Dragon Ball ZKai: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Minz48 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Minz48 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 16: Baris 16:
| first = 5 April 2009 - 21 Mac 2011<br /> 6 April 2014
| first = 5 April 2009 - 21 Mac 2011<br /> 6 April 2014
| last =
| last =
| episodes = 98
| episodes = 99
}}
}}
{{Infobox animanga/Footer}}
{{Infobox animanga/Footer}}

Semakan pada 05:03, 7 April 2014

Dragon Ball ZKai
Pertempuran Majin Buu bagi Dragon Ball Kai
GenreShonen / Aksi
Anime
PengarahYasuhiro Nowatari
StudioJepun Toei Animation + Team Dream 9
Penyiaran AsalJepunFuji TV (Jepun)
MalaysiaNTV7(Melayu)
Cartoon Network Asia (Inggeris + Melayu)
Dikeluarkan pada5 April 2009 - 21 Mac 2011
6 April 2014
– kini
Portal Anime dan Manga

Dragon Ball Kai adalah siri anime yang merupakan sebahagian daripada francais Dragon Ball. Mula disiarkan di Jepun pada 5 April 2009, Dragon Ball Kai adalah versi suntingan semula anime asal Dragon Ball Z.

Pada Februari 2009, Toei Animation mengumumkan bahawa mereka akan membuat siaran semula Dragon Ball Z sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20 siri anime asal. Mula disiarkan pada 5 April 2009, di bawah nama Dragon Ball Kai, dengan setiap episod dirakam semula untuk siaran HDTV, ia menampilkan lagu pembukaan dan penamat yang dikemaskini, serta rakaman semula runut vokal oleh kebanyakan seiyu asal.[1][2] Siri ini juga disunting semula supaya ia lebih menghampiri kandungan dalam manga asal, menghasilkan jalan cerita yang lebih pantas, serta pembuangan bingkai yang rosak.[3] Oleh itu, ia boleh dianggap sebagai siri "baru" yang direka daripada siaran asal Dragon Ball Z.

Siri ini setakat ini telah menggunakan lima muzik tema. Tema pembukaan pertama bertajuk "Dragon Soul" (Episod 1-98) dan tema pembukaan kedua bertajuk "Kuu-Zen-Zetsu-Go" (Episod 99 - kini) dipersembahkan oleh Takayoshi Tanimoto dan juga mempersembahkan tema penutup pertama bertajuk "Yeah! Break! Care! Break!". Kedua-duanya sebahagian dari satu unit dipanggil Dragon Soul beserta pemain gitar dan komposer Takafumi Iwasaki.[4] Pada tema pembukaan pertama terdapat empat visual berlainan mengikut musim bersama satu lagu pembukaan yang sama bermula Pertempuran Saiya kemudiannya Pertempuran Frieza, Pertempuran Android dan terbaru Pertempuran Cell. Tema penutup kedua bertajuk "Kokoro no Hane" (Jepun: 心の羽根, Hepburn: "Sayap di Hati") (Episod 56 - 98) dan dipersembahkan Team Dragon dari AKB48, sebuah kumpulan yang semua ahlinya wanita.[5] Tema penutup ketiga bertajuk "Haikei, Tsuratsusutora" (Episod 99 - kini) dinyayikan oleh Good Morning America. Walaupun jalan cerita ini diambil dari bahan yang telah wujud, turutan pembukaan dan penutup itu dibuat daripada kaedah animasi yang lain.[6] Himpunan DVD dan cakera Blu-ray pertama dikeluarkan pada 18 September 2009,[7][8] dengan pelepasan jilid individu bulanan. Sama juga dengan set kotak Blu-ray.[9]

Baru-baru ini, Toie Animation mengumumkan bahawa Dragon Ball Kai akan bersambung semula pada 6 April 2014.

Episod Dragon Ball Kai

Musim Pertama

Kisah dimulakan dengan pertempuran Goku dan Pikkolo dengan Raditz diikuti pertarungan dengan Bezita dan pengembaraan ke Planet Namek. Ikuti jalan ceritannya melalui senarai episod musim pertama Dragon Ball Kai yang tertera di atas.

Episod: 1 - 30

Musim Kedua

Goku telah pun tiba di Planet Namek untuk membantu Gohan, Kurilin dan Bulma. Namun begitu, Frieza telah memanggil Angkatan Ginyu untuk menghalang mereka. Saksikan aksi Goku melawan Frieza dalam Dragon Ball Kai Musim Kedua!

Episod: 31 - 54

Musim Ketiga

Frieza tidak terkorban dalam letupan Planet Namek sebaliknya diselamatkan bapanya, Raja Cold. Frieza menuju ke Planet Bumi bersama bapanya untuk membalas dendam terhadap Son Goku yang membuatkannya hampir mati. Walau bagaimanapun, Frieza dan konco-konconya dibunuh seorang remaja misteri sebaik sahaja tiba di Bumi.

Episod: 54 - 68

Musim Keempat

Musuh baru yang jauh lebih kuat daripada Cyborg ciptaan Doktor Gero telah muncul. Adakah Pahlawan Naga dapat mengalahkannya?


Episod: 69 - 98

Musim kelima

Tujuh tahun kemudian, Gohan telah masuk ke alam Sekolah Menengah Tinggi.

Episod: 99 - ?

Pratonton:

Perbezaan Dengan Dragon Ball Z

Terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua siri ini. Yang pertamanya dari segi jalan cerita. Dragon Ball Kai lebih mengikuti karya asal Akira Toriyama dengan memotong babak tambahan yang terdapat di dalam Dragon Ball Z. Selain itu, Dragon Ball Kai juga merupakan penganimasian semula Dragon Ball Z dalam bentuk HD dengan membaiki bahagian siri yang rosak. Antara beberapa babak yang dipulih semula:

Perbezaan jarak kamera

Logo Dragon Ball Kai

Antara watak jahat

Pelakon suara

Staf animasi

  • Perancang: Makoto Seino, Kozo Morishita
  • Karya asal: Akira Toriyama (Dragon Ball diedarkan oleh Shueisha)
  • Pengeluar: Osamu Nozaki, Naoko Sagawa, Norihiro Hayashida
  • Muzik: Norihito Sumitomo
  • Pengarah suara: Yukio Nagasaki, Satoshi Motoyama
  • Ketua pengeluar: Atsunori Kazama
  • Suntingan: Kenta Katase
  • Kerjasama siri Komposisi: Caramel Mama
  • Video pembukaan/penutupan: Tadayoshi Yamamuro

Rujukan

  1. ^ "Dragon Ball Z to Rerun on Japanese TV in HD in April". Anime News Network. 2009-02-06. Dicapai pada 2009-02-21.
  2. ^ "Japan's Remastered DBZ to Be Called Dragon Ball Kai". Anime News Network. 2009-02-19. Dicapai pada 2009-02-21.
  3. ^ "Commemorating the 20th Anniversary of the Start of Dragon Ball Z's Broadcast! The Son Goku Legend, Once More!! And its name is... Dragon Ball Kai". V Jump (dalam bahasa Jepun). Japan: Shueisha: 10. 9 Februari 2009.
  4. ^ "オープニング&エンディングテーマが決定!" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation. Dicapai pada 15 April 2009.
  5. ^ "チームドラゴン fromAKB48 : チームドラゴン from AKB48、『ドラゴンボール改』ED曲を全11種類のパッケージで発売 / BARKS ニュース". Barks (dalam bahasa Jepun). 1 Jun 2010. Dicapai pada 31 Mei 2010.
  6. ^ "ドラゴンボール改" (Flash) (dalam bahasa Jepun). Fuji Television. Dicapai pada 29 April 2009.
  7. ^ "ドラゴンボール改 1" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation. Dicapai pada 3 November 2009. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  8. ^ "ドラゴンボール改 1 (Cakera Blu-ray)" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation. Dicapai pada 3 November 2009. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  9. ^ "ドラゴンボール改 BOX1 (Cakera Blu-ray)" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation. Dicapai pada 3 November 2009. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)

Galeri