Lencana Perang Kapal Selam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 19: Baris 19:


=== Lencana Perang U-Bot berserta Berlian ===
=== Lencana Perang U-Bot berserta Berlian ===
''Lencana Perang U-Bot berserta Berlian'' merupakan satu anugerah khas yang diberikan kepada para komander U-bot yang telahpun menerima [[Knight Cross of the Iron Cross|Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak]]. Anugerah ini bukannya diberi berdasarkan merit tertentu dan bukan juga pingat perang yang rasmi, tetapi ia sebaliknya telah diberi sebagai satu tanda penghormatan tambahan kepada penerima darjah Daun Oak. Ia biasanya dianugerahkan selepas Knight Cross with Oak Leaves.
''Lencana Perang U-Bot berserta Berlian'' merupakan

Ia telah dizahirkan pada tahun 1941 dan lencana tersebut mempunyai reka bentuk yang serupa dengan ''Lencana Perang U-bot''. Dikeluarkan oleh firma Schwerin di Berlin, ia telah diperbuat daripada sepuhan perak dan terdapat sembilan batu berlian kecil yang ditanam atas lambang [[swastika]]. Lebih kurang 30 lencana telah dikurniakan dengan [[Karl Donitz]] sebagai salah seorang daripada penerimanya. Bagaimanapun, beliau secara uniknya memakai lencana versi khas yang mana kalungan daun laurel serta swastika ditanam dengan batu-batu berlian. Donitz juga memakai Lencana Perang U-Bot PD I bersama dengan lencana khas ini pada uniformnya.

=== Penerima Lencana Perang U-Bot bertahta Berlian ===

Semakan pada 15:26, 25 November 2013

Lencana Perang U-Bot dalam Perang Dunia II

Lencana Perang Kapal Selam (Bahasa Jerman: U-Boot-Kriegsabzeichen atau U-boat War Badge) merupakan lencana perang Jerman yang dikurniakan kepada anggota-anggota krew U-bot semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II.

Sejarah

Lencana Perang U-bot pada asalnya dizahirkan semasa Perang Dunia Pertama pada 1 Februari 1918. Ia dikurniakan bagi mengiktiraf krew-krew U-bot yang telah menamatkan tiga kali rondaan perang. Lencana tersebut mesti dipakai disebelah kiri bawah uniform dan ia berbentuk bujur menyerupai kalungan daun laurel. Sebuah kapal selam terletak dibahagian tengah dan Mahkota Negara Jerman (Reichskrone) telah diletakkan dibahagian atas kalungan bunga tersebut.

Pada 13 Oktober 1939, Lencana Perang U-bot telah dizahirkan semula, sejurus selepas Perang Dunia Kedua meletus. Ia hampir serupa dengan lencana asal dengan tanpa mahkota Prusia yang telah digantikan oleh Helang Jerman berserta lambang swastika dan satu kapal selam yang lebih moden menghadap kekiri telah digunakan.

Terdapat beberapa cara untuk dianugerahkan pingat ini. Yang paling umum ialah mesti menyelesaikan dua kali rondaan perang. Walaupun menghabiskan dua rondaan perang mungkin kelihatan seperti keperluan yang remeh, tetapi kebiasaannya pelayaran perang kapal selam sering mengambil masa berbulan-bulan dalam sekali rondaan. Sebagai perbandingan,Lencana Serangan Infantri akan dikurniakan selepas tiga kali aksi kombat, maknanya ia boleh dikurniakan pada tiga aksi berasingan dalam masa seminggu. Melengkapkan dua rondaan perang bukan sahaja lebih lama tetapi ia adalah sama bahaya kerana U-bot terpaksa bertahan dari serangan berterusan kapal terbang dan kapal perang pihak Bersekutu.

Pada lewat peperangan, U-bot kehilangan terlalu ramai krew-krewnya yang menyebabkan mereka tidak dapat melepasi rondaan perang kali kedua. Dalam maksud yang lain, lencana ini boleh dianugerahkan bagi mereka yang berjaya menamatkan rondaan kali pertama atau tercedera atau terkorban dalam pertempuran. Waris si mati akan menerima anugerah ini.

Kelas

Anugerah ini telah dikurniakan dalam dua kelas:

Lencana Perang U-Bot

Lencana Perang U-bot biasanya dikurniakan selepas dua rondaan perang. Beberapa orang komander yang sangat berjaya telah dianugerahkan lencana ini hanya selepas satu rondaan, seperti Rolf Thomsen diatas kapal selam U-1202.

Lencana Perang U-Bot berserta Berlian

Lencana Perang U-Bot berserta Berlian merupakan satu anugerah khas yang diberikan kepada para komander U-bot yang telahpun menerima Salib Besi Kesatria berserta Daun Oak. Anugerah ini bukannya diberi berdasarkan merit tertentu dan bukan juga pingat perang yang rasmi, tetapi ia sebaliknya telah diberi sebagai satu tanda penghormatan tambahan kepada penerima darjah Daun Oak. Ia biasanya dianugerahkan selepas Knight Cross with Oak Leaves.

Ia telah dizahirkan pada tahun 1941 dan lencana tersebut mempunyai reka bentuk yang serupa dengan Lencana Perang U-bot. Dikeluarkan oleh firma Schwerin di Berlin, ia telah diperbuat daripada sepuhan perak dan terdapat sembilan batu berlian kecil yang ditanam atas lambang swastika. Lebih kurang 30 lencana telah dikurniakan dengan Karl Donitz sebagai salah seorang daripada penerimanya. Bagaimanapun, beliau secara uniknya memakai lencana versi khas yang mana kalungan daun laurel serta swastika ditanam dengan batu-batu berlian. Donitz juga memakai Lencana Perang U-Bot PD I bersama dengan lencana khas ini pada uniformnya.

Penerima Lencana Perang U-Bot bertahta Berlian