Besut: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 46: Baris 46:
== P 33 Besut ==
== P 33 Besut ==
'''Parlimen Besut''' ialah sebuah kerusi Parlimen yang terletak dalam Negeri Terengganu, Malaysia. Ahli Parlimen Besut sejak PRU-13 ialah YB Datuk Seri [[Idris bin Jusoh]] dari BN.
'''Parlimen Besut''' ialah sebuah kerusi Parlimen yang terletak dalam Negeri Terengganu, Malaysia. Ahli Parlimen Besut sejak PRU-13 ialah YB Datuk Seri [[Idris bin Jusoh]] dari BN.
[[Keputusan Pilihan Raya Bagi Parlimen Besut]]


==Pautan luar==
==Pautan luar==

Semakan pada 05:44, 3 Mac 2014

Besut merupakan daerah yang terletak di utara negeri Terengganu. Ia bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, daerah Setiu di selatan dan Laut China Selatan di timur. Pantainya bertanah beris dan menghadap pulau yang terkenal seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, dan Pulau Redang. Ibu daerah Besut ialah Jerteh. Penduduk Besut bertutur dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.Dan ada juga sebahagian kecil penduduk Besut bertutur dalam bahasa malayu loghat Terengganu,Dan Jerteh merupakan Ibu Daerah Besut yang terletak berhampiran dengan Negeri Kelantan,Manakala Kampung Raja merupakan Pusat Pentadbiran Daerah Besut yang terletak berhampiran dengan Daerah Setiu.

Sejarah Daerah Besut

Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan dari buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.

Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul Besut.

Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan dari buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.

Dalam catatan ini ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari Pattani ( Selatan Siam ) telah datang ke Besut dengan diketuai oleh seorang yang bernama Cik Latif. Adalah dipercayai Cik Latif berasal dari Sumatera dan telah biasa berdagang di PATTANI. Dengan menawarkan segantang mata kail dikatakan Cik Latif berjaya memujuk orang-orang Pangan keluar dari daerah ini ke Hulu Besut. Beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampongan di tebing sungai Besut yang diberi nama Palembang mungkin mengambil nama sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang merupakan pusat pentakbiran yang pertama di Besut sebelum Kampung Raja.

Bila Cik Latif meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya bernama Cik Kamat. Semasa pemerintahan Cik Kamat Daerah Besut berada dalama keadaan huru-hara kerana ancaman dari perompak lanun yang bermaharajalela di pulau-pulau yang berada disekitar laut daerah ini. Dalam buku pelayaran Pelayaran Abdullah ke Kelantan, Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun-lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun ini diketuai oleh Panglima Ebeh dan Panglima Garang.

Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, Cik Kamat tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan meminta bantuan dari Terengganu. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan Terengganu masa itu iaitu Sultan Mansur 1, yang dikenali sebagai Marhum Berjanggut. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur I telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Putera Baginda iaitu Tengku Kadir.

Tengku Kadir dan tentera di bawah pimpinannya berjaya mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur ke Pulau Perhentian.

Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai Orang Besar Besut serta mendapat hak di atas Pulau Rhu. Keturunan Tengku Kadir yang terakhir memerintah Besut ialah Tengku Long yang diberi gelaran Tengku Sri Indera Segara Besut oleh Sultan Terengganu.[1]

Mukim di Daerah Besut

  1. Mukim Bukit Kenak
  2. Mukim Kampung Gerai
  3. Mukim Bukit Peteri
  4. Mukim Hulu Besut
  5. Mukim Jabi, Terengganu
  6. Mukim Kampung Raja
  7. Mukim Keluang
  8. Mukim Kerandang
  9. Mukim Kuala Besut
  10. Mukim Kubang Bemban
  11. Mukim Lubuk Kawah
  12. Mukim Pasir Akar
  13. Mukim Pelagat
  14. Mukim Pangkalan Nangka
  15. Mukim Pulau Perhentian
  16. Mukim Tembila
  17. Mukim Tenang
  18. Pekan Jertih
  19. Pekan Kampung Raja
  20. Pekan Kuala Besut

Kini,daerah besut sedang pesat membangun mengikut peredaran masa,kegiatan ekonomi yang utama penduduk di daerah Besut ialah berniaga,mengusahakan tanaman padi,sawit,getah dan lain-lain lagi. Di daerah besut juga terdapat sebuah masjid yang dibina pada zaman Datuk Seri Idris Jusuh menjadi Menteri Besar Terengganu.Masjid itu diberi nama masjid Hadhari.Ia terletak berhampiran bandar jertih.

P 33 Besut

Parlimen Besut ialah sebuah kerusi Parlimen yang terletak dalam Negeri Terengganu, Malaysia. Ahli Parlimen Besut sejak PRU-13 ialah YB Datuk Seri Idris bin Jusoh dari BN. Keputusan Pilihan Raya Bagi Parlimen Besut

Pautan luar