Perbezaan antara semakan "Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Talib Karim"

Pergi ke navigasi Pergi ke carian
→‎Sejarah: www.smkdatohajitalibkarim.edu.my
(→‎Sejarah: www.smkdatohajitalibkarim.edu.my)
 
==Sejarah ==
Sekolah
<nowiki> </nowiki>Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Talib Karim memang tidak asing lagi bagi
<nowiki> </nowiki>masyarakat Daerah Alor Gajah. Sekolah ini dulunya dikenali dengan
Sekolah Menengah Kolam Air, diasaskan pada 1hb Januari 1961 sebagai
sekolah aliran Melayu. Ia dinamakan Sekolah Dato’ Haji Talib Karim
sempena nama Ketua Menteri Melaka yang ketiga. Ia bermula dengan sebuah
kelas tingkatan satu yang ditadbir oleh Pengetua Sekolah Menengah Alor
Gajah bersama-sama dengan kelas aliran Inggeris.  Kebanyakan
<nowiki> </nowiki>murid yang dipilih ke kelas istimewa (khas) datang dari sekolah-sekolah
<nowiki> </nowiki>kebangsaan di sekitar Alor Gajah seperti Sekolah Kebangsaan Melekek,
Sekolah Kebangsaan Parit Melana dan Sekolah Kebangsaan Alor Gajah.
 
Apabila  kelas
<nowiki> </nowiki>aliran melayu telah bertambah menjadi 5 buah pada tahun 1963,
pemimpin-pemimpin tempatan telah mengemukakan tuntutan kepada
Kementerian Pelajaran Perseketuan Tanah Melayu untuk mendapat bangunan
sendiri. Hasilnya sebuah bangunan baru yang mengandungi 18 buah bilik
darjah, 1 pejabat pengetua, sebuah bilik guru, 2 buah makmal sains,
makmal sains rumahtangga dan bengkel seni perusahaan telah siap dibina
pada akhir tahun tersebut. Bangunan baru yang tersegam indah ini telah
dirasmikan oleh YAB Encik Abdul Ghafar Baba, Ketua Menteri Melaka pada
20 Mei 1964.
 
Sekolah
<nowiki> </nowiki>ini semakin berkembang lagi pada awal tahun 1970-an di mana pada tahun
1971 sebuah blok bangunan baru yang mengandungi 8 buah bilik darjah dan
sebuah makmal sains, sebuah pusat sumber serta 2 buah bilik darjah telah
<nowiki> </nowiki>dibina dan hasilnya kelas sains tulen telah dimulakan di sekolah ini
pada tahun tersebut. Pada akhir tahun 1970-an dan awal 1980-an sebuah
asrama puteri yang menempatkan kira-kira 100 orang murid dibina pada
tahun 1977. Ia diikuti pula dengan kelas tingkatan 6 pada tahun 1980.
Pada tahun 1984 sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan tambahan yang
mengandungi 9 buah bilik darjah lukisan dan sebuah bilik kuliah.
 
Pada
<nowiki> </nowiki>tahun 1989 kerja-kerja pembinaan 3 buah rumah guru SMKDHTK telah
dijalankan pada tahun berikutnya ketiga-tiga buah rumah ini telah
diduduki. Pada tahun 1990-an SMKDHTK setapak lagi berubah wajah. Pihak
pentadbir telah mengubah suai bangunan hadapan sekolah dengan mengadakan
<nowiki> </nowiki>dataran SMKDHTK dan membesarkan kantin sekolah.
 
Pada
<nowiki> </nowiki>tahun 1994 sebuah bilik bacaan diadakan di asrama puteri SMKDHTK dan
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah ditawarkan di tingkatan 4
sekolah ini dan pada tahun 2002 sebuah makmal computer telah dibina
berdekatan dengan surau. Diikuti pula dengan Mata Pelajaran Vokasional
diperkenalkan pada tahun 2005. Program Pendidikan Khas (Masalah
Pembelajaran) turut mewarnai panorama SMKDHTK. Program ini mula bertapak
<nowiki> </nowiki>tanggal 5 Januari 2006.  Menjelang
<nowiki> </nowiki>tahun 2009 sebuah blok bangunan baru kelas pendidikan khas telah
terbina dengan gahnya bersebelahan makmal komputer dan surau sekolah.
 
Perkembangan
<nowiki> </nowiki>terakhir ialah perubahan aspek fizikal sekolah termasuk penyediaan
kelengakapan ICT di bilik-bilik darjah, pemindahan dan pengubahsuaian
pejabat pentadbiran sekolah, pusat sumber dan makmak-makmal sains.
SMKDHTK semakin anggun dengan pelbagai lakaran mural yang bertemakan
pendidikan diteruskan. Semoga SMKDHTK menapak maju dan terus maju.
==Pencapaian ==
 
Pengguna awanama

Menu pandu arah