Pegawai memerintah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 5: Baris 5:
==United Kingdom, Kanada dan Australia==
==United Kingdom, Kanada dan Australia==
===Tentera Darat===
===Tentera Darat===
Di dalam [[Tentera Darat British]], [[Marin Diraja]], dan lain-lain tentera [[Negara-Negara Komanwel|Komanwel]] dan organisasi [[separa tentera]], pegawai memerintah sesebuah unit ialah lantikan. Oleh itu jawatan CO adalah satu pelantikan. Jawatan Pegawai Memerintah adalah eksklusif untuk komander unit-unit utama ([[Rejimen]], [[Batalion]], dan unit-unit bersaiz sama). Ia merupakan adat bagi pegawai memerintah untuk memegang pangkat [[Leftenan Kolonel]] dan beliau biasanya dirujuk dalam unit sebagai "Kolonel" atau lebih dikenali CO. "Kolonel" biasanya pelantikan kehormat seorang pegawai kanan yang menyelia hal ehwal bukan operasi rejimen. Bagaimanapun, pangkat pemegang pelantikan dan pelantikan pemegang adalah berasingan. Iaitu, tidak semua [[Leftenan Kolonel]] adalah CO, dan walaupun kebanyakan CO adalah [[Leftenan Kolonel]], itu bukan satu keperluan.
Di dalam [[Tentera Darat British]], [[Marin Diraja]], dan lain-lain tentera [[Negara-Negara Komanwel|Komanwel]] dan organisasi [[separa tentera]], pegawai memerintah sesebuah unit ialah lantikan. Oleh itu jawatan CO adalah satu pelantikan. Jawatan Pegawai Memerintah adalah eksklusif untuk komander unit-unit utama ([[Rejimen]], [[Batalion]], dan unit-unit bersaiz sama). Ia menjadi adat bagi pegawai memerintah untuk memegang pangkat [[Leftenan Kolonel]] dan beliau biasanya dirujuk dalam unit sebagai "Kolonel" atau lebih dikenali CO. "Kolonel" biasanya pelantikan kehormat pegawai kanan yang menyelia hal ehwal bukan operasi rejimen. Bagaimanapun, pangkat penyandang jawatan dan pemegang jawatan adalah berasingan. Iaitu, tidak semua [[Leftenan Kolonel]] adalah CO, dan walaupun kebanyakan CO adalah [[Leftenan Kolonel]], itu bukan satu keperluan.


Sub-sub unit, iaitu, [[Kompeni]], [[Skuadron]] dan [[Bateri artileri|Bateri]], dan formasi-formasi (briged, divisyen, kor dan tentera darat medan) tidak mempunyai Pegawai Memerintah.
Sub-sub unit, iaitu, [[Kompeni]], [[Skuadron]] dan [[Bateri artileri|Bateri]], dan formasi-formasi (briged, divisyen, kor dan tentera darat medan) tidak mempunyai Pegawai Memerintah.
Pegawai yang memerintah sebuah sub unit dipanggil "Ketua" atau "OC" (Officer Commanding), sebagai contoh Ketua Kompeni Ke-7 Armor. Formasi yang lebih tinggi mempunyai Panglima atau Pemerintah Jeneral (GOC-General Officer Commanding), sebagai contoh Panglima 7 Divisyen Armor. Markas pemerintahan kawasan mempunyai [[Panglima Tertinggi|Panglima Besar]] (C-in-C Tentera Darat; C-in-C Tentera British Rhine). OC subunit lazimnya berpangkat Mejar, walaupun sekali lagi pangkat penyandang jawatan dan pemegang jawatan adalah berasingan dan bebas daripada satu sama lain.
Pegawai yang memerintah sebuah sub unit dipanggil "Pegawai Pemerintah" atau "OC" (Officer Commanding), sebagai contoh Pegawai Pemerintah Kompeni Ke-7 Armor. Formasi yang lebih tinggi mempunyai Panglima atau Jeneral Memerintah (GOC-General Officer Commanding), sebagai contoh Panglima 7 Divisyen Armor. Markas pemerintahan kawasan mempunyai [[Panglima Tertinggi|Panglima Besar]] (C-in-C Tentera Darat; C-in-C Tentera British Rhine). OC subunit lazimnya berpangkat Mejar, walaupun sekali lagi pangkat penyandang jawatan dan pemegang jawatan adalah berasingan dan bebas daripada satu sama lain.


Dalam beberapa kes, unit-unit bebas yang lebih kecil daripada sub-unit, contohnya satu platun Polis Tentera yang bertanggungjawab terus kepada formasi seperti briged, juga akan mempunyai OC yang dilantik. Dalam kes ini, pegawai pemerintah boleh menjadi kapten atau leftenan.
Dalam beberapa kes, unit-unit bebas yang lebih kecil daripada sub-unit, contohnya satu platun Polis Tentera yang bertanggungjawab terus kepada formasi seperti briged, juga akan mempunyai OC yang dilantik. Dalam kes ini, pegawai pemerintah boleh menjadi kapten atau leftenan.

Semakan pada 15:30, 8 Jun 2014

Pegawai Memerintah atau commanding officer (CO) ialah pegawai yang menguasai sesebuah unit tentera. Secara tipikal, pegawai memerintah mempunyai kuasa mutlak keatas unit tersebut, dan biasanya diberi kebebasan untuk mengurus unit tersebut selagi mampu, asalkan dalam batas undang-undang tentera. Dalam hal ini, pegawai memerintah mempunyai tanggungjawab yang penting (sebagai contoh, penggunaan tenaga, kewangan, kelengkapan, Konvensyen Geneva), tugas-tugas (bagi pihak yang lebih tinggi, keberkesanan misi, tugas rawatan kepada anggota) dan kuasa (sebagai contoh, disiplin dan hukuman keatas anggota mengikut had-had tertentu undang-undang tentera).

Di beberapa negara, pegawai memerintah mungkin dari mana-mana pangkat bertauliah; biasanya terdapat lebih pegawai daripada posisi memerintah yang sedia ada, dan masa yang dihabiskan semasa memerintah ialah aspek utama kenaikkan pangkat, jadi peranan pegawai memerintah adalah sangat dihargai, dan pada teori hanya pegawai terbaik yang mendapat nama. Pegawai memerintah selalunya dibantu oleh seorang pegawai eksekutif (XO) atau penolong pegawai memerintah (2i/c), yang mengurus hal ehwal harian anggota dan seorang penasihat tanpa tauliah kanan. Unit yang lebih besar juga mempunyai pegawai staf dengan pelbagai tanggungjawab.

United Kingdom, Kanada dan Australia

Tentera Darat

Di dalam Tentera Darat British, Marin Diraja, dan lain-lain tentera Komanwel dan organisasi separa tentera, pegawai memerintah sesebuah unit ialah lantikan. Oleh itu jawatan CO adalah satu pelantikan. Jawatan Pegawai Memerintah adalah eksklusif untuk komander unit-unit utama (Rejimen, Batalion, dan unit-unit bersaiz sama). Ia menjadi adat bagi pegawai memerintah untuk memegang pangkat Leftenan Kolonel dan beliau biasanya dirujuk dalam unit sebagai "Kolonel" atau lebih dikenali CO. "Kolonel" biasanya pelantikan kehormat pegawai kanan yang menyelia hal ehwal bukan operasi rejimen. Bagaimanapun, pangkat penyandang jawatan dan pemegang jawatan adalah berasingan. Iaitu, tidak semua Leftenan Kolonel adalah CO, dan walaupun kebanyakan CO adalah Leftenan Kolonel, itu bukan satu keperluan.

Sub-sub unit, iaitu, Kompeni, Skuadron dan Bateri, dan formasi-formasi (briged, divisyen, kor dan tentera darat medan) tidak mempunyai Pegawai Memerintah. Pegawai yang memerintah sebuah sub unit dipanggil "Pegawai Pemerintah" atau "OC" (Officer Commanding), sebagai contoh Pegawai Pemerintah Kompeni Ke-7 Armor. Formasi yang lebih tinggi mempunyai Panglima atau Jeneral Memerintah (GOC-General Officer Commanding), sebagai contoh Panglima 7 Divisyen Armor. Markas pemerintahan kawasan mempunyai Panglima Besar (C-in-C Tentera Darat; C-in-C Tentera British Rhine). OC subunit lazimnya berpangkat Mejar, walaupun sekali lagi pangkat penyandang jawatan dan pemegang jawatan adalah berasingan dan bebas daripada satu sama lain.

Dalam beberapa kes, unit-unit bebas yang lebih kecil daripada sub-unit, contohnya satu platun Polis Tentera yang bertanggungjawab terus kepada formasi seperti briged, juga akan mempunyai OC yang dilantik. Dalam kes ini, pegawai pemerintah boleh menjadi kapten atau leftenan.

Jawatan seperti CO dan OC mungkin mempunyai kuasa tertentu yang dikaitkan dengan mereka. Sebagai contoh, mereka mungkin mempunyai kuasa berkanun untuk menaikkan pangkat askar atau untuk menangani kesalahan tatatertib tertentu dan menjatuhkan hukuman tertentu. CO unit mempunyai kuasa untuk menghukum pesalah dengan 28 hari penahanan, manakala OC daripada sub-unit mungkin mempunyai kuasa untuk menghukum pesalah dengan 3 hari sekatan keistimewaan.

Unit yang lebih kecil daripada sub-unit, iaitu Platun, Trup dan Seksyen bukanlah pelantikan yang spesifik dan pegawai atau PTT (Pegawai Tanpa Tauliah) yang mengisi kedudukan itu hanya dirujuk sebagai ketua. cth. Ketua Platun, Ketua Trup, Ketua Seksyen, dan lain-lain.

Tentera Udara Diraja

Di dalam Tentera Udara Diraja, jawatan Pegawai Memerintah diberikan kepada pemimpin Pangkalan RAF atau pemimpin unit-unit bebas. Sama seperti Tentera Darat British, jawatan komander sebuah unit kecil seperti pentadbiran Wing, Skuadron atau Flight dirujuk sebagai Officer Commanding (OC).

Tentera Laut Diraja

Di dalam Tentera Laut Diraja, Pegawai Memerintah ialah gelaran rasmi bagi pemimpin sesebuah kapal, unit atau pangkalan. Namun, mereka dirujuk sebagai "Kepten" tanpa mengira pangkat sebenar mereka, atau secara tidak rasmi sebagai "Nakhoda" ataupun "Juragan".

Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, status pegawai memerintah sewajarnya digunakan untuk semua pegawai bertauliah yang memegang kuasa yang sah keatas unit tentera, kapal, atau pangkalan.

Tentera Darat

Pegawai memerintah Kompeni, biasanya berpangkat Kapten, dirujuk sebagai Ketua Kompeni (atau Ketua Bateri/Trup bagi Artileri/Kavalri). Pegawai Memerintah Batalion (atau Skuadron Kavalri), biasanya berpangkat Leftenan Kolonel. Pegawai Memerintah Briged, samada berpangkat Kolonel atau Brigedier Jeneral, dipanggil sebagai Komander Briged. Pada peringkat Divisyen dan keatas, bagaimanapun, pegawai memerintah disebut sebagai Panglima, kerana pegawai-pegawai ini memegang pangkat Jeneral.

Walaupun memegang pemerintahan dalam erti kata yang sama seperti pegawai-pegawai lain, individu yang bertanggungjawab bagi sesebuah Platun, unit terkecil askar yang diketuai oleh seorang pegawai bertauliah, lazimnya berpangkat Leftenan Muda, adalah dirujuk sebagai Ketua Platun, bukannya komander platun. Pegawai ini berkuasa keatas orang bawahannya tetapi tidak mempunyai banyak tanggungjawab pemerintahan yang hanya ada pada orang atasan. Sebagai contoh, ketua platun tidak boleh mengeluarkan arahan menghukum tanpa bicara.

Pegawai tidak bertauliah boleh dikatakan menjaga unit-unit kecil tentera yang tertentu. Mereka tidak boleh, bagaimanapun, memegang tampuk pemerintahan kerana kekurangan kuasa yang diberikan oleh ketua negara untuk berbuat demikian.

Pegawai Waran dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat adalah pegawai berprestasi baik yang boleh, dan sekali-sekala, memegang posisi pemerintahan dalam unit khusus tertentu, seperti Pasukan elit dan Pasukan Udara Tentera Darat. Walau bagaimanapun, pegawai waran biasanya tidak memerintah jika pegawai bertauliah ada; lazimnya mereka bertugas sebagai Pegawai Eksekutif (Penolong Pegawai Memerintah).

Tentera Udara

Di dalam Tentera Udara Amerika Syarikat, pegawai memerintah sesebuah unit adalah juga dirujuk sebagai komander unit, seperti komander Skuadron, komander Grup, komander Wing, dan seterusnya.

Tentera Laut

Di dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, pegawai memerintah ialah gelaran rasmi bagi komander sesebuah kapal, tetapi beliau biasanya dirujuk sebagai "Kepten" tanpa mengambil kira pangkat sebenarnya, atau secara rasmi dirujuk sebagai "Nakhoda".

Lihat juga