Pegawai memerintah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 6: Baris 6:
* [[Staf Am]]
* [[Staf Am]]
* [[Perintah dan kawal]]
* [[Perintah dan kawal]]
* [[Ketua Turus]]


[[Kategori:Ketenteraan]]
[[Kategori:Ketenteraan]]

Semakan pada 12:01, 20 Januari 2014

Pegawai Memerintah atau commanding officer (CO) ialah pegawai yang menguasai sesebuah unit tentera. Secara tipikal, pegawai memerintah mempunyai kuasa mutlak keatas unit tersebut, dan biasanya diberi kebebasan untuk mengurus unit tersebut selagi mampu, asalkan dalam batas undang-undang tentera. Dalam hal ini, pegawai memerintah mempunyai tanggungjawab yang penting (sebagai contoh, penggunaan tenaga, kewangan, kelengkapan, Konvensyen Geneva), tugas-tugas (bagi pihak yang lebih tinggi, keberkesanan misi, tugas rawatan kepada anggota) dan kuasa (sebagai contoh, disiplin dan hukuman keatas anggota mengikut had-had tertentu undang-undang tentera).

Di beberapa negara, pegawai memerintah mungkin dari mana-mana pangkat bertauliah; biasanya terdapat lebih pegawai daripada posisi memerintah yang sedia ada, dan masa yang dihabiskan semasa memerintah ialah aspek utama kenaikkan pangkat, jadi peranan pegawai memerintah adalah sangat dihargai, dan pada teori hanya pegawai terbaik yang mendapat nama. Pegawai memerintah selalunya dibantu oleh seorang pegawai eksekutif (XO) atau penolong kanan (2i/c), yang mengurus hal ehwal harian anggota dan seorang penasihat tanpa tauliah kanan. Unit yang lebih besar juga mempunyai pegawai staf dengan pelbagai tanggungjawab.

lihat juga