Mongolia Dalam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q41079
K7L (bincang | sumb.)
Baris 175: Baris 175:
== Pautan luar ==
== Pautan luar ==
{{commons|Inner Mongolia}}
{{commons|Inner Mongolia}}
{{wikivoyage|Inner Mongolia}}
* [http://www.nmg.gov.cn/ Inner Mongolia Government website]
* [http://www.nmg.gov.cn/ Inner Mongolia Government website]
* [http://www.japanfocus.org/_Li_Narangoa-Nationalism_and_Globalization_on_the_Inner_Mongolia_Frontier__The_Commercialization_of_a_Tamed_Ethnicity Li Narangoa: The Commercialization of a Tamed Ethnicity]
* [http://www.japanfocus.org/_Li_Narangoa-Nationalism_and_Globalization_on_the_Inner_Mongolia_Frontier__The_Commercialization_of_a_Tamed_Ethnicity Li Narangoa: The Commercialization of a Tamed Ethnicity]
* [http://www.smhric.org/ Southern Mongolian Human Rights Information Center]
* [http://www.smhric.org/ Southern Mongolian Human Rights Information Center]
* {{wikitravel}}


{{Province-level divisions of the People's Republic of China}}
{{Province-level divisions of the People's Republic of China}}

Semakan pada 17:03, 24 Mac 2014

{{{EnglishName}}}
Cina : {{{ChineseName}}}
{{{Pinyin}}}
Singkatan: 内蒙古[1]  (Pinyin: Nèi Měnggǔ)
Kawasan Autonomi Mongolia Dalam is highlighted on this map
Asal-usul nama Inner Mongolia lebih dekat dengan China sebenar berbanding Mongolia Luar
Jenis pentadbiran Kawasan autonomi
Pusat pentadbiran Hohhot
Bandaraya terbesarBaotou
Setiausaha Jwk CPC Hu Chunhua
Gabenor Bagatur (Баатар)
Luas 1,183,000 km2 (457,000 bt2) (ke-3)
 - Latitud {{{Latitude}}}
 - Longitud {{{Longitude}}}
Penduduk (2004)
 - Kepadatan
23,840,000 (ke-23)
20.2/km2 (52/sq mi) (ke-28)
KDNK (2008)
 - per kapita
CNY 776.2 bilion (ke-16)
CNY 32,214 (ke-8)
HDI (2006) 0.779 (medium) (ke-14)
Bangsa-bangsa utama Han - 79%
Mongol - 17%
Manchu - 2%
Hui - 0.9%
Daur - 0.3%
Peringkat prefektur 12 bahagian
Peringkat daerah 101 bahagian
Peringkat perbandaran 1425 bahagian
ISO 3166-2 CN-15
Laman web rasmi
http://www.nmg.gov.cn
(Cina)
Sumber untuk data penduduk dan GDP:
《中国统计年鉴—2005》 Buku Tahunan Statistik China 2005
ISBN 7503747382
Sumber untuk data bangsa-bangsa:
《2000年人口普查中国民族人口资料》 Perangkaan bangsa-bangsa banci populasi China 2000
ISBN 7105054255
*Seperti pada 31 Disember, 2004
TemplatPerbincanganProjekWiki China

Koordinat: 44°03′14″N 113°52′16″E / 44.054°N 113.8711°E / 44.054; 113.8711

Mongolia Dalam (bahasa Mongolia: , Өвөр Монгол, Öbür mongγol; Bahasa Cina: 内蒙古pinyin: Nèi Měnggǔ) ialah sebuah kawasan autonomi Mongol yang terletak di bahagian utara Republik Rakyat China. Pusat pentadbirannya terletak di Hohhot manakalanya bandaraya terbesarnya ialah Baotou.

Mongolia Dalam bersempadan (dari timur ke barat) dengan wilayah-wilayah Heilongjiang, Jilin, Liaoning, Hebei, Shanxi, Shaanxi, Kawasan Autonomi Hui Ningxia, dan Gansu, dan juga bersempadan dengan Republik Mongolia dan Russia di utara. Mongolia Dalam ialah subbahagian ketiga terbesar di China dengan keluasan kira-kira 1,200,000 km² (463,000 batu persegi) atau 12% jumlah kawasan daratan China, dengan diduduki lebih kurang 24 juta orang pada tahun 2004. Kawasan autonominya ditubuhkan pada tahun 1947. Majoriti penduduk kawasan ini adalah berbangsa Cina Han, di samping minoriti Mongol yang besar. Bahasa rasminya ialah bahasa Mandarin Baku dan Mongolia yang ditulis dalam abjad klasik (Di negara Mongolia, bahasa Mongolia ditulis dalam abjad Cyril).

Pembahagian pentadbiran

Inner Mongolia dibahagikan kepada 12 bahagian peringkat prefektur. Sehingga awal 1990-an, kebanyakan kawasan prefektur di Mongolia Dalam dikenali sebagai Liga (Bahasa Cina: ) yang berasal dari pembahagian Mongol pada zaman Dinasti Qing. Begitu juga, bahagian peringkat daerah selalunya dikenali sebagai Panji-Panji (Bahasa Cina: ). Sejak 1990-an, kebanyakan Liganya telah ditukarkan kepada bandaraya peringkat prefektur, tetapi Panji-Panji kekal bentuknya. Penstrukturan semula ini membawa kepada penukaran bandaraya primat dalam kebanyakan liga ini kepada daerah pentadbiran (Hailar, Jining, dan Dongsheng). Sesetengah bandaraya peringkat prefektur yang baru ditubuhkan memilih untuk mengekalkan nama Liga (Hulunbuir, Bayan Nur, dan Ulanqab), ada lagi yang menerima guna nama Cina bandaraya primatnya (Chifeng, Tongliao), dan satu lagi Liga, iaitu Ikh Juu, yang sekadar dinamakan semula sebagai Ordos. Sungguhpun berlakunya perubahan pentadbiran ini, tiadanya tanda-tanda bahawa Liga-Liga Alxa, Hinggan, dan Xilin Gol akan bertukar kepada bandaraya peringkat prefektur dalam masa terdekat.

Map # Name Hanzi Hanyu Pinyin Bahasa
Mongolia
Transkripsi Pusat Pentadbiran Jenis
1 Alxa 阿拉善盟 Ālāshàn méng Alaša ayimaγ Panji-Panji Kiri Alxa Liga
2 Bayan Nur 巴彦淖尔市 Bāyànnào'ěr shì Bayannaγur Daerah Linhe Bandaraya peringkat prefektur
3 Wuhai 乌海市 Wūhǎi shì Üqai Daerah Haibowan Bandaraya peringkat prefektur
4 Ordos 鄂尔多斯市 È'ěrduōsī shì Ordos qota Daerah Dongsheng Bandaraya peringkat prefektur
5 Baotou 包头市 Bāotóu shì Buγutu Daerah Kundulun Bandaraya peringkat prefektur
6 Hohhot 呼和浩特市 Hūhéhàotè shì Kökeqota Daerah Huimin Bandaraya peringkat prefektur
7 Ulanqab 乌兰察布市 Wūlánchábù shì Ulaγančabu Daerah Jining Bandaraya peringkat prefektur
8 Xilin Gol 锡林郭勒盟 Xīlínguōlè méng Sili-yin γool ayimaγ Xilinhot Liga
9 Chifeng 赤峰市 Chìfēng shì Ulaγanqada Hongshan District Bandaraya peringkat prefektur
10 Tongliao 通辽市 Tōngliáo shì Töngliyao Horqin District Prefecture-level city
11 Hinggan 兴安盟 Xīng'ān méng Kingγan ayimaγ Ulan Hot Liga
12 Hulunbuir 呼伦贝尔市 Hūlúnbèi'ěr shì Kölün buir Daerah Hailar Bandaraya peringkat prefektur

Catatan dan rujukan

Pautan luar

Templat:Inner Mongolia Templat:County-level divisions of Inner Mongolia

Templat:Link FA