Autoritarianisme: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
'''Autoritarianisme''' bermaksud fahaman yang menyokong campurtangan pihak berkuasa ("authority" dalam bahasa [[Inggeris]]) secara total dalam pentadbiran negara. Biasanya kerajaan yang mengamalkan sistem ini adalah kerajaan [[diktator]] dimana pemimpinnya mempunyai [[kuasa eksekutif]] penuh untuk mengawal pihak berkuasa seperti [[polis]] dan [[penguasa tempatan]].
'''Autoritarianisme''' bermaksud fahaman yang menyokong campurtangan pihak berkuasa ("authority" dalam bahasa [[Inggeris]]) secara total dalam pentadbiran negara. Biasanya kerajaan yang mengamalkan sistem ini adalah kerajaan [[diktator]] dimana pemimpinnya mempunyai kuasa [[eksekutif]] penuh untuk mengawal pihak berkuasa seperti [[polis]] dan [[penguasa tempatan]].


Sebuah masyarakat autoritarian adalah setia kepada pihak berkuasa dan percaya kepada mereka dan bukannya hak individu, sehinggakan rakyat sanggup menjadi hamba kepada kerajaan. Misalnya di [[Jerman]], rakyatnya berpatah semangat selepas kekalahan mereka selepas [[Perang Dunia I]]. Oleh itu, mereka menyerahkan bulat-bulat kepada [[kerajaan]] pemerintah untuk membangkitkan semangat mereka kembali. Ini biasanya menghasilkan kerajaan yang kuku besi, [[diktator]], despot, [[totalitarianisme]] (kerajaan satu parti) dan [[fasisme]] (suatu gabungan autoritarianisme dengan [[nasionalisme]]).
Sebuah masyarakat autoritarian adalah setia kepada pihak berkuasa dan percaya kepada mereka dan bukannya hak individu, sehinggakan rakyat sanggup menjadi hamba kepada kerajaan. Misalnya di [[Jerman]], rakyatnya berpatah semangat selepas kekalahan mereka selepas [[Perang Dunia I]]. Oleh itu, mereka menyerahkan bulat-bulat kepada [[kerajaan]] pemerintah untuk membangkitkan semangat mereka kembali. Ini biasanya menghasilkan kerajaan yang kuku besi, [[diktator]], despot, [[totalitarianisme]] (kerajaan satu [[parti politik|parti]]) dan [[fasisme]] (suatu gabungan autoritarianisme dengan [[nasionalisme]]).


==Beberapa andaian dalam sistem autoritarianisme==
==Beberapa andaian dalam sistem autoritarianisme==

Semakan pada 14:38, 16 Jun 2005

Autoritarianisme bermaksud fahaman yang menyokong campurtangan pihak berkuasa ("authority" dalam bahasa Inggeris) secara total dalam pentadbiran negara. Biasanya kerajaan yang mengamalkan sistem ini adalah kerajaan diktator dimana pemimpinnya mempunyai kuasa eksekutif penuh untuk mengawal pihak berkuasa seperti polis dan penguasa tempatan.

Sebuah masyarakat autoritarian adalah setia kepada pihak berkuasa dan percaya kepada mereka dan bukannya hak individu, sehinggakan rakyat sanggup menjadi hamba kepada kerajaan. Misalnya di Jerman, rakyatnya berpatah semangat selepas kekalahan mereka selepas Perang Dunia I. Oleh itu, mereka menyerahkan bulat-bulat kepada kerajaan pemerintah untuk membangkitkan semangat mereka kembali. Ini biasanya menghasilkan kerajaan yang kuku besi, diktator, despot, totalitarianisme (kerajaan satu parti) dan fasisme (suatu gabungan autoritarianisme dengan nasionalisme).

Beberapa andaian dalam sistem autoritarianisme

Autoritarianisme adalah dikaitkan dengan positivis yang berlogik dan falsafah utilitarian. Pandangan tersebut meletakkan beberapa nilai ditempat tertinggi seperti pengstrukturan sosial yang rasional (rational social engineering), undang-undang dan kestabilan, dan keberkesanan sumber. Masyarakat antara lain dianggap tidak berpelajaran, tidak boleh diharap, kacau-bilau, dan/atau tidak bemoral. Untuk kebaikan mereka, kerajaan mesti mengenakan kawalan ketat kepada rakyat yang tidak stabil ini.

Disamping itu, andaian dari perspektif autoritarian ialah terdapatnya segolongan manusia yang lebih baik (superior) dari segi kebijaksanaan dan moral. Dalam ideologi-ideologi yang lain, kelebihan mereka datang dari pelbagai sumber, seperti hak unggul raja-raja, ketententeraan, kuasa mistik, apa yang dipanggil oleh Machiavelli sebagai virtú atau hikmah, kuasa intelek, kebolehan teknikal, kebijaksanaan politik, "demagogery", dan/atau popular secara umum. Manusia tersebut diterima sebagai orang yang paling sesuai untuk membuat keputusan untuk rakyat, dengan kawalan dan imbangan yang minimum.