Terengganu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 16: Baris 16:
|leader_name1=[[Sultan Mizan Zainal Abidin]]<sup>1</sup>
|leader_name1=[[Sultan Mizan Zainal Abidin]]<sup>1</sup>
|leader_title2=[[Menteri Besar Terengganu|Menteri Besar]]
|leader_title2=[[Menteri Besar Terengganu|Menteri Besar]]
|leader_name2= Datuk Seri [[Ahmad Said(Menteri Besar Terengganu)]]
|leader_name2= Datuk Seri [[Ahmad Bin Said(Menteri Besar Terengganu]]
|sovereignty_type=Sejarah
|sovereignty_type=Sejarah
|established_event1=Penjajahan British
|established_event1=Penjajahan British

Semakan pada 07:09, 3 Mac 2014

Negeri di Malaysia
نڬري دمليسيا
ترڠڬانو دار الإيما
Negeri Terengganu Darul Iman

Al-Wilayah Terengganu Darul Iman

Tranung
Bendera Terengganu Lambang Terengganu
Bendera Lambang
Cogan kata: Generasi Ulul Albab
Lagu negeri: Allah Selamat Sultan
Lokasi Terengganu
Lokasi Terengganu
Ibu negeri
(dan bandar diraja)
Kuala Terengganu
Bahasa utama {{{loghat bahasa}}}
Parti memerintah Pakatan Rakyat-PAS
 - Al-Sultan Sultan Mizan Zainal Abidin1
 - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bin Said(Menteri Besar Terengganu
Sejarah  
 - Penjajahan British 1909 
 - Pendudukan Jepun 1942 
 - Kemasukan ke Persekutuan Tanah Melayu 1948 
Keluasan
 - Jumlah 12,955 km²
Populasi
 - banci 2011 1,335,977 [1]
 - Kepadatan 79/km²
Kod panggilan kebangsaan 09
Poskod kebangsaan 20xxx to 24xxx
Huruf pertama plat kenderaan T
Laman sesawang: www.terengganu.gov.my
1 Dipilih dan bertakhta sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-13. Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail (yang berumur 8 tahun) memangku takhta dibantu Majlis Penasihat Pemangku Raja yang dipengerusikan oleh Raja Tengku Baderulzaman (adik kepada Sultan).

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 (lihat peta). Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.

Sejarah

Kerajaan

Sultan Negeri Terengganu merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.

Daerah

Terengganu terbahagi kepada 7 daerah iaitu :-


Terengganu dibahagikan kepada 8 parlimen iaitu:-


Bandar-bandar utama di Terengganu adalah

Geografi

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam negeri Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan daerah ketujuh di Negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah: Kuala Terengganu 60,654.3 hektar; Kemaman, 253,559.9 hektar; Dungun, 273,503.1 hektar; Marang, 66,654.3 hektar; Hulu Terengganu, 387,463.6 hektar, Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar. Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandaraya Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai,Dungun dan Jerteh.

Ekonomi

Kegiatan utama negeri Terengganu ialah perikanan yang merupakan kegiatan tradisi rakyat Terengganu disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran Laut China Selatan. Pun begitu, semenjak terjumpanya petroleum, sumber minyak merupakan penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan negeri Terengganu.[2] Ekonomi negeri Terengganu sekarang ini semakin berkembang. Dengan adanya ECER, tahap kemiskinan di Terengganu telah banyak berkurang. Pelancong asing yang berkunjung ke Terengganu juga semakin bertambah

Demografi

Agama

Agama di Terengganu - 2010[3]
agama peratusan
Islam
  
96.9%
Buddha
  
2.5%
Hindu
  
0.2%
Kristian
  
0.2%
Tiada agama atau lain agama
  
0.2%

Menurut bancian tahun 2010, populasi beragama di Terengganu adalah 96.9% Muslim, 2.5% Buddha, 0.2% Hindu, 0.2% Kristian, dan 0.2% bagi pengikut agama lain atau tiada agama.

Budaya

Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Pulai. Juga Tarian Ulek Mayang yang biasa dimainkan di tepi pantai sewaktu pesta pantai yang biasa diadakan pada hujung tahun bagi tujuan untuk mengubati penyakit,namun tarian ini sekarang hanya sekadar Persembahan budaya semata-mata. Terengganu juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional masyarakat Melayu Terengganu yang berkhasiat dan sedap dikenali sebagai Keropok Lekor (orang Terengganu sebut keppok gongdee/panjang/batang). Selain itu budu juga salah satu makanan yang popular di Negeri Terengganu. Sekarang masyarakat makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu yang dikenali dengan nama "sos bilis". Di samping itu Nasi Dagang adalah nasi jenama masyarakat Terengganu , hanya masyarakat Terengganu yang dapat menghasilkan Nasi Dagang yang sedap dan asli. Terdapat macam-macam makanan tradisoanal yang sedap dan berkhasiat di negeri Terengganu antaranya Tahi Itik, Akok, Nganang, Brolok Sagu, Sagong, Bikee nyor, Blebab Ubi, Nek Bak, Tok Aji Serbang, Ketupat Sotong, Beekang, Buah Bung Sambal, Kuih Kapur nyor, Apam Dewa, Apam Kuah dan banyak lagi.

Lihat juga

Negeri kembar

  • Iowa, Amerika Syarikat

Rujukan

  1. ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
  2. ^ [1]
  3. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF) (dalam bahasa Malay and English). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 2012-06-17.CS1 maint: unrecognized language (link) p. 13

Pautan luar