Skala Richter: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rotlink (bincang | sumb.)
k fixing dead links
Aurora (bincang | sumb.)
kembang
Baris 1: Baris 1:
'''Skala magnitud Richter''' (atau ringkasnya '''skala Richter''') ialah suatu sistem [[skala seismos]] yang dibangunkan bagi memberikan suatu nombor bagi mewakili tenaga yang dibebaskan semasa suatu [[gempa bumi]].
Terdapat dua cara yang digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk mengukur kekuatan gempa bumi iaitu [[skala Mercalli|skala Modifikasi Intensitas Mercalli]] dan '''Skala Richter'''.


Skala ini ialah suatu [[skala logaritma]] [[Perpuluhan|asas-10]]. Magnitudnya ditakrifkan sebagai logaritma nisbah [[amplitud]] gelombang yang diukur oleh [[seismometer|seismograf]] kepada suatu amplitud kecil sembarangan. Jadi gempa bumi yang berukuran 5.0 pada skala Richter memiliki amplitud gegaran 10 kali lebih besar daripada gempa yang berukuran 4.0, dan berpadanan dengan keluaran tenaga 31.6 kali lebih besar.<ref name=USGS>{{cite web |author= |title=Measuring the Size of an Earthquake |url=http://earthquake.usgs.gov/learn/topics/measure.php |publisher=[[Pemantauan Geologi Amerika Syarikat|USGS]] |date= |accessdate=1 Mac 2014}}</ref>

Sejak pertengahan abad ke-20, penggunaan skala magnitud Richter telah mula digantikan oleh [[skala magnitud momen]] (MMS) di banyak negara.

== Pembangunan ==
Skala Richter di cipta oleh [[Charles F. Richter]]. Charles F. Richter merupakan seorang pakar seismologi yang terkenal. Charles F. Richter dilahirkan di sebuah ladang ternak di [[Ohio]], [[Amerika Syarikat]] pada 26 April 1900.
Skala Richter di cipta oleh [[Charles F. Richter]]. Charles F. Richter merupakan seorang pakar seismologi yang terkenal. Charles F. Richter dilahirkan di sebuah ladang ternak di [[Ohio]], [[Amerika Syarikat]] pada 26 April 1900.


Baris 10: Baris 15:


Gempa bumi besar seperti yang terjadi di [[Alaska]] tahun 1964, memiliki magnitude 8,0 atau lebih. Rata-rata satu gempa bumi yang berukuran seperti itu terjadi setiap tahun.
Gempa bumi besar seperti yang terjadi di [[Alaska]] tahun 1964, memiliki magnitude 8,0 atau lebih. Rata-rata satu gempa bumi yang berukuran seperti itu terjadi setiap tahun.
{{reflist}}


== Pautan Pilihan ==
== Pautan Pilihan ==

Semakan pada 01:14, 9 April 2014

Skala magnitud Richter (atau ringkasnya skala Richter) ialah suatu sistem skala seismos yang dibangunkan bagi memberikan suatu nombor bagi mewakili tenaga yang dibebaskan semasa suatu gempa bumi.

Skala ini ialah suatu skala logaritma asas-10. Magnitudnya ditakrifkan sebagai logaritma nisbah amplitud gelombang yang diukur oleh seismograf kepada suatu amplitud kecil sembarangan. Jadi gempa bumi yang berukuran 5.0 pada skala Richter memiliki amplitud gegaran 10 kali lebih besar daripada gempa yang berukuran 4.0, dan berpadanan dengan keluaran tenaga 31.6 kali lebih besar.[1]

Sejak pertengahan abad ke-20, penggunaan skala magnitud Richter telah mula digantikan oleh skala magnitud momen (MMS) di banyak negara.

Pembangunan

Skala Richter di cipta oleh Charles F. Richter. Charles F. Richter merupakan seorang pakar seismologi yang terkenal. Charles F. Richter dilahirkan di sebuah ladang ternak di Ohio, Amerika Syarikat pada 26 April 1900.

Charles F. Richter telah mempelajari bidang seismologi di "University of Southern California" dan Universiti Stanford. Pada tahun 1927, Charles F. Richter mula bekerja di makmal seismologi di Pasadena California dan setahun kemudian Charles F. Richter telah berjaya mendapat ijazah doktor dalam bidang theori fizik di Universiti CalTech pada tahun 1928.

Pada tahun 1935, Charles F. Richter telah mengembangkan satu sistem untuk mengukur kekuatan gempa bumi yang dikenali sebagai skala Richter sempena namanya dan pada mulanya hanyalah digunakan di California. Skala Richter yang dikembangkannya merupakan gandaan methematik untuk membezakan sesuatu kekuatan gempa bumi dan diterima pakai secara meluas setelah diubah suai. Kekuatan gempa bumi ditetapkan dengan penggunaan logaritma gandaan (amplitude) gelombang yang dirakamkan oleh mesin seismograf.

Tahap pecahan skala Richter meliputi variasi jarak antara seismograf yang pelbagai dengan pusat gempa (epicenter). Menurut skala Richter, kekuatan gempa bumi digambarkan dengan pecahan desimal. Sebagai contoh, gempa dengan kekuatan 2.0atau lebih kecil dianggap gempa mikro, biasanya tidak dapat dikesan oleh manusia dan hanya dirakamkan di mesin seismograf tempatan. Gempa bumi dengan kekuatan 4.5 mampu dirakam di mesin seismograf di seluruh dunia dan berlaku beribu kali setahun. Kekuatan 5.3 dikelaskan sebagai gempa bumi serdahana dan kekuatan 6.3 dikelaskan sebagai gempa bumi yang kuat. Oleh kerana skala Richter menggunakan pengiraan gandaan logaritma, setiap angka mewakili kekuatan yang 10 kali lebih kuat berbanding angka sebelumnya.

Gempa bumi besar seperti yang terjadi di Alaska tahun 1964, memiliki magnitude 8,0 atau lebih. Rata-rata satu gempa bumi yang berukuran seperti itu terjadi setiap tahun.

  1. ^ "Measuring the Size of an Earthquake". USGS. Dicapai pada 1 Mac 2014.

Pautan Pilihan