Perbezaan antara semakan "Kereta kebal kecil"

Jump to navigation Jump to search
[[Tentera Jepun Imperial]] menjadi salah satu pengguna kereta kebal kecil yang paling aktif, menghasilkan sejumlah reka bentuk yang berguna bagi [[perperangan hutan]]. Bagaimanapun, menjelang Perang Dunia Kedua, banyak darinya telahpun lapuk dan didapati tidak berjaya bagi tugas yang diberikan kepada mereka. Kebanyakan darinya akhirnya digunakan sebagai trektor bagi unit artileri atau logistik.<ref name="T27"/><ref>[http://www.lonesentry.com/articles/jp_tankette/index.html U.S. Forces Encounter Old Jap Tankette] (from ''[[Intelligence Bulletin]]'', September 1945, via lonesentry.com. Retrieved 2008-01-06.)</ref>
 
Konsep ini kemudiannya diabaikan akibat kegunaan terhad dan kelemahan kepada [[perperanganpertempuran anti-kereta kebal|senjata anti-kereta kebal]] malah pada mesingan, dan peranan kereta kebal kecil sebahagian besarnya diambil alih oleh kereta berperisai tentera. Bagaimanapun, semasa [[Perang Vietnam]] Tentera US menggunakan [[M50 Ontos]] yang sama tetapi agak besar, dengan kejayaan yang memuaskan.
 
Tahun 1990-an menyaksikan kebangkitan konsep yang sama dengan pengeluaran [[Wiesel 1| Wiesel]] dari Jerman [[Bundeswehr]] yang diperkenalkan untuk membekalkan tentera bawaan udara dengan keupayaan peninjauan berperisai, <ref>[http://www.rheinmetall-detec.de/index.php?fid=1398&lang=3&pdb=1 Wiesel 1] (product website from the [[Rheinmetall]] manufacturer website. Accessed 2008-05-29.)</ref> fungsi yang telah diuji oleh [[T-27]] Soviet dalam [[Perang Dunia II]].<ref name="T27"/> Walau bagaimanapun, istilah semasa [[Perang Dunia Kedua]] "kereta kebal kecil" tidak digunakan untuk kenderaan-kenderaan moden (mereka dipanggil "pembawa senjata berperisai" oleh [[Bundeswehr]]), sungguhpun mereka memenuhi takrifan kereta kebal kecil.
36,357

suntingan

Menu pandu arah