Mahkamah Syariah di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Azraai1511 (bincang | sumb.)
Baris 30: Baris 30:
Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi dan diikuti Majlis Agama & Istiadat. Terdapat di bawahnya Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam.
Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi dan diikuti Majlis Agama & Istiadat. Terdapat di bawahnya Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam.


==Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah==
=='''Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah=='''===Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah

===Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Kadi Daerah===
'''Kadi Daerah==='''
*Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri
*Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri
*Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut
*Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut
*Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah
*Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah


===Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Kadi Besar===
'''===Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Kadi Besar==='''*Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya
*Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya
*Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah
*Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah
*Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid
*Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid

Semakan pada 04:05, 31 Ogos 2007

Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.

Sejarah

Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama. Pada tahun 1952, negeri Selangor Dahrul Ehsan yang mula-mula sekali mewujudkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, kemudia diikuti oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat.

Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang di Pertuan Agung.

Mahkamah Syariah dinamakan Mahkamah Kadi bagi menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ditubuhkan sebuah Jabatan Agama Islam untuk mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam pada setiap negeri. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam. Ketua bagi setiap daerah berkenaan dilantik seorang Kadi Daerah.

Tujuan & Peranan

  • Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
  • Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam
  • Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam.
  • Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga.
  • Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga.
  • Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama.
  • Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai
  • Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya.
  • Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lain-lain perkara mungkar
  • Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat
  • Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan
  • Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa
  • Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.

Bidang Kuasa Jabatan Agama Islam & Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah diberi nama Mahkamah Kadi telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di Malaysia. Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti perkahwinan, penceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil.

Mahkamah Syariah pula menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakat, Baitulmal, dakwah, pendidikan, dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia. Tetrdapat negeri yang meletakkan Mahkamah Syariah di bawah pentadbiran Pejabat Agama negeri dengan bidang kuasa dan tugas yang berlainan.

Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi dan diikuti Majlis Agama & Istiadat. Terdapat di bawahnya Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam.

==Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah=====Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah

Kadi Daerah===

  • Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri
  • Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut
  • Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah

===Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Kadi Besar===*Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya

  • Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah
  • Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid
  • Menguruskan kes-kes rayuan
  • Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)

Mahkamah Rayuan Syariah

  • Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan
  • Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah
  • Mengurangkan hukuman
  • Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara
  • Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
  • Setiap rayuan akan didengar tiga orang ahli daripada jawatankuasa termasuk mufti
  • Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.

Bidang Kuasa

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kuasa Mahkamah Syariah tidak menguasai kuasa yang dibenarkan dan kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah enakman negeri.

Perlembagaan Malaysia 1965

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:

  1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
  2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau
  3. Sebulan penjara atau
  4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)

Perlembagaan Malaysia 1984

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysua 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:

  1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
  2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
  3. Enam bulan penjara atau
  4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
  5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)

Enakmen dan Akta Kekeluargaan Islam di Malaysia

Undang-undang kekeluargaan Islam merupakan suatu akta bagi mengkanun peruntukan-peruntukan tertentu undang-undang kekeluargaan Islam mengenai perkahwinan, penceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan keluarga. Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada undang-undang kekeluargaan mengikut negeri-negeri berikut:

Bil. Negeri Nama Akta / Enakmen Rujukan
1 Johor Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor 5/1990
2 Negeri Sembilan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 7/1983
3 Pahang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang 3/1991
4 Perak Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak 13/1991
5 Perlis Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perlis 4/1992
6 Pulau Pinang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang 2/1985
7 Selangor Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 4/1984
8 Terengganu Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Johor 12/1985
9 Kedah Enakmen Keluarga Islam Kedah 1/1984
10 Kelantan Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1/1983
11 Melaka Enakmen Keluarga Islam Melaka 8/1983
12 Sabah Enakmen Keluarga Islam Sabah 15/1992
1 Sarawak Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak 5/1991
1 W. Persekutuan Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (A303) 1983 pindaan / (A828)