Pingat Semat Iron Cross: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 18: Baris 18:
[[Kategori:Perang Dunia Kedua]]
[[Kategori:Perang Dunia Kedua]]
[[Kategori:Jerman]]
[[Kategori:Jerman]]
[[Kategori:Darjah kebesaran tentera]]
[[Kategori:Pingat dan Darjah Kebesaran]]

Semakan pada 01:39, 24 Mei 2014

Lencana 1939 Kelas 1 berserta Salib Besi 1914 Kelas 1
Lencana 1939 Kelas 2 di atas riben hitam putih
Lencana 1939 Kelas 2 disemat dibawah butang baju bersama riben dan Lencana 1939 Kelas 1 dipakai dipoket dada kiri Jeneral Johannes Friessner


Lencana Iron Cross (Spange zum Eisernen Kreuz) ialah satu lencana besi berupa pingat yang dipakai pada uniform anggota-anggota tentera Wehrmacht Jerman yang telahpun dikurniakan Iron Cross dalam Perang Dunia I. Ia telah dipakai pada uniform oleh kebanyakkan pegawai-pegawai tinggi tentera semasa Perang Dunia II kerana kebanyakkan mereka pernah berkhidmat dalam Perang Dunia I.

Penyandang pingat Iron Cross 1914 boleh dikurniakan buat kali kedua (atau darjah lebih tinggi) pingat Iron Cross 1939. "Lencana 1939" (Spange) akan dipakai bersama Iron Cross 1914 yang asli. Lencana tersebut berbentuk burung helang sedang mencengkam kalungan daun oak yang didalamnya terdapat lambang swastika dan terletak diatas petak trapezoid yang terukir tahun 1939. Bagi Lencana Kelas 2, ia akan di pin pada riben pingat yang disematkan dibawah butang baju uniform. (Satu anugerah yang sama telah dibuat pada tahun 1914 tetapi agak jarang dipakai, kerana hanya ada beberapa orang yang memiliki Iron Cross tahun 1870)

Bagi Lencana Kelas 1, ia akan di pin terus di atas Iron Cross yang dipakai pada poket dada. Walaupun ia merupakan anugerah yang berasingan, dalam beberapa kes si pemegang telah mematerinya bersama. Kelayakan untuk memiliki Lencana 1939 ini ialah seseorang yang sudah menerima Iron Cross 1914 dan juga telah menunjukkan kegagahan serta keberanian dalam medan pertempuran.

Lihat juga