Slim River: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 12: Baris 12:
# Sekolah Menengah Kebangsaan SLIM RIVER
# Sekolah Menengah Kebangsaan SLIM RIVER
# Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SLIM RIVER
# Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SLIM RIVER
# Sekolah Menengah Teknik SLIM RIVER


==Kesan Sejarah ==
==Kesan Sejarah ==

Semakan pada 02:02, 15 Ogos 2007

Slim River adalah sebuah pekan di Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Ia terletak di selatan Perak, kira-kira 20 km di utara Tanjung Malim dan 100 km di selatan Ipoh. Slim River merupakan pekan kedua terbesar di daerah Tanjung Malim dan ditadbir oleh Majlis Daerah Tanjong Malim.

Kemudahan Pendidikan

Dari segi pendidikan, antara sekolah yang terdapat di kawasan ini ialah:

  1. Sekolah Kebangsaan KUALA SLIM
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan SLIM RIVER
  3. Sekolah Kebangsaan AMINUDIN BAKI
  4. Sekolah Kebangsaan KMPG BALUN
  5. Sekolah Kebangsaan POS BERSIH
  6. Sekolah Kebangsaan SLIM VILLAGE
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan DATO'ZULKIFLI
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan SLIM RIVER
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SLIM RIVER
  10. Sekolah Menengah Teknik SLIM RIVER

Kesan Sejarah

Slim River adalah tempat berlakunya Pertempuran di Slim River, pertempuran yang menentukan nasib Tentera British semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu semasa Perang Dunia II. Tentera British telah mengalami kekalahan teruk semasa Pertempuran Jitra apabila Divisyen ke-11 India pimpinan Mej. Jen. David Murray-Lyon ditewaskan oleh Tenetra Jepun pimpinan Lt. Jen. Tomoyuki Yamashita dan yang memaksa mereka berundur ke Kampar. Tentera British mengatur pertahanan di Kampar. Tentera Jepun terus mara dan berhadapan dengan Tentera British dalam Pertempuran di Kampar. Tentera British memberikan tentangan hebat tetapi Tentera Imperial Jepun lolos melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke Slim River.

Lt. Jen. A. E. Percival dan Lt. Jen. Lewis Heath tahu sekiranya mereka gagal menyekat kemaraan Jepun dI Slim River, Tentera British tidak akan dapat mempertahankan Selangor dan Negri Sembilan. Bagaimanapun tentera British yang sedang berehat ketika berundur, telah diserang secara mengejut dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai pertempuran di Slim River. Pertempuran ini terkenal kerana kejutan yang terhasil apabila sejumlah kecil tentera infantri Jepun dengan bantuan kereta kebal berjaya menumpaskan pasukan Tentera British yang lebih besar. Pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu.




Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.