COMANGO: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
k kemaskini
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
k terkini COMANGO ajak ISMA berdialog
Baris 22: Baris 22:
# COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.
# COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.

Namun begitu, segala tuntutan oleh pihak COMANGO dikatakan tidak bersifat agresif seperti yang telah dikatakan oleh ISMA.<ref>[http://www.astroawani.com/news/show/comango-ajak-isma-berdialog-30406 COMANGO ajak ISMA berdialog]. AstroAwani. Capaian 19-Feb-2014</ref>
===Marina Mahathir===
===Marina Mahathir===
[[Marina Mahathir]] dikatakan turut terlibat dalam tindakan tuntutan COMANGO.<ref>[http://www.ismaweb.net/v4/2013/11/isma-edar-70-ribu-risalah-dedah-dalang-comango/ ISMA edar 70 ribu risalah dedah dalang COMANGO]. ISMAWeb. Capaian 27-11-2013.</ref> Namun begitu beliau menafikan hal ini serta menuduh ISMA telah menfitnahnya. Beliau menyatakan hasratnya ingin menyaman ISMA kerana hal ini membabitkan maruah dirinya.<ref>[http://www.themalaymailonline.com/print/malaysia/marina-mahathir-to-isma-retract-comango-link-or-face-legal-action Marina to ISMA: Retract Comango link or face legal action]. The Malay Mail Online. Capaian 27-11-2013.</ref> Walaupun begitu, ISMA kekal dengan pendirian mereka dan tidak berganjak dengan keputusan yang telah mereka keluarkan itu.<ref>[http://www.ismaweb.net/v4/2013/11/kenyataan-media-berhubung-pengedaran-risalah-tuntutan-gabungan-ngo-liberal-comango-cabar-kedudukan-islam/ Kenyataan media berhubung pengedaran risalah “Tuntutan Gabungan NGO Liberal Comango Cabar Kedudukan Islam”]. ISMAWeb. Capaian 27-11-2013</ref><ref>[http://www.malaysiakini.com/news/246634 Isma: Marina's defence for Comango shows support]. Malaysiakini. Capaian 27-11-2013</ref>, <ref>[http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcpRfaQ== ISMA ada bukti Marina Mahathir sokong COMANGO.]</ref>, <ref>[http://www.theedgemalaysia.com/political-news/262500-muslim-group-labels-marina-a-hypocrite-stands-by-comango-link-statement.html Muslim group labels marina a hypocrite stands by comango link statement.]</ref>

Semakan pada 08:56, 19 Februari 2014

COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013 di Geneva.[1] Gabungan ini disertai oleh 54 NGO Malaysia.[2] Menurut kenyataan ISMA, hanya 12 daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan Comango yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.[3] Hal ini disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia bahawa Comango adalah sebuah gabungan pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).[4][5]

Kajian laporan hak asasi manusia ini dilakukan setiap 4 tahun oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC). Mereka akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara anggota PBB termasuk Malaysia. Proses ini disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.

Ahli

Antara ahli NGO-NGO lain yang membentuk gabungan COMANGO termasuk Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Dignity International, Sisters in Islam, Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna-Pengguna Malaysia (ERA Consumer), Pusat Komas, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), dan Coalition to Abolish Modern-day Slavery in Asia (CAMSA).[6]

Tuntutan

COMANGO membuat beberapa tuntutan dan desakan yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut. Berikut adalah antara tuntutan-tuntutan tersebut;[7]

  1. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.
  2. Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.
  3. Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Tuntutan ini turut merangkumi kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang dengan hukum alam termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.[8]

Kontroversi

Kritikan

Tuntutan COMANGO ini ditentang oleh NGO-NGO Islam terutamanya Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro).[9] Mereka mengatakan bahawa perbuatan ini tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama persekutuan Malaysia. Antara NGO lain yang turut menentang hebat ini adalah ISMA.[10] Tuntutan tersebut telah menimbulkan bangkangan di Parlimen Malaysia oleh DPPM, antaranya adalah:-

  1. COMANGO tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.
  2. COMANGO telah meletakkan Malaysia termasuk institusi agama Islam di bawah pantauan PBB.
  3. COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.

Namun begitu, segala tuntutan oleh pihak COMANGO dikatakan tidak bersifat agresif seperti yang telah dikatakan oleh ISMA.[11]

Marina Mahathir

Marina Mahathir dikatakan turut terlibat dalam tindakan tuntutan COMANGO.[12] Namun begitu beliau menafikan hal ini serta menuduh ISMA telah menfitnahnya. Beliau menyatakan hasratnya ingin menyaman ISMA kerana hal ini membabitkan maruah dirinya.[13] Walaupun begitu, ISMA kekal dengan pendirian mereka dan tidak berganjak dengan keputusan yang telah mereka keluarkan itu.[14][15], [16], [17]

Pengharaman

Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia telah menyatakan bahawa COMANGO adalah satu tuntutan yang haram.[18] Pada 8 Jan 2014, Malaysiagazette.com telah melaporkan bahawa KDN telah mengharamkan COMANGO kerana sebahagian besar ahlinya tidak berdaftar.[19]

Rujukan