Paul von Hindenburg: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 44: Baris 44:


== Tarikh kenaikkan pangkat ==
== Tarikh kenaikkan pangkat ==
* ''[[Leftenan Muda|Leutnant]]'' - 1866
* ''[[Leftenan|Oberleutnant]]'' - 1870
* ''[[Kapten|Hauptmann]]'' - 1878
* ''[[Mejar|Major]]'' - 1881
* ''[[Leftenan Kolonel|Oberstleutnant]]'' - 1891
* ''[[Kolonel|Oberst]]'' - 1893
* ''[[Mejar Jeneral|Generalmajor]]'' - 1897
* ''[[Leftenan Jeneral|Generalleutnant]]'' - 1900
* ''[[Jeneral|General der Infanterie]]'' - 1903
* ''[[Kolonel Jeneral|Generaloberst]]'' - 26 Ogos 1914
* ''[[Fil Marsyal|Generalfeldmarschall]]'' - 27 November 1914


== Anugerah kebesaran ==
== Anugerah kebesaran ==

Semakan pada 14:18, 20 November 2013

Paul von Hindenburg
Presiden Jerman Kedua
Presiden Reich Jerman Kedua
Dalam jawatan
12 Mei 1925 – 2 Ogos 1934
CanselorHans Luther (1925–1926)
Wilhelm Marx (1926–1928)
Hermann Müller (1928–1930)
Heinrich Brüning (1930–1932)
Franz von Papen (1932)
Kurt von Schleicher (1932–1933)
Adolf Hitler (1933–1934)
Didahului olehFriedrich Ebert
Digantikan olehAdolf Hitler
(Führer dan Canselor)
Karl Donitz
Ketua Staf Am Besar Jerman
Dalam jawatan
29 Ogos 1916 – 3 Julai 1919
RajaWilhelm II
Didahului olehErich von Falkenhayn
Digantikan olehWilhelm Groener
Butiran peribadi
LahirPaul Ludwig Hans Anton von Beneckendorff und von Hindenburg
(1847-10-02)2 Oktober 1847
Posen, (sekarang Poznan, Poland)
Meninggal dunia2 Ogos 1934(1934-08-02) (umur 86)
Neudeck dekat Rosenberg, Prusia Timur, Jerman (sekarang Ogrodzieniec dekat Susz, Poland)
KerakyatanJerman
Parti politikBebas
PasanganGertrud von Hindenburg
Anak-anakOskar von Hindenburg,
Irmengard Pauline von Hindenburg,
Annemaria von Hindenburg
AnugerahPour le Mérite
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Prusia
 Empayar Jerman
 Republik Weimar
Tahun perkhidmatan1866 - 1911, 1914 - 1919
PangkatFil Marsyal
PertempuranAustro-Prussian War,
Franco-Prussian War,
World War I

Paul Ludwig Hans Anton von Beneckendorff und von Hindenburg (Mengenai audio inilisten ), dikenali secara umum sebagai Paul von Hindenburg (bahasa Jerman: [ˈpaʊl fɔn ˈhɪndənbʊɐ̯k]  ( dengar); 2 Oktober 1847 – 2 Ogos 1934) ialah seorang Fil Marsyal tentera Jerman-Prusia, negarawan, ahli politik dan berkhidmat sebagai Presiden Jerman kedua dari tahun 1925 hingga 1934.

Hindenburg mengharungi kerjaya yang panjang dalam Tentera Darat Prusia dan telah bersara pada tahun 1911. Beliau telah dipanggil semula bertugas pada permulaan Perang Dunia I (menjadi Ober Ost, singkatan Oberbefehlshaber Ost atau Panglima Tertinggi Barisan Timur), dan pertama kali mendapat perhatian negara, pada usia 66 tahun, sebagai pemenang dalam Pertempuran Tannenberg pada tahun 1914. Selaku Ketua Staf Am Besar (Chef des Grossen Generalstabs) Tentera Darat Jerman sejak tahun 1916, beliau dan timbalannya, Jeneral Erich Ludendorff, menjadi terkenal dikalangan rakyat Jerman sehinggakan Hindenburg mendapat pengaruh yang lebih besar daripada Kaiser Jerman sendiri. Bersama dengan Ludendorff, mereka meneruskan idea Lebensraum yang mana selepas perang diterima pakai pula oleh Parti Nazi Hitler. Hindenburg sekali lagi bersara pada tahun 1919, tetapi kembali pada kehidupan awam pada tahun 1925 untuk dipilih sebagai Presiden Jerman yang kedua.

Hindenburg, selaku Presiden Jerman, melantik pemimpin Parti Nazi Adolf Hitler sebagai Canselor Jerman. Hindenburg secara peribadi memandang rendah Hitler, dengan lagak sombong merujuk Hitler sebagai "koperal Bohemia" itu (dalam bahasa Jerman böhmischen Gefreiten), tersilap (secara sengaja atau tidak) dengan tempat lahir Hitler di Braunau, Austria dengan pekan Braunau di Bohemia. Hitler berkali-kali dan secara paksa menekan Hindenburg bagi melantik beliau sebagai Canselor, Hindenburg berkali-kali juga menolak desakan Hitler. Walaupun berusia 84 tahun dan tidak sihat, Hindenburg telah dipujuk bertanding pilihanraya semula pada tahun 1932, kerana beliau dianggap satu-satunya calon yang boleh mengalahkan Hitler. Hindenburg telah dipilih semula dalam satu pengundian kali kedua. Meskipun beliau menentang Hitler, kestabilan politik Republik Weimar yang semakin merosot menyebabkan beliau memainkan satu peranan penting dalam kebangkitan kuasa Parti Nazi. Beliau membubarkan parlimen dua kali pada tahun 1932 dan akhirnya, atas nasihat Franz von Papen, melantik Hitler sebagai Canselor pada Januari 1933. Pada bulan Februari, beliau mengeluarkan Dekri Kebakaran Reichstag yang menggantung pelbagai kebebasan awam dan pada Mac beliau menandatangani Akta Perundangan (Enabling Act), yang mana parlimen memberikan Hitler kuasa melaksanakan undang-undang. Hindenburg meninggal dunia pada tahun berikutnya, yang mana Hitler mengisytiharkan jawatan Presiden kosong dan selaku "Fuhrer und Reichskanzler", melantik diri sendiri sebagai ketua negara.

Kapal udara terkenal Zeppelin Hindenburg yang musnah dalam Malapetaka Hindenburg pada tahun 1937 telah diberi penghormatan sempena namanya, begitu juga Empangan Hindenburg, iaitu laluan tambak yang menyambungkan pulau Sylt ke tanah besar Schleswig-Holstein, dibina semasa pemerintahannya. Sebelum itu bandar Zabrze (bahasa Jerman: Hindenburg O.S.) di Upper Silesia, juga telah diberi nama sempena namanya pada tahun 1915. SMS Hindenburg, iaitu sebuah kapal kruiser tempur yang ditauliahkan dalam Tentera Laut Imperial Jerman pada tahun 1917 dan merupakan kapal besar terakhir yang memasuki perkhidmatan tentera laut Imperial, juga telah diberi nama sempena namanya.

Tarikh kenaikkan pangkat

Anugerah kebesaran

Lihat juga

Rujukan

  • Asprey, Robert (1991). The German High Command at War: Hindenburg and Ludendorff Conduct World War I. New York, New York: W. Morrow.
  • Bracher, Karl Dietrich (1971). Die Aufloesung der Weimarer Republik; eine Studie zum Problem des Machtverfalls in der Demokratie. Villingen, Schwarzwald: Ring-Verlag.
  • Dorpalen, Andreas (1964). Hindenburg and the Weimar Republic. Princeton, New Jersey: Princeton University Press.
  • Eschenburg, Theodor (1972). "The Role of the Personality in the Crisis of the Weimar Republic: Hindenburg, Brüning, Groener, Schleicher". Dalam Holborn, Hajo (penyunting). Republic to Reich – The Making Of The Nazi Revolution. New York: Pantheon Books. m/s. 3–50.
  • Evans, Richard J. (2003). The Coming of the Third Reich. London: Allen Lane. ISBN 0-7139-9648-X.
  • Feldman, G.D. (1966). Army, Industry and Labor in Germany, 1914–1918. Princeton, New Jersey: Princeton University Press.
  • Görlitz, Walter (1953). Hindenburg: Ein Lebensbild. Bonn: Athenäeum.
  • Görlitz, Walter (1935). Hindenburg, eine Auswahl aus Selbstzeugnissen des Generalfeldmarschalls und Reichpräsidenten. Bielefeld: Velhagen & Klasing.
  • Hiss, O.C. (1931). Hindenburg: Eine Kleine Streitschrift. Potsdam: Sans Souci Press.
  • Jäckel, Eberhard (1984). Hitler in History. Hanover N.H.: Brandeis University Press.
  • Kershaw, Sir Ian (1998). "1889–1936: Hubris". Hitler (ed. German). New York: W. W. Norton & Company. m/s. 659.
  • Kitchen, Martin (1976). The Silent Dictatorship: The Politics of the High Command under Hindenburg and Ludendorff, 1916–1918. London: Croom Helm.
  • Maser, Werner (1990). Hindenburg: Eine politische Biographie. Rastatt: Moewig.
  • Turner, Henry Ashby (1996). Hitler's Thirty Days to Power : January 1933, Reading, Mass. Addison-Wesley.
  • von der Goltz, Anna (2009). Hindenburg: Power, Myth, and the Rise of the Nazis. Oxford, England, UK; New York, New York, USA: Oxford University Press.
  • Wheeler-Bennett, Sir John (1967) [1936]. Hindenburg: the Wooden Titan. London: Macmillan.

Pautan luar

Templat:EB1922 Poster

Pegawai tentera
Didahului oleh
Generaloberst Maximilian von Prittwitz und Gaffron
Panglima, Tentera Darat 8
23 Ogos 1914-18 September 1914
Diikuti oleh:
General der Artillerie Richard von Schubert
Didahului oleh
Formasi Baru
Panglima, Tentera Darat 9
18 September 1914-2 November 1914
Diikuti oleh:
General der Kavallerie August von Mackensen
Didahului oleh
Erich von Falkenhayn
Ketua Staf Am Besar
29 Ogos 1916-3 Julai 1919
Diikuti oleh:
Wilhelm Groener
Jawatan politik
Didahului oleh
Friedrich Ebert
Presiden Jerman
12 Mei 1925-2 Ogos 1934
Diikuti oleh:
Adolf Hitler
(Führer dan Canselor)'

Templat:GEmpireGSChiefs

Templat:Recipients of the Grand Cross

Templat:Link GA