Pomona Sprout: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Escarbot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: fr:Professeur Chourave
Loveless (bincang | sumb.)
k bot Mengubah: fr:Pomona Chourave
Baris 44: Baris 44:
[[en:Pomona Sprout]]
[[en:Pomona Sprout]]
[[es:Pomona Sprout]]
[[es:Pomona Sprout]]
[[fr:Professeur Chourave]]
[[fr:Pomona Chourave]]
[[hr:Pomona Sprout]]
[[hr:Pomona Sprout]]
[[id:Pomona Sprout]]
[[id:Pomona Sprout]]

Semakan pada 23:28, 2 September 2007

Watak Harry Potter
Profesor Sprout
Profesor Sprout, dilakonkan oleh Miriam Margolyes,
Pomona Sprout
Jantina Perempuan
Warna rambut Kelabu
Rumah Hufflepuff
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh Miriam Margolyes
Kemunculan pertama Harry Potter and the Chamber of Secrets


Pomona Sprout (lahir 15 Mei) merupakan watak rekaan sebagai guru Herbologi dan ketua rumah Hufflepuff dalam siri rekaan J. K. Rowling iaitu siri Harry Potter. Dia comel dan periang. Dia memakau pakaian yang selalu dipenuhi tanah dan memakai topi menutupi sebahagian rambut kelabunya.

Profesor Sprout dilakonkan oleh pelakon British Miriam Margolyes.

Penampilannya yang paling menonjol dalam siri Harry Potter adalah ketika menyediakan tumbuhan Mandrake yang digunakan untuk menyembuhkan pelajar yang dikakukan dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia. Siri buku, dia muncul sekali lagi dalamHarry Potter dalam Piala Api. Dia telah membuat lendir ubi bubo (bubotuber pus) untuk membantu membersihkan jerawat.

Kemudian, dia juga telah menenangkan Amos Diggory dan isterinya di atas kematian anak mereka, seorang pelajar Hufflepuff iaitu Cedric Diggory yang terbunuh di tangan Lord Voldemort.

Dalam siri Kumpulan Phoenix, dia turut menyokong Harry dari belakang tentang kebangkitan semula Lord Voldemort. Dia telah memberikan 20 markah kepada Gryffindor atas ceritanya itu dalam situasi yang bijak (iaitu ketika Harry menghulurkan penyiram). Sprout, seperti guru-guru lain juga, tidak mengalu-alukan kedatangan Umbridge ke sekolah.

Dalam buku keenam, Profesor Sprout turut melawan Death Eater bersama rakan sekerjanya, Minerva McGonagall dan Filius Flitwick serta lima orang pelajar dari kumpulan Tentera Dumbledore. Profesor Sprout juga salah seorang yang mengharapkan Hogwarts dibuka selepas kematian Dumbledore, juga menyatakan yang Albus Dumbledore juga akan turut mehu ianya dibuka. Dia turut menyokong yang Dumbledore akan disemadikan di Hogwarts. Dia telah menghadiri majlis pengebumian Dumbledore, yang mana dia kelihatan lebih bersih daripada apa yang pelajar lihat sebelum ini kerana kerjanya yang berkebun di rumah hijau sekolah setiap masa.

Berkaitan juga dengan subjek yang diajarnya, nama pertamanya, Pomona, juga nama dewi pohon buahan dan tanaman dalam mitos Rom. Nama akhirnya; "sprout" ialah kata dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud "bercambah".

Lihat juga