Ekologi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
M.THEVAN RAJ (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 21: Baris 21:
Darwin pada tahun 1866 dari perkataan Greek (oikos beerti “rumah” dan logos beerti “sains”). Ahli falsafah kuno
Darwin pada tahun 1866 dari perkataan Greek (oikos beerti “rumah” dan logos beerti “sains”). Ahli falsafah kuno
seperti Hippocrates dan Aristortle telah membentangkan asas ekologi dalam
seperti Hippocrates dan Aristortle telah membentangkan asas ekologi dalam
kajian mereka terhadap sejarah semulajadi. Ekologi moden telah berubah dan
kajian mereka terhadap sejarah semulajadi.Ekologi moden telah berubah dan
menjadi sains yang lebih teliti pada abad ke-19. Konsep yang bersifat evolusi
menjadi sains yang lebih teliti pada abad ke-19. Konsep yang bersifat evolusi
atas penyesuaian telah menjadi batu asas kepada teori ekologi moden. Ia berkait
atas penyesuaian telah menjadi batu asas kepada teori ekologi moden. Ia berkait

Semakan pada 14:17, 31 Mac 2014

Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar, iaitu interaksi antara organisma  dan interaksi antara organisma  dengan persekitaran abiotik mereka. Topik yang diminati oleh ahli ekologi termasuklah kepelbagaian, pengagihan, jumlah organisma, dan juga persaingan antara mereka sesama sendiri dan antara mereka dengan persekitaran. Ekosistem terdiri daripada bahagian interaksi secara dinamik yang merangkumi organisma, komuniti yang dibina oleh mereka, dan komponen yang bukan hidup dari persekitaran mereka. Ekosistem memproses aktiviti seperti produksi primer, pedogenesis, kitaran nutrien, dan pelbagai aktiviti niche, mengawalselia pengaliran tenaga dan perkara melalui salah satu persekitaran. Proses-proses ini dikekalkan oleh organisma dengan ciri-ciri sejarah kehidupan yang tertentu, dan kepelbagaian organisma tersebut dikenali sebagai biodiversiti. Biodiversiti, juga merujuk kepada aneka ragam spesies, gen, dan ekosistem, meningkatkan servis ekosistem yang tertentu.

Ekologi merupakan bidang berkepelbagaian disiplin yang termasuk biologi dan sains Bumi. Perkataan “ekologi” berasal daripada Bahasa Inggeris, “ecology” (“Ökologie”). Perkataan “Ökologie” telah dicipta oleh pakar biologi Jerman, Ernst Haeckel (1834-1919) dan pengikut Darwin pada tahun 1866 dari perkataan Greek (oikos beerti “rumah” dan logos beerti “sains”). Ahli falsafah kuno seperti Hippocrates dan Aristortle telah membentangkan asas ekologi dalam kajian mereka terhadap sejarah semulajadi.Ekologi moden telah berubah dan menjadi sains yang lebih teliti pada abad ke-19. Konsep yang bersifat evolusi atas penyesuaian telah menjadi batu asas kepada teori ekologi moden. Ia berkait rapat dengan biologi bersifat evolusi, genetik, dan ilmu perilaku haiwan. Pemehaman terhadap cara biodiversity memberi kesan kepada fungsi ekologikal merupakan satu bidang yang perlu difokuskan dalam kajian ekologi.

Ekologi merupakan salah satu sains manusia juga. Terdapat banyak aplikasi praktikal ekologi dalam biologi pemeliharaan dan pemuliharaan, pengurusan kawasan paya, pengurusan sumber asli, perancangan bandar, kesihatan masyarakat, ekonomi, sains asas dan gunaan, dan interaksi sosial manusia. Organisma dan sumber membentuk ekosistem yang mengenggarakan mekanisme maklum balas biofizik yang menyederhanakan proses-proses yang bertindak atas komponen boitil dan abiotik di dunia ini. Ekosistem mengekalkan fungsi yang menyokong hidupan dan menghasilkan modal semula jadi seperti penghasilan biojisim, pengawalan iklim, kitaran biogeokimia global, penapisan air, dan banyak lagi ciri semula jadi yang bernilai dari segi sains, sejarah, dan intrinsik. 

Pautan luar

Templat:Link FA Templat:Link GA