Perak Darul Ridzuan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Aurora (bincang | sumb.)
k Reverted 1 edit by 113.210.166.204 (talk) to last revision by Ng Pey Shih 07. (TW)
Baris 15: Baris 15:
|leader_name1=[[Sultan Azlan Shah]]
|leader_name1=[[Sultan Azlan Shah]]
|leader_title2=[[Menteri Besar Perak|Menteri Besar]]
|leader_title2=[[Menteri Besar Perak|Menteri Besar]]
|leader_name2=[[Mohammad Nizar Jamaluddin]]<sup>1</sup>
|leader_name2=[[Zambry Abdul Kadir]]<sup>1</sup>
|sovereignty_type=Sejarah
|sovereignty_type=Sejarah
|established_event1=[[Perjanjian Pangkor]]
|established_event1=[[Perjanjian Pangkor]]

Semakan pada 08:58, 3 Mac 2014

Negeri di Malaysia
نڬري دمليسيا
ڨيرق دار الرّضوان
Negeri Perak Darul Ridzuan
Bendera Perak Lambang Perak
Bendera Lambang
Cogan kata: Perak AmanJaya
Lagu negeri: Allah Lanjutkan Usia Sultan
Lokasi Perak
Lokasi Perak
Ibu negeri Ipoh
Bandar diraja Kuala Kangsar
Bahasa utama {{{loghat bahasa}}}
Parti memerintah Barisan Nasional-UMNO
 - Sultan Sultan Azlan Shah
 - Menteri Besar Zambry Abdul Kadir1
Sejarah  
 - Perjanjian Pangkor 1874 
 - Menyertai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1895 
 - Pendudukan Jepun 1942 
 - Menyertai Persekutuan Tanah Melayu 1948 
Keluasan
 - Jumlah 21,006 km²
Populasi
 - banci 2010 2,352,743 [1]
 - Kepadatan 112/km²
Kod panggilan kebangsaan 05
Poskod kebangsaan 30xxx to 36xxx
39xxx
Huruf pertama plat kenderaan A
Laman sesawang: www.perak.gov.my

1Lihat Krisis Perlembagaan Perak 2009.

Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) (lihat peta). Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang dan keempat terbesar di Malaysia.

Negeri Perak Darul Ridzuan terletak bersempadan terus dengan negeri Kedah di sebelah utara, negara Thailand lebih tepat lagi bersempadan dengan Provinsi Yala disebelah timur laut. Negeri Pulau Pinang disebelah barat laut; Kelantan dan Pahang disebelah timur; Selangor di sebelah selatan dan Selat Melaka disebelah barat.

Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Negeri Perak

Zaman Kesultanan Melayu

Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia telah menduduki negeri Perak semenjak 40,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masihi.

Legenda menceritakan tentang sebuah kerajaan Hindu-Melayu yang disebut Gangga Negara di Perak barat laut. Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Perak telah didiami sejak zaman prasejarah.

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Mudzaffar Shah I, keturunan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka.

Walaupun wangsa itu bermula dengan nasib yang baik, nasib itu tidak dapat dikekalkan kerana ia menjadi mangsa pihak Aceh, Bugis, Portugis, Belanda, Thailand dan kemudiannya British. Pihak Aceh telah dua kali melarikan Sultan berserta keluarganya ke Aceh, Sumatera.

Zaman Naungan Residensi British

Penemuan lapisan timah yang terkaya di dunia pada 1824 menarik pemasukan pendatang secara besar-besaran, terutamanya orang Cina Tionghoa. Dikaitkan dengan peraturan yang merumitkan tentang pewarisan serta orang bangsawan yang amat berkuasa, kerusuhan sosial dan politik yang dialami tidak dapat dielakkan. Campur tangan pihak British pada 1874 menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan dipujuk turun takhta dengan pembayaran pencen supaya waris yang sah boleh dimahkotakan. Seorang Residen British tiba untuk menasihatkan Sultan dan sepasukan polis tentera India diasaskan. Walaubagaimanapun, Residen yang baru itu tidak menerima sambutan yang popular dan beliau terbunuh pada 1877. Malangnya, Sultan yang baru telah terbabit dalam peristiwa ini dan dibuang negeri ke Seychelles. Seorang pemangku raja mengambil alih tempatnya dan sepuluh tahun kemudian diizin menjadi Sultan. Baginda mangkat tidak sampai sebulan selepas baginda menjadi raja.

Warisnya, Sultan Idris Mursidul Aadzam Shah, terbukti menjadi salah seorang Melayu yang bijaksana. Negeri Perak menjadi makmur dan maju di bawah pemerintahannya. Keadaan kewangan dikawal dan langkah-langkah pertama untuk membentukkan negeri-negeri bersekutu diambil. Perak menjadi salah satu daripada negeri-negeri pertama yang membentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1897.

Pendapatan negeri Perak merosot apabila harga getah merosot selepas Perang Dunia I. Walaupun Sultan Idris mangkat pada 1916, waris-warisnya terbukti bijak dari segi pandangan. Sultan Iskandar Shah berkhidmat dengan Pasukan Polis NNMB dan memainkan peranan yang penting dalam pengasasan Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 1930-an. Perak diserang dan ditewas oleh pihak Jepun pada Hari Raya Tahun Baru 1942. Walaubagaimanapun, Sultan Abdul Aziz, bukan seorang raja yang senang digulingkan.

Negeri Perak memasuki Malayan Union pada 1 Februari 1948. Ia juga ikut serta negeri-negeri lain untuk membentukkan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dan menjadi salah satu daripada negeri-negeri Malaysia pada 16 September 1963.

10 daerah-daerah terkandung dalam Negeri Perak

Kerajaan

Sultan Perak merupakan Ketua Perlembagaan Negeri Perak. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak iaitu EXCO.

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar sendiri, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan dan daripada seseorang berbangsa Melayu yang beragama Islam sahaja.

Krisis perlembagaan Perak

Pada Februari 2009, terdapat perubahan pada kerajaan negeri berikutan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat yang keluar parti. Sultan Perak kemudiannya membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan memberi laluan kepada Barisan Nasional. Bekas Menteri Besar dari Pakatan, Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan kesahihan tindakan tersebut dari segi perlembagaan negeri dan mendakwa beliau masih memegang jawatan Menteri Besar.[2] Pada 18 Februar 2009, speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar menggantung Menteri Besar dari Barisan Nasional, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, bersama-sama enam ahli Exconya daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri dengan tempoh penggantungan masing-masing selama 18 dan 12 bulan.[3] Pada 3 Mac 2009 27 Ahli Dewan Undangan Negeri dari pakatan rakyat serta speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar tidak dibenarkan masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak.Selepas tidak dapat memasuki Dewan Undangan Negeri Perak,kesemua 27 ADUN(Ahli Dewan Undangan Negeri) pakatan rakyat dan speaker DUN Perak,V Sivakumar mengadakan sidang DUN di bawah pokok. Pihak DAP mendakwa bahawa Sidang DUN itu sah kerana bedasarkan peraturan, speaker Dun Perak mempunyai kuasa untuk menetapkan tempat persidangan, sedangkan BN mengatakan ia persidangan haram kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak. Dalam Sidang Dun, 2 usul diluluskan.

  1. Usul undi percaya kepada Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin.
  2. Usul memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak.

Mahkamah Tinggi Ipoh bagaimanapun telah mengeluarkan perintah melarang Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang pada 3 Mac 2009 (Bernama). Ini berdasarkan fakta/peraturan bahawa Speaker tidak mempunyai kuasa memanggil sidang DUN melainkan mendapat perkenan daripada Sultan Perak. [4]

Geografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Negeri Perak atau Geografi Perak

Perak Darul Ridzuan terdiri daripada 10 jajahan yang dipanggil sebagai daerah :

Ekonomi dan kebudayaan

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Negeri Perak

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Negeri Perak

Suatu ketika dahulu, persembahan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam) pernah bertapak di negeri Perak. Walau bagaimanapun, teater tradisional ini telah lama lenyap dari bumi Perak.

Sejak sejarah dikuasai oleh perlombongan timah dan getah, Perak mengalami kesulitan yang amat teruk dengan kemerosotan kedua-dua industri tersebut. Tindakan telah diambil baru-baru ini untuk mengubah ekonomi negeri Perak kepada sebuah ekonomi berdasarkan perindustrian dan pengilangan.

Populasi

Negeri  Luas (km2 Jumlah Penduduk 2009
 Batang Padang 2,730 183,200
 Hilir Perak 1,727 220,400
 Hulu Perak 6,558 109,700
 Kerian 938 184,500
 Kinta 1,958 846,300
 Kuala Kangsar 2,541 169,800
 Larut, Matang dan Selama 2,103 320,100
 Manjung 1,168 247,200
 Perak Tengah 1,282 111,900
 {{{J1}}} {{{J2}}} {{{J3}}}
 {{{K1}}} {{{K2}}} {{{K3}}}
 {{{L1}}} {{{L2}}} {{{L31}}}
 Jumlah 21,005 2,491,634

Demografi

Agama di Perak - Bancian 2010[5]
religion percent
Islam
  
55.3%
Buddha
  
25.4%
Hindu
  
10.9%
Kristian
  
4.3%
agama Cina
  
1.7%
Lain-lain
  
1.5%
Tiada agama
  
0.9%

Setelah negeri-negeri di Malaysia mempunyai ramai penduduk, Perak masih belum pulih daripada kelembapan ekonomi yang disebabkan oleh kemerosotan dalam industri perlombongan bijih timah. Ekonomi yang lemah telah membawa kepada saluran besar dalam tenaga kerja untuk pertumbuhan negeri yang lebih tinggi seperti Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penduduk Perak mempunyai kadar pertumbuhan tahunan 0.4%.

  • 2001 - 2,051,236
  • 2006 - 2,283,000
  • 2010 - 2,258,428[6] (bancian rasmi tahun 2010)

Komposisi etnik penduduk dianggarkan pada tahun 2001 adalah:

  • Bumiputera (1,101,105 atau 53.68%)
  • Cina (643,129 atau 31.35%)
  • India (262,121 atau 12.78%)
  • Lain-lain (6,536 atau 0.32%, termasuk 2,080 Thai)
  • Bukan warganegara (38,345 atau 1.87%)[7]

Anggaran pecahan penduduk bagi tahun 2010 adalah:

  • Bumiputera - 1,360,506 atau 55.74%
  • Cina - 702,170 atau 28.77%
  • India - 296,600 atau 12.15%
  • Lain-lain - 8,842 atau 0.36%
  • Bukan warganegara - 72,751 atau 2.98%

Pada tahun 2010, peratus penduduk negeri Perak berdasarkan agama adalah 55.3% Islam, 25.4% Buddha, 10.9% Hindu, 4.3% Kristian, 1.7% Tao atau pengikut agama Cina, 1.5% pengikut agama-agama lain, dan 0.9% tiada agama.

Rujukan

  1. ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
  2. ^ NST Newsdesk (February 5, 2009). "PERAK IN CRISIS: Nizar joins Ningkan as the defiant ones". New Straits Times. Dicapai pada 2009-02-05.
  3. ^ "Perak Speaker suspends entire exco". The Malaysian Insider. February 18, 2009. Dicapai pada 2009-02-18.
  4. ^ Perak: Mahkamah Keluar Perintah Larang Sidang DUN Tidak Sah.
  5. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 2012-06-17. p. 13
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan statistics.gov.my tidak disediakan
  7. ^ New Page 1

Lihat juga

Pautan luar