Pengkalan Kubor: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 22: Baris 22:
Fax: 09-7211218
Fax: 09-7211218
==N 01 Pengkalan Kubor==
==N 01 Pengkalan Kubor==
Dun Pengkalan Kubor merupakan sebuah Kerusi Dun yang yang terletak di dalam Parlimen [[Tumpat]],[[Kelantan]],[[Malaysia]],Dan Adun Pengkalan Kubor kini iaitu YB Datuk [[Noor Zahidi Bin Omar]] dari [[BN]].
Dun Pengkalan Kubor merupakan sebuah Kerusi Dun yang yang terletak di dalam Parlimen [[Tumpat]],[[Kelantan]],[[Malaysia]],Dan Adun Pengkalan Kubor kini iaitu YB Datuk Noor Zahidi Bin Omar dari [[BN]].


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 07:05, 4 Mac 2014


Pengkalan Kubor ialah sebuah Bandar Sempadan dan Daerah di dalam Jajahan Tumpat . Terletak di Utara Negeri Kelantan Bersempadan dengan Negara Thailand Tak Bai, Narathiwat sebelah barat dan utara (Kuala Tabal) 'Pengkalan' bermaksud tempat kapal ,sampan , bot , feri atau tongkang berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. 'Kubor' ialah tempat orang mati ditanam. Menurut cerita penduduk setempat , Pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubor orang Melayu satu ketika dahulu. Daerah Pengkalan Kubor meliputi lapan mukim Penghulu iaitu Mukim Tanjong [12 buah kampung], Mukim Ketil [2 buah kampung], Mukim Tebing [6 buah kampung], Mukim Geting [12 buah kampung], Mukim Simpangan [ 5 buah kampung], Mukim Bendang Pak Yong [13 buah kampung] , Mukim Jubakar Darat [ 2 buah kampung] dan Mukim Jejulok[ 2 buah kampung]. Daerah Pengkalan Kubor yang bersempadan dengan Negara Thailand ialah sepanjang 14 KM bermula dari Kuala Tabal hingga ke Kg. Kuala Jambu, Tumpat ( sepanjang Jalan KASBAN) . Keluasan Daerah Pengkalan Kubor ialah 29.6 km persegi dengan jumlah penduduk lebih kurang 30,000.00 orang.Penduduk di dalam Daerah Pengkalan Kubor ini terdiri daripada orang Melayu (90% ), orang siam (8%) dan orang cina serta India (2%) Terdapat Pejabat Kerajaan ( Pusat Pentadbiran Daerah ) yang diketuai oleh seorang penjawat awam yang dikenali sebagai ' Penggawa ' [ Penghulu bagi istilah di luar daripada Negeri Kelantan] dan dibantu oleh seorang Pembantu Penggawa dan Penghulu-Penghulu Mukim, Pejabat Penggawa Daerah Pengkalan Kubor terletak di Chabang Tiga Geting, Geting, Tumpat . Di peringkat ini hanya terdapat beberapa jabatan dan perbadanan awam yang mempunyai cawangan masing-masing. Peranan utama seorang Penggawa ialah untuk membantu Pejabat Tanah dan Jajahan serta agensi-agensi kerajaan lain menjalankan program dan projek pembangunan serta menyelaraskan kegiatan-kegiatan kampung-kampung dibawah jagaannya. Penggawa dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri berdasarkan kepada kewibawaan, kebolehan dan kelayakan akademik . Terdapat lima (5) buah masjid mukim dan sub-mukim dalam daerah Pengkalan Kubor iaitu Masjid Mukim Ketil ( Masjid Al-Huda), Masjid Mukim Geting ( As-Somadi), Masjid Mukim Simpangan, Masjid Mukim Bendang Pak Yong dan Masjid Sub-Mukim Kubang Sawa. Wat Siam bagi orang beragama Buddha juga terletak dalam Daerah ini iaitu masing-masing satu (1) di Kg. Jubakar Darat ( Wat Phikul Yai) dan satu (1) di Kg. Mentua ( Wat Siklaloy).Juga terdapat tiga (3) buah Balai Polis iaitu Balai Polis Pengkalan Kubor, Balai Polis Simpangan dan Balai Polis Kuala Jambu. Lima (5) buah sekolah rendah juga terdapat dalam daerah ini, sebuah sekolah menengah dan sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Terdapat tempat-tempat menarik dalam Daerah Pengkalan Kubor ini iaitu Infogaleri Tengku Anis Sg. Golok yang terletak di muara Sg. Golok ( Kuala Tabal) dan Pantai Geting serta Kawasan Perdagangan Bebas Cukai di Pekan Pengkalan Kubor. Kegiatan ekonomi utama penduduk dalam Daerah Pengkalan Kubor ialah Nelayan, Petani, Berniaga, Kakitangan Awam, kakitangan Swasta dan bekerja sendiri.


Dua kerakyatan

Malaysia dan Thailand dipisahkan oleh Sungai Golok yang lebarnya di sini kira-kira 500 meter. Ramai penduduk sebelah menyebelah sempadan ini mempunyai tali persaudaraan dan sama-sama berugama Islam atau Buddha. Ramai juga penduduk sempadan yang memiliki dua pasport dan 2 kerakyatan. Pejabat imigresen akan memeriksa pasport mereka yang hendak melintasi sempadan. Penduduk yang lahir di negeri Kelantan , Perak, Perlis dan Kedah boleh mendapatkan pas sempadan dalam masa satu hari sahaja . Mereka yang lain, kenalah membuat parport antarabangsa, termasuk kanak-kanak - yang boleh siap satu hari di pejabat imigresen.

Kawasan bebas cukai

Pengkalan Kubor mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik banyak pengunjung ke sini. Kawasan bebas cukai ini sebesar padang bola sepak. Ia terletak di tepi muara sungai. Namun kawasan bebas cukai di Rantau Panjang lebih besar , meriah dan lebih murah. Jarak dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang kira-kira 30 KM (Melalui Jalan KASBAN) sahaja.

Pemeriksaan Polis

Pemeriksaan polis di Pengkalan Kubor

Pengkalan Kubor mempunyai pos pemeriksaan Imigresen yang membolehkan kemasukan dan keluar orang ramai di antara Malaysia dan Thailand. Di siang hari, perkhidmatan feri membawa penumpang menyeberangi sungai ke Tak Bai dengan dikenakan tambang 50 sen. Jalan di antara Pengkalan Kubor ke Kota Bharu melalui kawasan perkampungan tradisional di Kelantan. Pengunjung yang berkereta api dari Kuala Lumpur atau singapura terpaksa turun di Stesen keretapi Tumpat. Dari stesen ini, mereka bolehlah menaiki kereta sewa, teksi atau kereta sapu ke Pengkalan Kubor. Di sepanjang ke sini ada beberapa peperiksaan polis untuk memastikan tiada penyeludupan senjata api,gula, beras, minyak masak, barang baram dan lain-lain.

Pejabat Imigresen Pengkalan Kubor Kompleks Imigresen 16080 Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan Telephone: 09-7211300 Fax: 09-7211218

N 01 Pengkalan Kubor

Dun Pengkalan Kubor merupakan sebuah Kerusi Dun yang yang terletak di dalam Parlimen Tumpat,Kelantan,Malaysia,Dan Adun Pengkalan Kubor kini iaitu YB Datuk Noor Zahidi Bin Omar dari BN.

Rujukan