Burhanuddin al-Helmi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Wafat: wafat sepatutnyer digunakan pada para anbiya dan sahabat. saya mengagumi Dr. Burhanuddin sepenuh hati... namun title wafat harus ditukar dalam kadar segera... terima kasih
Rotlink (bincang | sumb.)
k fixing dead links
Baris 36: Baris 36:
== Presiden PAS ==
== Presiden PAS ==


Pemimpin [[Parti Islam Se-Malaysia]] (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956,<ref name="Leifer"/> hingga kematiannya pada tahun 1969.<ref>{{cite news|url=http://www.aliran.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1072:that-complex-entity-called-pas&catid=89:2009-7&Itemid=45|title=That complex entity called Pas|date=14 November 2009|work=Aliran Monthly|accessdate=22 June 2010}}</ref> Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme.<ref>{{cite news|url=http://www.dailytimes.com.pk/default.asp?page=2008\04\11\story_11-4-2008_pg3_3|title=On the road to change?|last=Farish Noor|date=11 April 2008|work=Daily Times|accessdate=22 June 2010}}</ref> Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam".<ref>{{cite book|last1=Matheson Hooker|first1=Virginia|last2=Norani Othman|first2=|title=Malaysia: Islam, society and politics|url=http://books.google.com.au/books?id=0W5t5lxigh8C&pg=PA222&dq=Burhanuddin+al-Helmy+matheson+hooker&hl=en&ei=FSohTP3YKMGPcYOe-VQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CC8Q6AEwAA#v=onepage&q&f=false|year=2003|publisher=Institute of Southeast Asian Studies|isbn=9812301615|page=222}}</ref> Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah [[Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia)|Akta Keselamatan Dalam Negeri]] pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.<ref name="Leifer"/><ref>{{cite news|url=http://news.google.com.au/newspapers?id=hVMRAAAAIBAJ&sjid=ZpUDAAAAIBAJ&pg=6858,29259&dq=burhanuddin+al-helmy&hl=en|title="Opposition Plan for Rebellion"|date=1 March 1965|work=[[The Age]]|publisher=[[Fairfax Media]]|accessdate=22 June 2010}}</ref>
Pemimpin [[Parti Islam Se-Malaysia]] (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956,<ref name="Leifer"/> hingga kematiannya pada tahun 1969.<ref>{{cite news|url=http://www.aliran.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1072:that-complex-entity-called-pas&catid=89:2009-7&Itemid=45|title=That complex entity called Pas|date=14 November 2009|work=Aliran Monthly|accessdate=22 June 2010}}</ref> Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme.<ref>{{cite news|url=http://www.dailytimes.com.pk/default.asp?page=2008\04\11\story_11-4-2008_pg3_3|title=On the road to change?|last=Farish Noor|date=11 April 2008|work=Daily Times|accessdate=22 June 2010|archiveurl=https://archive.is/4sJxF|archivedate=13 January 2013}}</ref> Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam".<ref>{{cite book|last1=Matheson Hooker|first1=Virginia|last2=Norani Othman|first2=|title=Malaysia: Islam, society and politics|url=http://books.google.com.au/books?id=0W5t5lxigh8C&pg=PA222&dq=Burhanuddin+al-Helmy+matheson+hooker&hl=en&ei=FSohTP3YKMGPcYOe-VQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CC8Q6AEwAA#v=onepage&q&f=false|year=2003|publisher=Institute of Southeast Asian Studies|isbn=9812301615|page=222}}</ref> Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah [[Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia)|Akta Keselamatan Dalam Negeri]] pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.<ref name="Leifer"/><ref>{{cite news|url=http://news.google.com.au/newspapers?id=hVMRAAAAIBAJ&sjid=ZpUDAAAAIBAJ&pg=6858,29259&dq=burhanuddin+al-helmy&hl=en|title="Opposition Plan for Rebellion"|date=1 March 1965|work=[[The Age]]|publisher=[[Fairfax Media]]|accessdate=22 June 2010}}</ref>


== Meninggal Dunia ==
== Meninggal Dunia ==

Semakan pada 03:01, 23 Januari 2014

Dr.

Burhanuddin al-Helmy
Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
1956–1969
Didahului olehAbbas Alias
Digantikan olehMohd Asri Muda
Butiran peribadi
Lahir1911
Perak Kota Bharu, Gopeng , Perak
Meninggal dunia6 November 1969 (umur 58)
Taiping, Perak
Parti politik PAS

Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi (1911, Kota Bharu - 25 Oktober 1969, Taiping, Malaysia)[1] merupakan bekas Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Awal kehidupan

Burhanuddin merupakan anak pertama dari pasangan Haji Mohamad Nor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman.[2] Ayahnya berasal dari Batusangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat yang merantau ke Malaysia pada tahun 1908, sedangkan ibunya berasal dari Malaka. Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Gopeng, Perak pada tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India.[1][3] Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Aljunied, Singapura.

Aktiviti selepas perang

Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.[3][4]

Presiden PAS

Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956,[3] hingga kematiannya pada tahun 1969.[5] Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme.[6] Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam".[7] Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.[3][8]

Meninggal Dunia

Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.

Garis masa

Tahun Peristiwa Catatan
1911
  • Burhanuddin dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Haji Mohamad Noor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Gopeng, Perak.
  • Hj Mohamad Noor berasal dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minangkabau Sumatera dan telah datang ke Perak pada tahun 1908
  • Sharifah Zaharah berasal dari Melaka
1926
  • Menyambung pelajaran di sekolah agama kelolaan Syeikh Mohamad Khatib Minangkabau di Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera
  • Bertukar belajar di sekolah pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah
  • Hanya bertahan selama 6 bulan di Sungai Jambu kerana cara belajar mengikut 'sistem tadah' tidak disukai oleh Burhanuddin
  • Hanya bertahan selama sebulan di Pulau Pisang kerana cara belajar masih mengikut 'sistem tadah'
1927
  • Menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang
1934
  • Melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New Delhi, India di dalam bidang falsafah dan sastera.
1942-1945
  • Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika pendudukan Jepun
1950
  • Ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura
1956
  • Menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Kemudian, dipilih sebagai Yang Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato' Dr Haji Abbas Alias
1959
  • Menang Kerusi Parlimen Besut, Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1959
1964-1966
  • Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kononnya menjadi ejen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia
  • Jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Agung PAS dipangku oleh Naib Yang Dipertua Agung, Mohd Asri Haji Muda
  • Dibebaskan pada 1966 namun dikenakan tahanan terhad.
10 Oktober 1969
  • Meninggal dunia akibat penyakit lelah.

Rujukan

  1. ^ a b "Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi". Britannica. Answers.com. Dicapai pada June 24, 2010.
  2. ^ Sejarah Sekolah: Biodata Profesor Doktor Burhanuddin Al-Helmy, laman web SMK Doktor Burhanuddin, Taiping, Perak Darul Ridzuan, capaian 2012-04-12.
  3. ^ a b c d Leifer, Michael (2001). Dictionary of the modern politics of South-East Asia (ed. 3rd). Taylor & Francis. m/s. 79. ISBN 0415238757.
  4. ^ Federspiel, Howard M. (2007). Sultans, shamans, and saints: Islam and Muslims in Southeast Asia. University of Hawaii Press. m/s. 177. ISBN 0824830520.
  5. ^ "That complex entity called Pas". Aliran Monthly. 14 November 2009. Dicapai pada 22 June 2010.
  6. ^ Farish Noor (11 April 2008). "On the road to change?". Daily Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2013. Dicapai pada 22 June 2010.
  7. ^ Matheson Hooker, Virginia; Norani Othman (2003). Malaysia: Islam, society and politics. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 222. ISBN 9812301615.
  8. ^ ""Opposition Plan for Rebellion"". The Age. Fairfax Media. 1 March 1965. Dicapai pada 22 June 2010.

Bacaan lanjutan

  • Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy - Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003

Pautan luar


Penyandang Terdahulu Yang Dipertua Agung/Presiden PAS
25 Disember 195610 Oktober 1969
Penyandang Kemudian
Dato' Dr Haji Abbas Alias Tan Sri Dato' Mohd Asri bin Haji Muda