Bront Palarae: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 28: Baris 28:
Akan datang, Bront bakal muncul dalam filem ''Hanyut'' arahan pengarah berkaliber U-Wei Hj Shaari menerusi watak Syed Rasyed. Filem tersebut merupakan adaptasi daripada novel tulisan Joseph Conrad berjudul ''Almayer's Folly''. Sebuah lagi filem karya adaptasi berjudul ''Ombak Rindu'' tulisan Fauziah Ashaari juga bakal menampilkan Bront sebagai Ismail. Beliau juga berganding bersama pemenang [[Pelakon Wanita Terbaik (FFM)| Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama]] di FFM 23 iaitu [[Lisa Surihani]] dalam filem ''Sekali Lagi'' arahan Ismail Bob Hashim. Antara judul filem lain yang akan menampilkan figuran Bront adalah ''Bunga Lalang'' arahan Dain Iskandar Said dan ''Jiwa Taiko'' (Osman Ali).
Akan datang, Bront bakal muncul dalam filem ''Hanyut'' arahan pengarah berkaliber U-Wei Hj Shaari menerusi watak Syed Rasyed. Filem tersebut merupakan adaptasi daripada novel tulisan Joseph Conrad berjudul ''Almayer's Folly''. Sebuah lagi filem karya adaptasi berjudul ''Ombak Rindu'' tulisan Fauziah Ashaari juga bakal menampilkan Bront sebagai Ismail. Beliau juga berganding bersama pemenang [[Pelakon Wanita Terbaik (FFM)| Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama]] di FFM 23 iaitu [[Lisa Surihani]] dalam filem ''Sekali Lagi'' arahan Ismail Bob Hashim. Antara judul filem lain yang akan menampilkan figuran Bront adalah ''Bunga Lalang'' arahan Dain Iskandar Said dan ''Jiwa Taiko'' (Osman Ali).


Pada tahun 2010 juga, Bront telah mengasaskan produksi filem Otto Films yang akan menjadi platform untuk beliau meneroka bidang penerbitan filem.
Pada tahun 2010 juga, Bront telah mengasaskan produksi filem Otto Films yang akan menjadi platform untuk beliau meneroka bidang penerbitan filem. ADE AKU KISAH?


==Filmografi==
==Filmografi==

Semakan pada 06:04, 10 November 2013

Bront Palarae
Kelahiran
Nasrul Suhaimin Bin Saifuddin

(1978-09-27) 27 September 1978 (umur 45)
PekerjaanPelakon
Penulis Lakonlayar
Pengarah Filem
Penerbit
Pengacara
Tahun aktif2000– kini

Bront Palarae (atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Bin Saifuddin; dilahirkan pada 27 September 1978) ialah seorang pelakon, penerbit, pengarah, penulis dan juga pengacara TV berketurunan Melayu/Siam yang popular di Malaysia.

Bront telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23/2010 menerusi lakonan berkesannya sebagai penyiasat insurans dalam filem Belukar.

Biografi

Biarpun beliau telah memulakan karier lakonan pada tahun 2000 menerusi drama TV Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys, hanya pada tahun 2005 nama Bront menjadi sebutan apabila beliau muncul dalam drama bersiri Cinta Tsunami di saluran Astro Prima. Sejak itu, Bront muncul dalam banyak produksi terutama filem melalui watak-watak pembantu. Antara lakonan beliau yang paling menjadi perhatian adalah menerusi watak pemain kugiran dalam filem Man Laksa (2005), anak jalanan Anak Halal (2007) & pembunuh upahan psiko Setem (2009).

Bront juga pernah bergandingan bersama aktres Dynas Mokhtar pada tahun 2004 untuk mengacarakan program Beat TV selama 2 musim sebelum beliau mengambil keputusan untuk memberi sepenuh perhatian dalam bidang lakonan dan penulisan. Pada tahun 2005 juga beliau menerima tawaran biasiswa daripada kerajaan Itali untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam jurusan Bahasa & Budaya di University of Foreigners, Perugia Itali. Beliau meninggalkan seketika bidang seni selama setengah tahun untuk menyempurnakan kursus tersebut.

Pada tahun 2008 nama Bront mula meniti bibir peminat apabila muncul dalam siri TV Sindarela memegang watak Tengku Hussein, seorang putera raya yang bekerja sebagai mekanik. Gandingan beliau bersama aktres Sharifah Amani ternyata menimbulkan fenomena tersendiri. Keserasian Bront dan Amani kemudian diperpanjangkan lagi dalam siri TV Rona Roni Makaroni pada tahun 2009.

Barangkali tidak selesa dengan hala tuju kerjaya lakonannya, Bront mengambil keputusan untuk mengejar cita-cita di layar perak. Biarpun dikenali sebagai aktor yang kurang mendapat publisiti media namun kemunculannya dalam filem arahan teman baiknya, aktor Farid Kamil iaitu V3: Samseng Jalanan (2010) ternyata membuahkan hasil apabila filem tersebut mengaut kutipan box-office lebih daripada RM 4 juta. Menerusi watak Brett dalam filem tersebut, Bront dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu di Festival Filem Malaysia ke-23.

Ketika membintangi filem Belukar bersama Daphnei Iking

Seterusnya Bront muncul dalam filem Belukar arahan Jason Chong. Menerusi watak penyiasat insurans dalam filem tersebut, nasib Bront mula menyinar apabila dicalonkan dan seterusnya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia ke-23/2010 menewaskan nama-nama hebat seperti Esma Daniel, Farid Kamil dan Zulhuzaimy Marzuki. Bront juga mengulangi kejayaan sama di Anugerah Skrin 2010 dengan menewaskan pemenang FFM 22, Afdlin Shauki yang cemerlang menerusi filem Papadom.

Akan datang, Bront bakal muncul dalam filem Hanyut arahan pengarah berkaliber U-Wei Hj Shaari menerusi watak Syed Rasyed. Filem tersebut merupakan adaptasi daripada novel tulisan Joseph Conrad berjudul Almayer's Folly. Sebuah lagi filem karya adaptasi berjudul Ombak Rindu tulisan Fauziah Ashaari juga bakal menampilkan Bront sebagai Ismail. Beliau juga berganding bersama pemenang Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama di FFM 23 iaitu Lisa Surihani dalam filem Sekali Lagi arahan Ismail Bob Hashim. Antara judul filem lain yang akan menampilkan figuran Bront adalah Bunga Lalang arahan Dain Iskandar Said dan Jiwa Taiko (Osman Ali).

Pada tahun 2010 juga, Bront telah mengasaskan produksi filem Otto Films yang akan menjadi platform untuk beliau meneroka bidang penerbitan filem. ADE AKU KISAH?

Filmografi

Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2003 Lang Buana

Grand Brilliance / Primeworks Studio

Pengawal Peribadi Orang Kaya Seri Bentan Watak Tambahan
2006 Castello

Suhan Movies

Abang Calita Watak Pembantu
Tipah Tertipu

Execellent Pictures

Penjahat Watak Pembantu Juga sebagai penulis lakonlayar bersama Mamat Khalid
Man Laksa

Tayangan Unggul

Pemain Kugiran Watak Pembantu
Bilut

Mega Wajasinar

Rosli

Watak Pembantu

2007 1957: Hati Malaya

Pesona Pictures

Muzaffar

Watak Pembantu

Anak Halal

Tayangan Unggul

Danny

Watak Pembantu

2008 Kala Malam Bulan Mengambang

Tayangan Unggul

Mahinder Singh

Watak Pembantu

Akhirat
  • Syed Mohammed

Sri Saheeb

Ramon

Watak Pembantu

Antoo Fighter
  • Azizi Chunk Adnan

Grand Brilliance

Rambo

Watak Utama

2009 Setem

Tayangan Unggul

Abu Bakar 'Burn'

Watak Pembantu

15 Malaysia - Lollipop
  • Nam Ron

P1 Malaysian Filmakers Showcase

Lelaki Pedophile

Watak Utama

2010 V3: Samseng Jalanan

Metrowealth

Brett

Watak Pembantu

(Pencalonan) Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu - Festival Filem Malaysia ke-23
Belukar
  • Jason Chong

Preston Zaidan

Nik

Watak Utama

(Menang) Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama - Festival Filem Malaysia ke-23
2011 Hanyut

Gambar Tanah Licin

Syed Rasyed

Watak Pembantu

Ombak Rindu
  • Osman Ali

Astro Shaw/Nusantara Films

Ismail

Watak utama

Sekali Lagi
  • Hashim Rejab

Metrowealth

Azhar

Watak Utama

Dalam Pembikinan Bunga Lalang
  • Dain Iskandar Said

Astro Shaw

Watak Pembantu
Jiwa Taiko
  • Osman Ali

Nuansa Films

Watak Pembantu
Tiga Rasa Watak Utama
Bunian Lembah Helang Watak Pembantu
Kelabu Mata Hitam Watak Utama
Sirap Bandung Cap Ibu Jari Kaki Watak Utama Juga mengarah filem ini
Diharamkan tayangan Apa Khabar Orang Kampung aka Village People Radio Show

Matahari

Watak Utama siap 2007
Dukun
  • Dain Iskandar Said

Astro Shaw / Tayangan Unggul

Shah

Watak Pembantu

siap 2007

Selain berlakon, Bront juga terlibat dalam kerja-kerja belakang tabir. Berikut adalah filem-filem yang menampilkan Bront sebagai krew filem.

Krew Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2000 Lips To Lips
  • Amir Muhammad

Matahari

Pengurus produksi
2006 Tipah Tertipu

Excellent Pictures

Lakonlayar
2011 Sirap Bandung Cap Ibu Jari Kaki
  • Bront Palarae

Otto Films

Arahan & Lakonlayar

Siri TV & Telefilem

  • Mat Nor Kusyairi and the Velveboys, NTV7 (2000)hehehehe
  • Dengan Nama Cinta, NTV7 (2003)
  • Rumah Itu Duniaku, RTM1 (2004)
  • Garisan Takdir, SuriaTV Singapura (2004)
  • Cinta Tsunami, TV3 (2004)
  • Cinta Secangkir Kopi, TV9 (2007)
  • SinDarEla, TV3 (2008)
  • Rona Roni Macaroni, RIA (2008)
  • Senandung Malam, PRIMA (2009)
  • Tower 13, TV3 (2009)
  • Tangkal Besi, CITRA (2010)
  • Bunga Rampai Musim Tengkujuh, RTM1 (2010)
  • Juvana, TV3 (2011)

Komersial

  • Hotlink (Maxis) Prepaid (2006)
  • Visit Singapore (2008)


Rujukan

[1]http://www.filemkita.com/filem/m/man_laksa_01.html
[2]http://www.sinemamalaysia.com.my/artist/info/?id=Nasrul_Suhaimin_3612
[3]http://www.belukarthemovie.com/

[4]http://www.sinemamalaysia.com.my/ffm.php?mod=nominees

  1. ^ Man Laksa
  2. ^ Bront Palarae
  3. ^ Belukar
  4. ^ FFM23



Pautan luar