanapun, bentuk autobiografi bermula pada zaman kuno. Penulis-penulis biografi lazimnya bergantung pada pelbagai jenis dokumen dan pandangan; sesebuah biografi pula tidak begitu dan dapat dilandaskan atas ingatan penulisnya semat-mata. Berkait rapat dengan autobiografi (dan kadangkala sukar dibezakan daripadanya) ialah bentuk penulisan memoir.

Autobiografi awal

Karya autobiografi pertama ditulis pada lewat abad ke-11 oleh Abdallah bin Buluggin, raja Ziryun terakhir Taifa Granada.

Pada abad ke-15, seorang bangsawan Sepanyol, Leonor López de Córdoba, menulis Memorias, mungkin satu-satunya autobiografi pertama dalam bahasa Castille.

Zāhir ud-Dīn Mohammad Bābur, pengasas wangsa Mughal di Asia Selatan menyimpan sebuah buku catatan bernama Baburnama (Chagatai/Parsi: بابر نامہ; harfiah: "Kitab Babur" atau "Surat Babur") yang ditulis antara tahun 1493 dan 1529.

Satu daripada autobiografi agung Zaman Pertengahan dikaryakan Benvenuto Cellini, seornga tukang emas dan pengarca. Autobiografi ini ditulis antara tahun 1556 dan 1558, dan diberikan judul ringkas, Vita (Bahasa Itali: Kehidupan) oleh penulisnya. Cellini berkata pada permulaan karya: "Tidak kira apa jenis orangnya, setiap orang memiliki apa yang sebenarnya ataupun dilihat sebagai pencapaian besar; sekiranya dia mementingkan kebenaran dan kebaikan, dia seharusnya menulis cerita kehidupannya sendiri; akan tetapi tidak sesiapapun harus membuat tugas terpuji ini sehinggalah dia mencapai usia empat puluh tahun"[2] Kriteria autobiografi ini kekal sehingga kebelakangan ini dan dipatuhi penulis autobiografi serius selama 300 tahun berikutnya.

Rujukan

  1. ^ Oxford English Dictionary, Autobiography
  2. ^ Benvenuto Cellini, tr. George Bull, The Autobiography, London 1966 p. 15.