Lembah Bujang: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kerina yin (bincang | sumb.)
memulakan judul baru untuk isu pencerobohan + sumber
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 11: Baris 11:


==Pencerobohan==
==Pencerobohan==
Presiden [[Kongres_India_Malaysia|MIC]], Datuk Seri [[G. Palanivel]] meminta Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] ([[UNESCO]]) mengisytiharkan Lembah Bujang sebagai tapak warisan dunia berikutan pencerobohan secara rahsia oleh sebuah syarikat pemaju ke atas kawasan tersebut yang memusnahkan sebuah kuil makam.<ref>{{Cite web | last = | first = | title = MIC mohon isytihar Lembah Bujang tapak warisan - Nasional - Sinar Harian | url = http://www.sinarharian.com.my/nasional/mic-mohon-isytihar-lembah-bujang-tapak-warisan-1.226663 | publisher = Sinar Harian | date = 2 Disember 2013 | accessdate = 3 Disember 2013}}</ref>
Presiden [[Kongres_India_Malaysia|MIC]], Datuk Seri [[G. Palanivel]] meminta Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] ([[UNESCO]]) mengisytiharkan Lembah Bujang sebagai tapak warisan dunia berikutan pembangunan oleh sebuah syarikat pemaju ke atas kawasan tersebut yang memusnahkan sebuah kuil makam, struktur Candi 11 yang dibina semula itu.<ref>{{Cite web | last = | first = | title = MIC mohon isytihar Lembah Bujang tapak warisan - Nasional - Sinar Harian | url = http://www.sinarharian.com.my/nasional/mic-mohon-isytihar-lembah-bujang-tapak-warisan-1.226663 | publisher = Sinar Harian | date = 2 Disember 2013 | accessdate = 3 Disember 2013}}</ref>

Syarikat empunya tanah telah mendapat kelulusan untuk memajukannya pada tahun 1993 lagi tetapi kerja-kerja pembersihan tanah hanya dilakukan pada Ogos 2013. Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan dengan mengarahkan supaya syarikat berkenaan menghentikan kerja-kerja pembersihan tersebut. <ref>[http://syburi-times.blogspot.com/2013/12/kenyataan-akhbar-mengenai-pemusnahan.html KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PEMUSNAHAN BINAAN WARISAN CANDI DI SUNGAI BATU, LEMBAH BUJANG, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH.</ref>


==Lihat juga==
==Lihat juga==

Semakan pada 13:25, 3 Disember 2013

Seni bina awal Kedah, Candi, model bangunan, dipamerkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur
Fail:Candi2.jpg
Tapak Lembah Bujang

Lembah Bujang merupakan kawasan yang dikenali sebagai Sungai Batu, proses cari gali telah mendedahkan sisa jeti, tapak peleburan besi, dan binaan batu-bata yang bertarikh 110SM, menjadikannya binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara.[1], [2], [3] Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi hingga 20 Masihi, Lembah Bujang mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India.

Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba.

Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman prasejarah kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya telah menjangkau seratus lima puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya masih menjadi perdebatan dan belum menemui titik pertemuan.

Status dan potensinya yang diperakui oleh peserta projek Intra-ASEAN : Ekskavasi Arkeologi dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985, serta diperakui di dalam Malaysian Book of Records kerana memiliki berpuluh ribu manik purba dan salah satu lokasi pembuat manik di kawasan Indo-Pasifik menjadikan ia tapak yang komprehensif. Pelabuhan yang sangat diperlukan dan memiliki laluan transpeninsular yang menghubungkan Kedah Purba - Langkasuka (Patani) meletakkan ia sebagai bandar pelabuhan yang terbilang.

Pencerobohan

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel meminta Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengisytiharkan Lembah Bujang sebagai tapak warisan dunia berikutan pembangunan oleh sebuah syarikat pemaju ke atas kawasan tersebut yang memusnahkan sebuah kuil makam, struktur Candi 11 yang dibina semula itu.[4]

Syarikat empunya tanah telah mendapat kelulusan untuk memajukannya pada tahun 1993 lagi tetapi kerja-kerja pembersihan tanah hanya dilakukan pada Ogos 2013. Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan dengan mengarahkan supaya syarikat berkenaan menghentikan kerja-kerja pembersihan tersebut. [5]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ BERNAMA : 2 JULAI 2010 : KAWASAN INDUSTRI BESI ABAD PERTAMA MASEHI DITEMUI DI JENIANG.
  2. ^ New interest in an older Lembah Bujang, 2010/07/25
  3. ^ Bujang Valley impetus to tourism, By Subhadra Devan, 2010/09/19
  4. ^ "MIC mohon isytihar Lembah Bujang tapak warisan - Nasional - Sinar Harian". Sinar Harian. 2 Disember 2013. Dicapai pada 3 Disember 2013.
  5. ^ [http://syburi-times.blogspot.com/2013/12/kenyataan-akhbar-mengenai-pemusnahan.html KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PEMUSNAHAN BINAAN WARISAN CANDI DI SUNGAI BATU, LEMBAH BUJANG, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH.

Pautan luar